Wednesday, June 29, 2011

Karkunzari jemaah malaysia yang keluar di Medan Indonesia pada 1983

Karguzari(laporan jemaah) menyayat hati ini diceritakan oleh Hj. Musa. Beliau menceritakan jemaah mereka bergerak dari Masjid India di Kuala Lumpur kemudian diputuskan ke Medan, Indonesia untuk buat usaha dakwah di sana selama 40 hari pada tahun 1983.
Ketika khuruj bersama jemaah ini, Hj Musa merupakan pelajar di UPM, Serdang. Jemaah ini terdiri daripada rakan seusaha di Kuala Lumpur dan Melaka. Setelah berada di Medan, jemaah mereka dihantar ke kawasan Pasi. Jemaah juga melewati Kawasan Kabun Jahe, Beras Tagi dan Danau Toba serta Pulau Somasir yang menjadi tempat tumpuan aktiviti pelancongan. Amir (orang tanggungjawab dalam usaha dakwah tabligh) di Medan memberitahu kepada jemaah sebelum berangkat, kawasan yang mereka pergi itu belum pernah dijejaki oleh jemaah, jemaah merekalah sebagai perintis usaha di tempat tersebut. Pada masa itu, bilangan orang Islam di Pasi ini adalah 30%, selainnya adalah beragama kristian, tidak ada agama (pagan) atau pemujaan-pemujaan semangat seperti roh dan pokok-pokok.Jemaah telah buat usaha di masjid daerah Pasi. Bersama mereka ada seorang penduduk tempatan yang berminat dengan usaha agama, namanya Dermawan. Jemaah telah ikram saudara ini dan sedikit sebanyak membantu jemaah buat program di masjid dan kawasan sekitar termasuk ziarah dari rumah ke rumah. Pada hari keempat, Dermawan mencadangkan satu masjid lagi yang terletak di puncak tanah tinggi Pasi tetapi perlu menempuh perjalanan yang jauh.Tempat itu merupakan kampung kecil dimana semua penduduknya Islam dan kerja mereka ialah menanam kopi yang dikatakan terbaik di Indonesia. Jemaah teruja dan bersemangat pergi ke sana untuk buat usaha dakwah dan tabligh.Hj Musa seterusnya menceritakan pengalamannya..Maka kami dengan perasaan yang membara bertolak dari masjid bandar Pasi ke kampong dipuncak gunung dengan berjalan kaki yang jaraknya agak jauh. Apabila sampai dikampong yang kami tujui itu yang mula2 menyambut kedatangan kami ialah sebuah gereja yang diperbuat daripada papan dan kayu, kemudian sekolah tadika mubaligh kristian kemudian baru jumpa rumah orang kampong, berjalan lagi baru jumpa masjid, juga diperbuat daripada kayu dan papan yang agak lama.Sampai di masjid kami mesyuarat dan terus menghantar jemaah khususi door to door, Alhamdulillah bila sahaja jumpa orang kampong yang diajak terus datang ke masjid terus duduk dalam taklim, pada hari pertama sahaja dah suku masjid orang kampong datang, jemaah sudah jadi gelabah sebab mereka ni tak nak balik rumah, makan yg dimasak hanya cukup untuk jemaah atau lebih sedikit. jadi orang khidmat tambah lagi masak makanan, semua makan tengah hari di masjid, lepas makan pun mereka juga tidak mahu pulang, rupa-rupanya mereka ini berminat dengan agama sebab apabila kita terangkan pada mereka akan kelebihan amal agama ni mereka seronok nak belajar dan beramal, kami kena korbanlah tidur buat beberapa halkah untuk mengajar asas solat seperti cara solat dan bacaan dalam solat, kebanyakan mereka tidak tahu bersolat, yang tahu pun banyak yang salah dalam melakukan ketertiban solat dan juga dalam bacaan mereka. Halkah ini berjalan sampai asar. Lepas asar beri kelebihan dakwah dan ajak untuk keluar ziarah umumi rumah ke rumah, semua orang tempatan angkat tangan nak ikut, masyaallah mereka mengangkat tangan dengan bersungguh2 untuk buat kerja nabi saw. Setelah minum petang terus buat adab ziarah cara rasul saw, lepas tu tanya siapa yang nak jadi penunjuk jalan semua angkat tangan setelah mendengar kelebihan, begitu juga dengan jurucakap dan juga ameer jemaah. Apabila ziarah dalam kampong bermula ramailah yang diajak terus datang masjid untuk mendengar takril atau ceramah iman di masjid hinggalah ke magrib. Waktu solat magrib, masjid dah separuh lebih penuh termasuk wanita dan kanak2. Di antara mereka ada yg tidak solat magrib. Waktu bayan lepas magrib semuanya duduk dengar bayan, apabila taskil dibuat untuk keluar jalan allah , semua angkat tangan termasuk wanita dan kanak2. Lepas isyak semua ahli jemaah kumpulkan orang yang beri nama untuk iktilat. Malam tu kami terpaksa mentaakhirkan makan malam kerana makanan sudah tak cukup dan kita terpaksa melayan mereka yang kehausan agama, jadi kitalah kena ajar mereka. Pendek cerita kami makan malam lewat dan terus tidur, teramatlah letih satu hari tak rehat tapi seronok kerana dapat tiru macam sahabat nabi saw..Pendek ceter besuk subuh ramai yang datang solat subuh, lepas bayan subuh pesan kepada mereka datang jam 8 pagi, sempatlah kami makan pagi, sebelum jam 8 pagi mereka dah sampai siap bawa petai, jering dan ulaman untuk jemaah makan, lepas mesyuarat kami bentuk jemaah khususi untuk pergi semua rumah-rumah dikampong tu. Kami tinggal disitu saya tak ingat berapa hari tapi lebih dari 4 hari, setiap hari kami tak pernah tidur siang kerana mengajar mereka solat. Dalam masa tu semua rumah kami tak tinggal semua kami ziarah dan jumpa penghuninya dan semua mereka datang ke masjid. 11 orang telah azam untuk keluar 40 hari di Medan. Mereka kurang wang perbelanjaan untuk keluar 40 hari tapi kami mesyuarat dengan dengan cara membeli ayam, beras dan apa sahaja yang jemaah boleh guna, semua makanan yg kami beli itu pun untuk ikram mereka makan, kerana mereka bersama kami dari pagi sampai malam dan makan bersama kami. Masa khususi saya teringat sampai sekarang bila saya dan seorang tempatan khususi sebuah rumah yang jauh terpencil dari kampong, rumahnya amat kecil dan uzur, bila saya sampai dan rahaba (penunjuk jalan) memberi salam, saya lihat seorang lelaki separuh umur membuka pintu, setelah diterangkan saya ini bapak dari Malaysia dalam dialek batak yg saya tak faham, maka dia terus meluru pada saya dan memelok saya sambil menangis dan ia berkata "bapa selama ini tiada seorang pun yang sudi datang kerumah saya kerana kemiskinan saya tapi hari ini saya syukur kerana bapak dari Malaysia datang jumpa saya dirumah yang buruk ini" itulah kurang lebih dialognya pada saya. Saya terangkan maksud kedatangan kami, tanpa banyak soal dia terus salin pakaian terus ikut kami ke masjid, dia merupakan orang yang terakhir kami jumpa. Selama beberapa hari kami di situ hubungan kami dengan penduduk kampong rupanya dah mesra , tak kira lelaki wanita dan kanak-kanak. Mereka cukup gembira selama kami berada disitu, mereka melayan kami, berhasrat untuk memberi makan pada kami tapi mereka miskin, yang mereka mampu beri kami makan ialah Petai dan jering dan ulaman, ubi kayu itu saja tapi mereka ikhlas ikram kami.Masa untuk kami pulang ke Medan dah tiba, pada pagi hari yang kami nak berangkat ke Medan membawa jemaah tunai 40 hari ke Medan seramai 11 orang menjadi kenyataan, semua penduduk datang ke masjid lelaki perempuan dan kanak2, setelah berkumpul amer sab sendiri telah beri bayan hidayat (nasihat2 sebelum keluar khuruj) dan adab perjalanan kepada jemaah. Disinilah suasana sedih dan pilu menyelubungi penduduk tempatan dan ahli jemaah, semuanya menangis dan apabila amer sab mula berdoa semua orang tanpa segan silu menangis berhamburan air mata sungguh2 termasuk kanak2. Apabila habis doa kami turun dari masjid untuk balik ke Medan semua penduduk berbaris untuk bersalam (wanita tidak salam dengan kami kerana amer sab dah terangkan pada mereka tak boleh salam dengan lelaki bukan muhram) dengan tangisan berpanjangan. Selesai salam kami pun berjalan sehinggalah sampai ke sekolah tadika mubaligh kristian. Sampai sahaja kami disitu, kanak2 tadika dah siap berbaris menyambut dan bersalaman dengan kami sambil menangis, kami apa lagi lihat saja kanak kanak tadika ini menangis terus saja menangis lagi kerana belas kasihan kepada mereka yang haus pada agama, jadi kami doa semoga 11 orang yang ikut kami tunai 40 hari akan menjadi aset untuk usaha agama disitu.Setahun selepas itu di malam markas Masjid India Kuala Lumpur ada bayan daripada jemaah 4 bulan dari Indonesia, selepas bayan taskil dibuat dihadapan termasuklah ahli jemaah mereka, takdir Allah dihadapan saya ada seorang ahli jemaah tersebut, dia pun sebuk taskil kiri kanan depan belakang, bila ditoleh ke belakang, saya tunduk kepala kerana akan ditaskil, terkejut saya apabila dia peluk saya dan sambil menyebut nama saya "Pak musa" bila saya pandang rupanya dia adalah salah seorang dari yang 11 orang keluar 40 hari dulu, sekarang sedang keluar 4 bulan di Malaysia. Dia beri karguzari masjid tempatnya itu telah jadi morhalah yang kuat dan kerja amat maju, sebulan sekali mereka turun ke Medan untuk keluar 3 hari, 11 orang dulu tu menjadi tonggak kerja disana.Begitulah bila usaha atas agama dibuat sungguh-sungguh, yang dahulunya kurang mengenali agama boleh jadi dae yang ikhlas pada Allah, semuga Allah terima kita dan seluruh umat nabi saw untuk buat pengorbanan diri dan harta atas agama Allah swt.Karguzari daripada Hj Musa yang lain boleh melawat blog beliau di http://musakolakedah.blogspot.com/

Dakwah adalah sumber bagi hidayah

Karguzari Jemaah Negara Jauh, Mei 1993.Merupakan jemaah pertama daripada Malaysia pergi ke Jerman. Sebelum jemaah ini pergi ke Jerman, mereka telah ditashkil ke England dan berkesempatan membuat jord(perhimpunan) di Dewsbury. 10 jemaah tunai dapat dibentuk bagi memenuhi takaza agama di sekitar Eropah dan Amerika seperti Surinam, Holland, France dan South Africa. Jemaah ini mengatakan, penduduk Islam di sini terdiri drpd 99 buah negara yang terdiri daripada Morocco, Algeria, Tunisia, Somalia, Sudan, Nigeria, Pakistan, Bangladesh dan lain-lain. Malahan pernah satu ketika di dalam majlis bayan mereka, orang yang duduk dengar bayan berasal daripada 12 negara yang berlainan. Karguzari jemaah ini;1. Di setiap masjid yang kami pergi, ada saja orang masuk Islam dan sepanjang tashkil kami, seramai 14 orang telah masuk Islam dan 3 daripadanya jemaah sendiri yang ajar mereka ucap syahadah. Boleh dikatakan setiap hari di Jerman ini ada org masuk Islam. Ada yang kami jumpa 2 adik beradik abangnya berumur 18 tahun dan adik perempuannya berumur 15 tahun telah secara sembunyi-sembunyi masuk Islam dari pengetahun ibu bapanya dan dia telah buat ta'lim secara sembunyi bersama adiknya. Apabila dia pergi ke masjid, dia akan memasukkan baju 'kurta'nya(jubah) ke dalam seluar(tuck in) untuk mengelakkan ibu bapanya daripada mengetahui yang dia telah masuk Islam.2. Ada satu lagi yang kami jumpa, di mana hasratnya yang ingin hendak masuk Islam menyebabkan dia telah pergi ke sebuah masjid dan bertanya tentang Islam tetapi apa yang diberitahu oleh pihak masjid, "kamu pergilah sendiri ke Mekah untuk belajar Islam", dan dia amat kecewa sekali dengan jawapan yang diberikan. Walaupun begitu, dia pergi lagi ke sebuah masjid di mana dia lihat orang di sana bertelagah sesama sendiri dan ini membuatkan dia berasa bingung. Akhir sekali, dia pergi ke sebuah masjid yang mana tempat jemaah berkumpul dan dia telah terpegun melihat orang daripada berbilang bangsa dan termasuk jemaah kami orang Malaysia berada di situ dalam keadaan satu hati dan kasih sayang antara satu sama lain dan dia pun berfikir inilah orang Islam yang sebenarnya, maka dia pun dapat hidayat.3. Di satu lagi tempat di Germany(Dusseldorf), kami telah berjumpa dua adik-beradik yang telah memeluk Islam yang mana emak mereka adalah orang kristian Kadazan(Sabah) dan bapanya adalah orang Jerman. Kedua-dua mereka ini baru setahun masuk Islam dan Alhamdulillah, mereka telah banyak belajar tentang Islam dan berpakaian 'full-sunnah'. Sekarang si abangnya sedang mendapatkan passport untuk keluar 4 bulan dan adiknya akan keluar 40 hari dalam masa terdekat. Kesan daripada akhlak mereka berdua, emak mereka akhirnya telah memeluk Islam pada 9 bulan yang lepas selepas bapanya meninggal dunia. Walau bagaimanapun, mereka amat bersedih kerana ayah mereka mati tanpa kalimah Laa Ilaha Ilallah.4. Satu karguzari jemaah Bangladesh yang keluar di Jerman yang mana satu orang pun dalam jemaah itu tidak tahu berbahasa Inggeris apatah lagi berbahasa Jerman. Tetapi dengan fikir dan risau mereka, setiap orang yang mereka jumpa, mereka telah gunakan bahasa mereka sendiri sehingga dalam satu umumi jaulah yang mereka buat, seramai 22 orang Jerman kulit putih telah ikut mereka pergi ke masjid dan masuk Islam.

80% para ulama ditanah arab telah menyertai sama usaha ugama ini.

Alhamdulillah, di Arab Saudi sendiri, sudah hampir 80% ulama yang mendukung terhadap usaha da'wah dan tabligh ini, beberapa ulama yang belum mendukung disebabkan masih salah pengertian terhadap usaha da'wah ini, sering memperoleh informasi yang tidak sesuai dari orang-orang awam di sekitarnya, seperti; orang tabligh itu menyembah kubur, aqidah sesat, dan lain-lain.Bahkan beberapa santri salafy lain diajak ke markaz da'wah di Madinah, dilibatkan dalam musyawarah harian, diajak silaturrahim, mereka semangat sekali. (Mereka tidak tahu kalau itu adalah markaz da'wah, jika tahu mungkin tidak mau masuk atau hadir.)Namun Alhamdulillah, dengan tidak membawa bendera "Jamaah Tabligh", mereka langsung dilibatkan dalam usaha da'wah, mereka sangat senang sekali.Salah satu santri pentolan (terkemuka) salafy dari Jogja berkata, "Di Jogja, markaz tabligh terletak di depan pesantren tempat saya berada, dan saya termasuk orang yang paling menentang tabligh, tapi sekarang kok saya jadi ikutan da'wah & tabligh!"Bahkan 'alim ulama rujukan salfiyyin seperti Syeikh Utsaimin rahimahullaah, Syeikh Abu Bakar Al Jazairi pun mendukung santri-santri dan masyarakat umum untuk menyertai jama'ah ini, bukan untuk menjauhinya. Di televisi-televisi Saudi pun sudah ramai dikabarkan.Namun sayang, di Indonesia ini, apalagi di Internet, beberapa orang saudara kita salafiyyin masih belum Allah beri kefahaman, sehingga sampai saat ini masih mengambil pendapat-pendapat lama yang tidak berkenan terhadap usaha da'wah & tabligh.Saya sempat posting informasi ini di salah satu situs salafy, tapi mereka tidak mau menuliskannya, padahal tulisan saya ini tidak mengandung cacian pada mereka, Allahu A'lam.Kayaknya tidak lama lagi markaz da'wah akan kembali ke asalnya zaman dulu (Madinatul Munawwarah).Ya Allah istiqomahkan kami dalam da'wah Rasulullaah SAW. ini, dan terima lah diri dan usaha kami ini.Saya sendiri sadar, kesibukan saya di luar da'wah masih lebih banyak ketimbang dalam da'wah ini, mudah-mudahan Allah mengampuni saya, memberikan saya kemampuan untuk meluangkan harta, diri, dan waktu di jalan Allah, lebih banyak, lebih lama, lebih iklash, dan lebih sempurna lagi. Amiin.

Tuesday, June 28, 2011

Karkunzari jemaah ulama yang keluar 1 tahun dalam usaha ugama

Karkuzari Ulama’ 1 tahun
Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah, Allah SWT masih lagi mengekalkan kenikmatan iman dan islam di dlam kehidupan kita, semoga Allah mengekalkannya sehingga akhir hayat dan memelihara hubungan kita semua.
Tashkil kami selama setahun telah bermula daripada tarikh 1/2/03. Kami terdiri daripada lima Ustaz Lokman Shazly Petaling Jaya, Ustaz Johari Jerantut, Ustaz Azmi Kula Terengganu, Ustaz Azman@Abdul Fattah Muar dan Ustaz Mohammad Idrus Kota Bharu. Seorang lagi Ustaz Mohammad Hafiz tetapi lewat seminggu (kami belum lagi bertemu dengannya keana berada di dalam tashkil jemaah yang lain dan mungkin beliau esok akan sampai ke nizamuddin)
Sambil menanti urusan visa dan tiket selesai, kami telah bermalam dan berkhidmat di Masjid Sri Petaling, seorang daripadda kami telah mendapat mimpi yang baik. Beliau telah melihat di dalam mimpinya bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW sedang memberi khutbah di atas pangkin mimbar Masjid Jamik Sri Petaling. Baginda memandang ke kiri dan ke kanan melihat ahli jemaah yang berseri-seri dengan pakaian sunnah berjubah dan berserban sambil memandang mereka dengan penuh senyuman dan keredhaan. Dengan petanda mimpi yang baik ini kami harap moga Allah SWT menerima kami yang berangkat di dalam safar setahun dan juga moga Allah SWT menerima mereka semua yang melibatkan diri di dalam usaha Baginda SAW serta mereka yang membantu mereka… Amin
Pada 10.30 pagi 16/2/03 kami telah selamat sampai ke dhaka dan ditempatkan d Hotel Transit selama 2 hari sebelum meneruskan penerbangan ke Delhi .Di Dhaka kami sentiasa menghadirkan diri diMarkas Tabligh di Masjid Kakrei. Cuaca masih sejuk. Di Masjid Kakrei kami dapat hadir di majlis laporan jemaah/karkuzari, bayan dan kami dan kami dapat menziarahi orang tua kita, Maulana Azizul Maqsud dan kemudiannya kami diberi nashat di dalam bahsa arab oleh Tuan Mufti Abdullah.
Dua hari di Dhaka, maka kami telah berangkat ke Delhi. Alhamdulillah perjalanan baik dan selamat sampai ke Markas Tabligh, Masjid Bangawali, Nizamuddin Aulia. Tiga hari kami bermalam di sini sambil menghadiri program harian yang amat bermakna. Kami menduduki bayan-bayan dalam bahasa arab. Para mashaikh seperti Maulana Zubair, Sheikh Saad, Sheikh Ahmad Lat masih belum pulang dari Tani menunaikan haji.
Di Nizamuddin, kami dapat bertemu dengan ramai rakan-rakan dari serata dunia, dari South Africa terdapat 48 Ulama’ yang sedang menyertai tashkil 1 tahundan dari England sebanyak 12 orang. Pada awalnya kami terasa agak berbangga setelah berjaya mengumpulkan ulama’ dari Malaysia tetapi melihat jumlah mereka yang jauh lebih lebih banyak, kami terasa masih banyak kekurangan yang perlu diatasi dan masih banyak lagi usaha ke atas ulama’ Malaysia perlu di buat sungguh-sungguh. Mengapa tidak Malaysia adalah negara islam yang rasmi sementara di Afrika Selatan umat islam hanyalah berjumlah 2% dan England pun mempunyai kadar begitu juga tetapi dalam pada itu mereka masih dapat menerbitkan bilangan ulama’ yang ramai untuk keluar di jalan Allah selama setahun.
Kami juga sempat bertemu dan berbual dengan saudara arab dari israel yang juga baru tiba. Soalan yang timbul dalam hati kami, bagaimanakah usaha dakwah dan tabligh boleh berlangsung di dlam israel secara Madaniyyah (terbuka) dan terdapat 4 markas tabligh di sana sedangkan orang arab di Palestin diancam dan diseksa teruk oleh orang israel sementa di Palestin terdapat 5 markas. Katanya orang Yahudi adalah pakar di dalam soal kitab asmawi termasuk Al-Quran dan Ahadis Nabi. Mereka tahu yang mana benar dan yang mana salah dan mereka tahu usaha Agama yang mana mandapat bantuan Allah SWT yang ghaib dan yang tidak memperolehinya. Maka mereka tidak berani mengganggu orang-orang yang membuat usaha dakwah dan tabligh kerana dengan mengganggu oran-orang ini bermakna menarik azab Allah SWT dan balaNya ke atas mereka sendiri, sebab itulah mereka dibiarkan bebas. Sedangkan pergerakan lain yang radikal dibanteras dan diseksa habis-habisan kerana mereka tahu cara mereka salah dan tiada bantuan Allah SWT bersama mereka itu.
Ketika kami di Malaysia, Ustaz Johari telah menghantar jemaah arab dari Emiriah pulang ke KLIA, salah seorang dari mereka telah memberitahu bahawa dia pernah keluar jemaah bersama seorang arb muslim dari israel dan dia telah menceritakan kisah bagaimana usaha dakwah di israel telah terpaksa dibenarkan secara terbuka.
Suatu ketika, beberapa rakan seusaha sedang menjalani usaha jaulah/ghast/ziarah, mereka telah ditahan oleh tentera yahudi untuk meneruskan perjalanan mereka, tetapi mereka berpendirian tetap dan tekad untuk terus pergi. Akhirnya seperti biasa dengan sifat zalim yahudi, tentera itu telah menujukan senapang mesin mereka kearah jemaah tetapi peluru tidak keluar setelah dipetik tetapi apabila dihalakan ke atas, peluru boleh keluar tetapi apabila dihala kearah jemaah peluru tidak keluar, bila dihala ke arah lain peluru keluar. Peristiwa itu telah dibawa ke pihak atasan israel dan mereka telah faham golongan ini adalah golongan haq, mereka mengeluarkan arahan supaya jemaah tabligh tidak dihalang lagi.
Kemudian kami telah bergabung dengan 6 orang Ulama’ dari Afrika Selatan untuk keluar 20 hari di Mawana satu kawasan pedalaman 3 jam perjalanan dari Delhi. Jemaah kami dipimpin oleh satu orang A’lim lepasan Dooband yang sudah menjangkau 60an. Beliau telah mula melibatkan diri di dalam usaha Dakwah an Tabligh semenjak 1961 di zaman Maulana Yusuf rah.alaih.
siri bersambung…
var addthis_pub = '';
var addthis_language = 'en';var addthis_options = 'email, favorites, digg, delicious, myspace, google, facebook, reddit, live, more';

Jenazah tak reput+tabligh

Karguzari - Husnul Khatimah, Jenazah tidak Reput
Labels: karguzari

Karguzari (laporan) ini seperti yang diceritakan oleh Hj.Musa. Jenazah da'ie Allah ini adalah salah satu daripada jenazah-jenazah yang telah dipindahkan setelah mendapat kebenaran daripada tuan mufti atas permintaan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam usaha pembinaan landasan keretapi laju Utara-Kuala Lumpur. (Gambar hiasan).
Hj.Musa menceritakan;❝ Jika kita membaca Alquran dan Hadis-hadis nabi saw, kita akan berjumpa tentang berita-berita atau targhib tentang kemuliaan orang-orang beriman yang berjihad di jalan Allah swt dengan diri dan harta mereka yang mana mereka terbunuh atau syahid di Jalan Allah swt. Mereka ini dijanjikan syurga yang penuh kenikmatan oleh Allah swt, di Padang Mahsyar nanti mereka akan bangun di depan Allah swt dalam keadaan sebagaimana mereka syahid di dunia, ada yang terpotong telinga, hidung, tangan, kaki dan ada yang luka terburai keluar perutnya dan pelbagai keadaan. Mereka ini akan bangun di depan Allah dalam keadaan luka mereka baharu sahaja berlaku, darah masih segar merah lagi. Ada juga yang kita dengar ada orang menggali tanah untuk membangunkan kawasan, yang mana mereka tidak tahu dibawahnya ada kubur Sahabat nabi saw yang mati syahid terbunuh, bila sahaja mereka lihat mayat tersebut yang mana darah merah masih segar keluar walaupun sudah lebih seribu tahun berlalu, Allahuakbar.Inilah kisah yang ingin aku paparkan untuk renungan kita bersama. Nama orang dan tempat berlaku sengaja aku rahsiakan, tetapi ini adalah kisah benar yang berlaku pada bulan Jun, 2010 yang lepas.Sekarang pihak Keretapi tanah Melayu sedang membina landasan keretapi laju dari Utara ke Kuala Lumpur yang dijangka siap pada tahun 2012 nanti, yang mana apabila ia beroperasi kelak, masa yang diambil untuk perjalanan sehala dari Alor setar ke Kuala Lumpur hanya 3 jam sahaja. Dalam membina landasan keretapi baru ini banyaklah tanah, rumah, kedai kepunyaan rakyat diambil dan dibayar pampasan yang berpatutan oleh kerajaan yang dipeesetujui bersama. Sistem landasan keretapi mana-mana negara pun agak pelik kerana apabila landasan yang dibina ini melalui sungai atau tasik, maka akan dibinakan jambatan, bila ia merentas banjaran atau gunung ia tidak akan melencong tetapi sebaliknya akan mengorek bukit atau gunung menjadi terowong. Pendek kata, apa sahaja yang ia jumpa dihadapannya, ia tidak akan melencong sebaliknya benda dihadapan itulah yang kena berubah. (macam orang dakwah juga, apa sahaja halangan datang.. jangan elak diri tapi terus maju macam k/api). Perkara yang sama juga berlaku apabila landasan baru ini merentasi satu kawasan surau dan tanah perkuburan. Kubur ini akan dipindahkan ke tempat yang baru. Untuk mengubah kubur ini mesti mendapat persetujuan Tuan Mufti dan dibawah pengawasan pihak Polis. Tarikh pemindahan kubur ini telah ditetapkan. Mufti mengarahkan untuk setiap kubur hanya seorang atau dua orang waris sahaja dibenarkan untuk mengangkat atau melihat jenazah yang akan dipindahkan. Seluruh kawasan di kelilingi dengan pembatas dan dikawal oleh anggota polis. Hanya orang berkenaan sahaja dibenarkan memasuki kawasan tanah perkuburan tersebut. Penggalian disaksikan oleh Tuan mufti dan beberapa pegawai agama lain serta Pegawai Polis.Tersebut kisah seorang wanita yang mana kubur suaminya juga termasuk senarai yang dipindahkan. Suaminya meninggal dunia 3 tahun lepas akibat sakit barah hati. Dia tidak mempunyai waris yang terdekat dan dia telah memohon kepada mufti supaya warisnya diganti dengan sahabat baik suaminya, tetapi tidak dibenarkan oleh mufti. Wanita ini merayu lagi katanya sahabat suaminya ini memang baik dengan allahyarham semasa dia sihat atau sakit dan bila meninggal dunia, dialah juga yang mengurus jenazah suaminya. Mendengar rayuan ini, mufti membenarkannya. Kedua-dua mereka, allahyarham dan sahabatnya merupakan kawan baik aku juga.Beginilah ceritanya, setelah kubur dikorek, alangkah terkejutnya sahabat aku ini bila melihat kain kafan yang menutup allahyarham masih elok, tidak reput walaupun sudah 3 tahun berlalu. Bila tiba masa untuk mengangkat jenazahnya, tuan mufti mengarahkan supaya sehelai kain baru dibalut lagi dan melarang supaya jangan dibuka wajahnya (ikut syariat). Setelah siap dibalut dan bila sahaja sahabat aku dan beberapa orang lagi mengangkat jenazahnya, alangkah terkejutnya dia, dipegangnya tangan, masih lagi rasa tangan tidak reput, dipegangnya punggung, masih rasa ketulan punggung dan tidak reput. Badannya juga masih badan biasa, sama saperti jenazah yang baru dikebumikan semalam sahaja. Sahabat aku masa itu merasa bagai nak jatuh kerana terkejut. Wanita ini apabila melihat keadaan suaminya yang sedemikian terus menangis dan menangis sehingga jatuh terduduk. Selepas selesai kerja pemindahan, tuan mufti bertanya kepada sahabat aku, siapakah arwah tersebut dan tambahnya lagi ini adalah tanda dia adalah ahli syurga. Dahulu semasa pengkebumian jenazahnya pun semua orang yang hadir mengatakan kuburnya mengeluarkan wangian yang harum. Selepas peristiwa ini, sahabatku berkata selama 2 hari dia tidak dapat tidur malam kerana teringat peristiwa tersebut.Berbalik kepada kisah wanita ini, sahabat aku bertanya mengapa ia menangis, katanya: “Kakak menangis sebab menyesal dan rasa berdosa sebab dahulu semasa arwah masih hidup dan sihat, kakak selalu marah dan menghalang dia daripada keluar ikut dakwah tabligh, tapi dia keluar juga walaupun kakak marah.”Allahyarham dahulu semasa hayatnya bekerja dalam satu jabatan kerajaan. Allahyarham di jabatan atau pejabatnya memanglah seorang yang dikenali di semua peringkat, dari ketua atasan sehinggalah pencuci lantai pejabat semua mengenalinya. Dia peramah, suka ketawa dan senyum dan menyapa kepada semua orang. Tetapi masa itu allahyarham masih tidak menumpukan kepada amal-amal agama. Sikapnya mula berubah apabila dia telah mula mengikuti dakwah tabligh 3 hari yang pertama kali. Dia telah mula mendekati dirinya pada Allah dan bertaubat nasuha. Semua perangai lamanya telah dibuang terus dalam hidupnya. Kehidupannya kini mula tenang dan dia telah belajar dan beramal dengan penuh tekun setiap perintah Allah swt mengikut sunnah nabi saw. Dia yakin, inilah satu usaha kenabian yang dapat merubah kehidupan seseorang kepada satu kehidupan beragama yang diredhai oleh Allah swt. Kemudian dia mengambil cuti tanpa gaji dan ikut keluar lagi 40 hari walau pun dalam keadaan isterinya marah dan tidak berapa suka dia keluar khuruj berdakwah. Selepas beberapa tahun berikutnya, dipohon pula cuti tanpa gaji selama 4 bulan dan diluluskan cutinya untuk keluar 4 bulan di India, Pakistan dan Bangladesh.Setelah pulang dari khuruj 4 bulan, allahyarham telah menerima surat pemberhentian kerja oleh jabatannya dengan alasan yang tidak munasabah. Tetapi allahyarham redha dan pasrah dengan takdir Ilahi, dia tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang untuk membela diri. Allahyarham mencari rezeki, memelihara anak dan isterinya dengan memulakan perniagaan kecil-kecilan, berniaga air minuman dan jual kueh muih ditepi taman rumahnya. Usaha dakwah tidak ditinggalkanya, terus aktif membuat usaha di kampungnya setiap hari bersama sahabat baiknya tadi. Keadaan ini berlalu sehingga beberapa tahun, sehinggalah satu masa ketika allahyarham dan sahabat aku ini sedang minum teh tarik disebuah warung, ia disapa oleh seorang lelaki Cina. “Hai awak sudah jadi ustaz kah sekarang?” Dengan penuh kegembiraaan, allahyarham menyambut lelaki cina ini yang merupakan kawan baiknya dahulu. Mereka saling bertanya khabar dan setelah memberitahu hal yang sebenar bagaimana dia telah dipecat, kawan Cina berkata dia akan mengambil kes ini dan akan membawa ke mahkamah tanpa mengambil apa-apa bayaran upah kepada allahyarham. Kawannya ini dahulu bekerja sepejabat dengannya, tetapi sudah berhenti dan menjadi peguam. Masa itu jugalah kawan cina ini menghulurkan kepadanya duit sebanyak RM2000. Diringkaskan cerita, kesnya yang dibawa ke mahkamah telah dimenangi oleh allahyarham.Beliau telah mendapat bayaran balik beratus ribu ringgit oleh kerajaan dan kerja/ jawatannya pula disambungkan semula. Dengan wang tersebut, allahyarham telah mendaftar untuk mengerjakan fardhu haji bersama isterinya. Selang beberapa lama, Tabung Haji telah mengeluarkan surat yang mereka berdua akan berangkat ke Mekah pada tahun itu juga.Kita merancang, Allah juga yang menentukan semuanya dan ketetapan Allah pasti akan berlaku sebagaimana kehendakNya. Sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah, allayarham telah diserang penyakit barah hati dan meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada allahyarham dan meletakkan dia bersama para syuhada dan solihin, amiin.Kita yang hidup ini, masih belum tahu nasib kita bagaimana. Adakah akhir kalam kita dalam keadaan husnul khotimah? Oleh itu, marilah kita terus berusaha untuk memperbaiki diri dan menguatkan iman dan amal kita mengikut perintah Allah swt dengan cara ditunjuki oleh Nabi saw. ❞Karguzari bersumber daripada Hj.Musa di caponenkolakedah.blogspot.com. Semoga kita dapat mengambil iktibar. Wallahu a'lam.Karguzari yang masih tersemat dalam ingatan, adalah berkenaan salah seorang jemaah 4 bulan tempatan yang meninggal dunia di moharlah, matinya dalam keadaan posisi tidur sunnah, tasbih ditangan dan setelah allahyarham berqiamullail. Akan berkongsi karguzari ini di kemudian hari, Insya'Allah.

Wednesday, June 15, 2011

Fitnah II: Jude Pereira sahkan penglibatan Najib

KUALA LUMPUR: Mahkamah hari ini digemparkan dengan pengakuan pegawai penyiasat Fitnah II, Superintendan Jude Pereira bahawa Saiful Bukhari ada menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dua hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku.
Pengakuan ini mengesahkan penglibatan Najib dalam kes Fitnah II yang baru sahaja menyaksikan pihak pendakwa selesai mengemukakan kesemua saksi mereka untuk disoal balas.
“Dia (Saiful) menemui Najib sebelum 26 Jun iaitu pada 24 Jun 2008 untuk mengadu beberapa perkara,” kata Jude tanpa menghuraikan lebih lanjut perkara yang diadu Saiful.
Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat pada 26 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara Kuala Lumpur.
Selain itu, Jude turut mengesahkan penglibatan beberapa musuh politik Anwar yang lain dalam kes Fitnah II ini.
Beliau mengaku menemui isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansur serta bekas Ketua AMK yang kini merupakan Senator Dewan Negara, Ezam Mohd Nor.
Pengakuan itu dibuat Jude sewaktu beliau disoalbalas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh dalam perbicaraan Fitnah II hari ini.
“Siapakah lagi yang anda temui sewaktu menjalankan siasatan selepas 26 Jun 2008?” tanya Karpal.
“Saya ada bertemu beberapa orang,” jawab Jude teragak-agak.
“Siapa?” tanya Karpal lagi.
“Rahimi Osman, Ezam Mohd Nor, Tuah (bapa saudara Saiful) dan…”
“Datuk Mumtaz?” potong Karpal.
“Ya,” jawab Jude.
“Ada jumpa Najib?” tanya Karpal lagi.
“Ya,” jawab Jude.
“Ada rakam kenyataan Rosmah?” tanya Karpal.
“Ada ..tetapi saya perlu periksa,” jawab Jude.
“Tadi awak cakap ‘ya’..” tekan Karpal.
“Sebentar..ya, saya ada ambil keterangan Rosmah,” jawab Jude.
Superintendan Jude Pereira, selaku pegawai penyiasat kes ini adalah saksi pendakwa terakhir dalam kes Fitnah II.
Beliau merupakan salah seorang daripada 24 saksi yang dipanggil memberi keterangan oleh pihak pendakwa bagi membantu kes mereka.
Tidak ubah seperti tahun 1998, kes Fitnah II ini adalah satu lagi cubaan mensabitkan Anwar dengan dakwaan liwat.
Anwar dituduh liwat sebaik sahaja beliau berjaya memimpin Pakatan Rakyat memenangi lima kerusi pada pilihan raya umum 2008.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8634

Friday, June 10, 2011

Kandungan Surat Tun Mahathir Kepada Kerajaan Kelantan Yang Menghalang HUDUD Dilaksanakan Di Kelantan & Malaysia(8 JUN 1994)

Kandungan Surat Tun Mahathir Kepada Kerajaan Kelantan Yang Menghalang HUDUD Dilaksanakan Di Kelantan & Malaysia(8 JUN 1994)
PERDANA MENTERI MALAYSIAYAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik MatMenteri Besar KelantanY.A.B. Tuan Haji,PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTANRujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)Bertarikh 8 Jun 1994Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolak.7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD15 Julai 1994

Thursday, June 9, 2011

Hukum Hudud, kenapa kita berlengah?

Hukum Hudud, kenapa kita berlengah?Posted on Thursday, June 09 @ 17:30:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu Oleh: TinBuruk"Beberapa hari ini banyak sangat tulisan pasal hukum hudud. Tun Mahathir walaupun dah terlalu tua masih ada daya berita yang baik. Kenyataannya nampak membuatkan PAS dan pimpinannya terpaksa menjawab.Dulu saya dengar dalam ceramah-ceramah PAS, hudud akan dilaksanakan. Memang dalam ceramah mudah kita bercakap tapi semasa perlaksanaan cukup sukar kerana kita kena kaji banyak perundangan untuk melaksanakannya apatah dengan berbilangnya kaum dan agama yang sudah pasti mereka semua tidak sependapat dalam hal ini.Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Ini adalah ekoran janji PAS pada pilihan raya 1990.Tapi malangnya Tun Mahathir membuat ugutan dalam perlaksanaan hukum hudud ini.Di Terengganu pula pewartaan rang undang-undang kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M setelah ditanda-tangani oleh Tuanku Sultan Terengganu.Undang-undang ini dibentang oleh DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan diluluskan didalam sidang tersebut pada 7 Julai 2002.Negeri Terengganu agak bernasib baik kerana Sultan menanda tanganinya. Saya juga di fahamkan Tun Salleh Abas tidak bersedia untuk perlaksaan undang-undang ini kerana tidak ada ruang dalam perlembangaan yang membolehkan Undang-undang Hudud dilaksanakan.Tun Salleh ni yang paling profesional dalam hal undang-undang. Tapi geng ulama desak dan ada seorang dua yang bersungguh-sungguh, tak perlu saya tulis di sini siapa dia ulama muda ini.Akhirnya Allah memberikan mereka idea menggunakan undang-undang awal daripada penemuan batu bersurat dan mengambil ruang dalam perlembangan dalam hal undang-undang sehingga undang-undang Hudud dan Qisas berjaya di Terengganu.Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Kali Ke Tiga pada 23 November 2003 yang bersetuju meminta supaya Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu mengeluarkan fatwa rasmi mengenai Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ( Hudud dan Qisas ). Ini adalah kerjayaan besar PAS Terengganu dalam menegakkan hukum Allah. Hanya Allah s.w.t. sahaja memberikan ganjaran kepada mereka yang berusaha ke arah itu.Ini juga membuatkan saya masih berpendapat ulama harus memimpin profesional dalam gerakan Islam di Malaysia ini kerana ulama ada 'barkat' untuk menjayakan profesioal yang ada kebijaksanaan.Di Kelantan, selepas tahun 1993 sehingga sekarang usaha untuk membawa semula undang-undang Hudud ini nampak macam 'berlengah' sahaja. Saya kurang maklumat sejauh mana usaha ini dilakukan. Atau sekadar kita akan memberi alasan kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tak setuju dan memberikan amaran kepada kita maka kita sudah terlepas daripada tanggungjawab ini?Sultan Kelantan sekarang ini disebut adalah sultan terbaik. Takkan kita masih berlengah lagi dengan hal-hal keduniaan lain?

Gugur "Negara Islam", UMNO tak faham

Gugur "Negara Islam", UMNO tak fahamPosted on Thursday, June 09 @ 19:30:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu Oleh: albangi"Dalam Muktamar PAS ke 57, Presiden PAS mengemukakan "negara berkebajikan" sebagai tema untuk bekerja khususnya apabila PRU sudah hampir. Yang ini UMNO tak faham atau buat-buat bodoh.Kemudian UMNO ulas, PAS putar belit dengan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam apabila tidak sebut negara Islam lagi dalam perjuangan hari ini. PAS kata sesebuah negara itu Islam bukan sebab status agama rasmi tetapi negara perlu meletakkan al-Quran sebagai penentu yang lebih tinggi dari Perlembagaan negara dan melaksanakan hukum Islam, bukan Islam sebagai lambang dan ritual sahaja. Maka apabila Kelantan meluluskan enakmen syariah lebih 10 tahun yang lalu, UMNO-BN tidak setuju dan menggunakan kuasa untuk menghalang pelaksanaan enakmen itu. Apabila PAS perintah Terenggannu satu penggal, Terengganu juga meluluskan enakmen syariah, tetapi sekali lagi UMNO-BN sekat pelaksanaannya. PAS faham kenapa UMNO buat begitu, tapi UMNO tak faham atau buat-buat bodoh dalam hal ini walaupun UMNO ada peguam dan pakar undang-undang.
Bila PAS gunakan "negara berkebajikan" dan bukan negara Islam, UMNO lagi tak faham atau boleh jadi buat bodoh atau memang bodoh betul. UMNO tak baca seerah nabawiyah dalam perjanjian hudaibiyyah. UMNO tak faham apa yang berlaku dalam perjanjian hudaibiyyah.
Diringkaskan cerita, semasa Nabi berbincang dengan puak Quraisy untuk memeterai Perjanjian Hudaibiyyah, puak Quraish tidak bersetuju disebutkan satu perkara iaitu nama "Muhammad Rasulullah" dan ditukar dengan "Muhammad bin Abdullah". Syaidina Ali marah dan protes, tetapi Nabi kata tak mengapa.
Tidak perlu rasanya saya ulas panjang tentang sebab, tujuan, dan strategi Nabi berbuat demikian kerana elok UMNO baca kita-kitab seerah nabawaiyah yang sudah ada ulasan panjang mengenai perjanjian tersebut dari sudut tektik muslihat, seni tawar menawar dalam politik, seni berpolitik, dan pemikiran strategik Nabi s.a.w.
Cuma perbandingannya ada kaitan dengan perkataan "negara Islam" yang di"perlahankan bunyinya" dan dikuatkan bunyi "negara berkebajikan". Kalau Nabi s.a.w. boleh gugurkan "Muhammad Rasulullah" dan ditukar dengan "Muhammad bin Abdullah", apalah sangat kalau PAS tukar "negara Islam" kepada "negara berkebajkan?"
UMNO dan media UMNO bagaikan bertih digoreng terlompat-lompat dalam kuali panas apabila mendapat berita panas iaitu 4 panglima PAS dipilih untuk berada di saf hadapan bertujuan menggempur UMNO dalam PRU 13 dan apabila tema kali ini berbunyi "negara berkebajikan". Memang panas punggung UMNO sehingga setiap hari dalam media massa, UMNO belum boleh duduk tenang dan aman. Melompat-lompat macam bertih digoreng.
Mengapa negara berkebajikan? Negara berkebajikan ini dilaksana bersama dalam negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Cuba lihat...
1. ganti PTPTN kepada biasiswa
2. beri air percuma 20m padu seperti di Selangor
3. beri cuti bersalin 90 hari dan cuti 3 hari untuk suami 10 tahun yang lalu dansebelum UMNO-BN laksana kemudahan ini tahun lalu
4. beri ruang kepada pendidikan melalui bahasa ibunda
5. beri hadiah RM1000 kepada pelajar yang dapat masuk universiti
6. buka tabung TAWAS RM100 bagi setiap anak yang baru lahir di Selangor
7. beri RM2500 kepada keluarga warga tua yang kehilangan warga tua dalam keluarga untuk urusan pengkebumian
8. beri pinjaman wang pelajaran kepada rakyat tanpa faedah
9. beri royalti minyak lebih daripada 5% kepada Sabah dan Sarawak
10. menghapuskan saman ekor
11. membanteras pelacuran dan judi yang bukan ajaran mana-mana agama serta boleh merosakkan minda dan roh rakyat serta yang boleh memusnahkan integriti sesebuah keluarga da masyarakat
dan banyak lagi dalam manifesto PR dan Buku Jingga
Dalam Perjanjian Hudaibiyyah, orang Quraisy boleh terima Nabi s.a.w. untuk gugur perkataan "Muhammad Rasullullah". Mengapa UMNO tak faham bila PAS dalam Pakatan Rakyat gantikan perkataan "Negara Islam" dengan "Negara Berkebajikan"?
UMNO tak faham beza antara "negara kebajikan" dengan "negara berkebajikan" agaknya.... mungkin UMNO tidak ada penasihat dari pakar bahasa untuk memahami beza antara "negara kebajikan" dengan "negara berkebajikan". Ada beza kedua-dua slogan ini. Adakah UMNO tak faham atau buat-buat bodoh tak faham atau memang bodoh dalam cuba memahaminya?