Monday, August 9, 2010

Edisi Pahang: Tuan Ibrahim Tegaskan Isu UMNO Mahu Bersatu Dengan PAS Bagi Elak Perpecahan Melayu, Terbukti Mereka Bermimpi Sebenarnya !

Dato' Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa sepatutnya UMNO itu dibubarkan kerana mereka adalah parti yang pernah diharamkan. Bahkan UMNO sudah sesat jauh dalam arus perjuangan yang mereka laung-laungkan, maka sudah semestinya mereka kembali kepada Islam seperti yang diperjuangkan oleh PAS sekarang ini. "Bergabung dan bersatu perlulah atas nama Islam dan bukannya Melayu. Jika bersatu atas nama Melayu, apa akan jadi jika Cina pula bersatu atas nama Cina, India pula bersatu atas nama India maka akhirnya kucar-kacir negara kita ini", katanya. "Maka eloklah UMNO bersama PAS atas nama Islam, jika mereka benar-benar jujur dan ikhlas untuk mewujudkan perpaduan Melayu. Semua yang mereka lakukan ini hanyalah sati provokasi politik dalam usaha untuk menarik kembali sokongan orang Melayu terhadap parti itu sebenarnya. Dalam masa yang sama mereka mahu memecah belah keutuhan Pakatan Rakyat itu sendiri. Inilah agenda UMNO BN yang memang sudah diketahui sejak dulu lagi", tambah Dato' Tuan Ibrahim lagi.

No comments: