Monday, May 23, 2011

Harga barang dijangka meningkat 30% hujung 2011

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Pakatan Rakyat (PR) memberi khuatir kadar kenaikan harga makanan sekarang jika tidak dikawal akan menyebabkan rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih tinggi berbanding enam tahun lalu dan berulangnya situasi 2008.“Pada kadar kenaikan harga makanan, dijangka pada akhir 2011 (tahun ini), rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding 2005.“Sepanjang enam tahun tersebut harga makanan telah naik sebanyak 30 peratus sedangkan kenaikan upah di negara ini puratanya sekitar 2.6 peratus dari tahun 2001 sehinggga 2010,” kata Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).Anwar, bekas menteri kewangan berkata, statistik inflasi terbaru dikeluarkan Bank Negara untuk empat bulan antara Januari dan April lalu begitu membimbangkan.“Saya prihatin dengan kenaikan sebanyak 4.9 peratus harga makanan dan minuman tidak beralkohol dari bulan Januari sehingga bulan April tahun ini sekiranya dibandingkan dengan harga makanan serta minuman tidak beralkohol untuk jangka masa yang sama tahun lepas,” katanya.Kata beliau, jika kenaikan itu tidak dibendung dan kekal untuk bulan seterusnya, tahun ini akan mencatatkan kenaikan harga makanan kedua tertinggi semenjak 2006.“Kenaikan ini akan menambah derita rakyat sepertimana pada tahun 2008 lalu apabila harga makanan naik sehingga 8.8 peratus, akibat kenaikan mendadak harga minyak dan petrol” kata beliau lagi.Dalam kenyataan itu, kata Anwar, harga makanan di Malaysia naik dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga makanan seluruh dunia sepanjang empat bulan pertama tahun ini.Katanya, perbandingan antara Indeks Harga Pengguna (CPI) dilaporkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan statistik dikeluarkan Bank Negara menunjukkan ramai rakyat Malaysia bakal terkesan dengan tindakan terburu buru kerajaan merasionalisasi subsidi.Malah kata Anwar, PR yakin wujudnya kaitan akibat dari penarikan subsidi buat rakyat Malaysia dengan kenaikan harga makanan sebagaimana yang dicatatkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini.Oleh itu kata Ketua Pembangkang di Parlimen, alasan kerajaan untuk menarik kembali subsidi atas alasan boleh meringankan beban defisit belanjawan ternyata lemah.“Jelasnya rakyat yang terkesan akibat daripada program rasionalisasi tersebut sedangkan pembaziran serta ketirisan yang mengakibatkan defisit tidak pula diatasi sesegera mungkin.“Rakyat mula muak dengan tatakelola ekonomi yang lemah oleh BN apabila mereka terpaksa menanggung derita sedangkan kroni dan mereka yang dekat dengan pemerintah mendapat keuntungan yang bukan sedikit malah tidak pula dihukum,” katanya lagi.Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkata, PR telah merangka langkah yang jelas dan beriltizam untuk mengurangkan defisit belanjawan negara serta berusaha memastikan upaya itu tidak membebankan rakyat sebagaimana terkandung dalam Buku Jingga.“Langkah ini termasuklah menarik kembali subsidi korporat berjumlah RM19 bilion yang diberikan kepada elit serta syarikat yang dekat dengan pemerintah termasuklah syarikat IPP.“Kita juga akan berusaha menghapuskan rasuah yang telah merugikan kerajaan persekutuan sekitar RM28 bilion setiap tahun,” katanya lagi.The Malaysian Insider

Cepatnya balasan Allah..



PUTRAJAYA 23 Mei - Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dipercayai berada dalam keadaan kritikal setelah terjatuh di Wad ED, Hospital Putrajaya pagi ini.Beliau dipercayai mengidap tekanan darah rendah dan komplikasi jantung.Bagaimanapun, beliau kini telah dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN), untuk rawatan susulan.

Kerana 'Datuk T' Najib akan tersungkur?

Seorang bekas pegawai kanan polis semalam memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa masyarakat Islam di negara ini akan memberikan reaksi negatif jika beliau gagal untuk menghukum trio “Datuk T” kerana “mempersendakan” Islam apabila ketiga-tiga mereka menghadiri majlis sumpah laknat di masjid dengan memakai pakaian kalis-peluru.Bekas Ketua CID KL Datuk Mat Zain Ibrahim menyatakan Najib tidak boleh menyalahkan sesiapa jika beliau kehilangan kepercayaan orang beragama Islam di negara ini dengan mempamirkan kesediaannya untuk melindungi "rakannya" dengan menukarganti penghinaan terhadap Islam .“YAB (Yang Amat Berhormat) tidak boleh menyalahkan sesiapa jika umat Islam di dalam negara ini, yang bukan sedikit jumlahnya, hilang kepercayaan terhadap YAB.“Tambahan pula, dimana terdapatnya pertambahan bilangan pesara dari kalangan kakitangan awam, anggota tentera dan polis, yang kebanyakannya beragama Islam, yang mula merasa tertipu dan diperhambakan serta meragui arahtuju dan keupayaan YAB mengetuai kerajaan.... ini satu perkembangan yang tidak baik untuk YAB,” tulisnya di dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri.Mat Zain berkata ia akan jelas merupakan satu penyalah-gunaan kuasa jika Najib memilih untuk melindungi para pesalah tersebut terhadap perbuatan salahlaku mereka semata-mata kerana beliau menganggap mereka sebagai sekutu beliau.Jika Najib menolak atau sengaja mencari alasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga orang itu, maka ia bukan saja memperlihatkan beliau bersekongkol dengan jenayah dan konspirasi bersama mereka, malah ia juga akan menyebabkan kebencian terhadapnya semakin semarak,” tambahnya.Najib, katanya, juga akan dilihat membenarkan dirinya sebagai pemimpin yang mengkhianati dan mempersendakan Islam.“Malah lebih menyedihkan YAB telah mengizinkan seseorang, yang kabinetnya sendiri telah menganggap seorang individu yang bukan saja telah menghina Islam tetapi juga menyalahgunakan kuasa, sebagai korup, penipu dan seorang perogol, untuk membawa bahan pornoografi dan pelacuran ke rumah Allah,” tambahnya.Mat Zain juga mengulangi dakwaannya minggu lepas bahawa “Datuk T” — Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, trio di belakang episod seks video — telah melanggar seksyen 295 Kanu Jenayah apabila mereka menghadiri majlis sumpah laknah Shazryldi Masjid Amru Al-As Sentul dengan memakai baju kalis-peluru.Pada ketika itu, Shazryl mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran bahawa pelaku di dalam video seks 21-minit itu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mat Zain mendakwa tindakan tersebut telah menyebabkan lahir persepsi bahawa keadaan di masjid sudah tidak lagi selamat.Seksyen 295 menyatakan bahawa “sesiapa juga mencemarkan mana-mana tempat ibadat, dengan pengetahuan bahawa sebarang kumpulan orang boleh dikira mencemarkan itu sebagai satu penghinaan terhadap agama” boleh dipenjarakan sehingga dua tahun dan/atau denda.Mat Zain berkata jika trio itu didakwa di bawah undang-undang syariah atau Kanun Jenayah akibat tindakan mereka, kes itu tidak akan memberi kesan terhadap siasatan polis ke atas video tersebut.“Dua kes itu adalah berlainan,” tambahnya.Beliau berkata sekalipun identiti pelaku di dalam video itu didedahkan, ia tidak samasekali membebaskan trio tersebut dari dakwaan mencemari masjid dan menghina Islam.“Kedua-dua hal tersebut adalah kesalahan jenayah yang berasingan.“Selain itu, YAB dan Peguam Negara tidak ada kuasa, mengikut undang-undang, untuk menjamin trio berkenaan dan membebaskan mereka dari apa-apa kesalahan jenayah,” katanya.

Tuesday, May 10, 2011

Mahathir diperdaya

Friday, May 6, 2011
Mahathir diperdaya supaya percaya tuduhan terhadap Anwar
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diperdaya untuk mempercayai bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan homoseksual, sebelum memecat bakal penggantinya itu pada 1998.

Perkara itu didedahkan Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Ia menjurus kepada peranan yang dimainkan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, serta orang-orang di sekeliling Mahathir pada 1998.


Gani dan Musa, adalah individu yang bertanggungjawab dalam mengendali kes mata lebam Anwar, yang menyebabkan bekas Ketua Polis Negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dipenjara selama dua bulan.

“Pada bulan September 1998, Tun Mahathir pernah diperdayakan untuk mempercayai bahawa kecederaan mata-lebam Anwar adalah akibat “self-inflicted” sepertimana yang dirakamkan dalam memoirs beliau muka surat 693.

“Pada bulan Januari 1999 Gani Patail sendiri terlibat menipu Tun Mahathir dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai sesuatu yang tidak benar berkaitan dengan hasil siasatan Polis bersangkut insiden mata-lebam.

“Akibat perdayaan ini Tun Mahathir telah membenarkan pembentukan Suruhanjaya Di-Raja mengambil alih siasatan insiden mata-lebam daripada tangan Penyiasat PDRM,” ujar beliau.

Menurut Mat Zain, beliau menyimpulkan bahawa Mahathir sangat percaya bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berdasarkan kepada dua surat yang diterima daripada Umi Hafilda pada 1997 dan taklimat daripada Musa Hassan yang ketika itu merupakan pegawai penyiasat.

“Persoalan yang timbul adalah sama ada Musa Hassan telah memberi Tun Mahathir taklimat yang jujur dan betul mengenai keterangan yang telah dikumpulkannya terhadap Anwar itu, ataupun Musa Hassan telah menokok tambah keterangan dalam taklimatnya untuk memperdayakan Tun Mahathir supaya mempercayai bahawa Anwar benar-benar terlibat dalam aktiviti homoseksual itu,” tulis beliau.

Mat Zain berkata, ia bukan pertama kali Mahathir ditipu oleh individu di sekelilingnya.

Pada Julai 1993, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik juga pernah menipu Mahathir dengan membuat Akuan Sumpah Palsu bagi menyembunyikan harta berjumlah RM40 juta yang diperolehi menerusi salahguna kuasa dan rasuah.

Ia dilaporkan oleh Badan Pencegah Rasuah yang disahkan sendiri oleh Gani Patail ketika itu.

Menurut Mat Zain lagi, pada bulan Julai 2010 pula, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr.Ling Liong Sik pula didakwa kerana menipu Jamaah Menteri, termasuk Mahathir sendiri dalam kes skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

“Contoh-contoh di atas dengan jelas membuktikan bahawa Tun Mahathir juga terdedah kepada perbuatan penipuan oleh Menteri atau Ketua Menteri ataupun oleh Pegawai-Pegawai Kerajaan atau mana-mana orang yang berpeluang memberi taklimat kepada beliau mengenai sesuatu perkara.

“Ringkasnya Tun Mahathir tidak “kebal” dari penipuan. Dengan demikian itu kemungkinan Tun Mahathir telah diperdayakan untuk mempercayai bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual tidak boleh diperkecilkan,” tulisnya lagi.

Dalam surat 16 perenggan itu, Mat Zain berkata, persepsi buruk rakyat terhadap Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan berterusan jika pihak berkuasa itu “terlalu menurut karenah” Peguam Negara.

“Secara peribadi saya mendapati PDRM terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.

“Sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan “pisang akan berbuah dua kali”,” ujarnya.


http://www.keadilandaily.com/?p=12868

Sikap tutup mata sesetengah akhbar

Sinar Harian Dan Akhbar Berbahasa Cina Lebih Telus Serta Profesional Melaporkan Perjuangan Rakyat Kuantan Bantah Kilang Lynas Di Gebeng
KUANTAN, 10 Mei - Orang ramai di sekitar bandar ini terus kehairanan dengan sikap akhbar arus perdana berbahasa Melayu terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian yang masih lagi mengambil sikat "tutup mata" dalam melaporkan bantahan rakyat terhadap isu Lynas. Bukan sahaja media seperti akhbar, malah saluran TV milik kerajaan (Berbahasa Melayu) juga bertindak demikian. Hanya akhbar rakyat "Sinar Harian" dan akhbar berbahasa Cina sahaja yang banyak memainkan isu tersebut sekarang. Soalnya sekarang, dimanakah amalan kewartawanan pengamal media ini agaknya?. Mereka jelas cuba menutup isu yang berlaku serapat-rapatnya. Dalam masa yang sama Kerajaan UMNO BN terus memainkan isu kononnya perjuangan membantah Lynas hanyalah dipelopori oleh kaum Cina sahaja, sebaliknya tidak kepada kaum lain. Malah, mereka juga beberapa kali memainkan isu kononnya bantahan yang kian memuncak dikalangan rakyat sekarang ini didalangi oleh parti pembangkang yang bertujuan untuk meraih undi pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Apakah kita boleh menerima tuduhan itu?.[Siapakah yang harus diharapkan oleh rakyat untuk membela nasib mereka?. Mahu diharapakn MIC jauh sekali, mahu diharapkan MCA tidak nampak jalan malah mahu diharapkan UMNO sekali pun macam-macam helah yang diberikan. Maka itu, usahlah dituduh pembangkang cuba memainkan isu ini. Kerana itulah tanggungjawab mereka dikala rakyat amat memerlukan, berbanding UMNO BN yang hanya mahukan undi mereka ketika pilihanraya semata-mata. Sebaliknya dikala mereka memerlukan pembelaan, mereka lebih selesa "membutakan mata dan memekakkan telinga" semata-mata. Syabas Sinar Harian dan akhbar Cina seperti China Press, Nan Yang Siang Pau, Sin Chew Daily dan lainnya].

Ejen perisik Israel di Malaysia

Pas Kedah Darul Aman, dikirim di KELAB 500,000 PENYOKONG PAS JOHOR

Pas Kedah Darul Aman
10hb Mei 7.06 pagi
KUALA LUMPUR : Setelah Harakan menyiarkan isu kewujudan perisik Israel dalam pasukan polis sebelum ini, pada 6 April lalu di Parlimen Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar pula mendedahkan kewujudan perisik Israel tersebut.Namun dalam pendedahan Anwar itu, beliau mengesahkan dakwaannya itu sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.Membahaskan Belanjawan Tambahan bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat nwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel dan menambah ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.Sambil menyifatkan kerajaan bermuka-muka dalam isu Israel, beliau menegaskan penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.Katanya lagi, kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008, dan Anwar menambah dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.Beliau mendakwa, Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) berpengkalan di Israel dan menambah, KDN juga telah dimaklumkan mengenai penglibatan ejen Israel melalui syarikat tersebut.Jelasnya, menteri dalam negeri pada masa itu telah dimaklumkan mengenai kehadiran ejen Israel di bilik server komputer di ibu pejabat PDRM"Tapi yang berkaitan di sini ialah surat kepada pengarah logistik (PDRM) Dato' Mahsuri Zainal kepada BPR bertarikh 1 Disember mengenai projek ini yang diserah kepada Masterplan Consultancy Sdn Bhd kemudian subkontrak kepada Asiasoft tanpa mengikut prosedur biasa.Katanya lagi, perkara itu juga dikesan melalui satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai pasukan tersebut pada tahun sama dan Polis telah menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan, namun beliau mendakwa pegawai penyiasat berkenaan kemudiannya ditukarkan."Bila ada sedikit kemajuan ASP Saerah dipindah ke Taiping, kes pun jadi perlahan," katanya.Katanya lagi, satu laporan juga telah dibuat kepada SPRM (yang dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) oleh seorang ahli Yayasan Pencegah Rasuah Malaysia Tan Sri Robert Pang berkenaan kes berkenaan.Sebelum ini, Harakah pernah mendedahkan dakwaan serupa oleh ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin mengenai agen Israel dalam PDRM.Badrul Hisham Shaharin dalam laporan yang disiarkan Harakah menggesa kerajaan memperjelaskan pendedahan kononnya terdapat dakwaan wujudnya agen Israel dalam sistem komunikasi Polis DiRaja Malaysia.Dalam dakwaannya itu, Badrul Hisham men yebut keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd yang berpengkalan di Singapura dan nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta, dakwanya.Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu dimana dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel, dedahnya."Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?," katanyaPaling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel, dedahnya.Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987, katanya.Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252, katanya.Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen, katanya."Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel," katanya.

Kilang memproses Rare Earth Lynas Cororation

Panas: Terbongkar, Ada Pemimpin UMNO Meraih Untung "Jutaan Ringgit" Hasil Pembinaan Projek Kilang Memproses Rare Earth Lynas Corporation!

KUANTAN, 10 Mei - Berita paling panas yang diterima hari ini ialah tentang penglibatan pemimpin UMNO dalam projek Kilang Memproses Rare Earth Lynas Corporation di Gebeng. Biar pun berita ini tidak dapat disahkan dengan tepat lagi, namun siasatan rapi sedang kami jalankan untuk membongkar apa yang tersirat. Khabarnya pemimpin UMNO terbabit mendapat hasil jutaan ringgit daripada projek tersebut. Maka itulah, beliau kini terpaksa melobi dan gunakan kuasa yang ada di negeri dan pusat untuk menghalang kerajaan daripada membatalkan projek berkenaan. Malah sumber yang dinyatakan juga, projek tersebut bukanlah bernilai RM700 juta seperti yang diwar-warkan selama ini. Malah ia khabarnya mencecah RM2 billion sebenarnya. Ini bermakna jumlahnya lebih besar daripada apa yang disangkakan. Maka itulah kita tidak hairan Kerajaan UMNO BN seboleh-bolehnya akan tetap mempertahankan projek tersebut. Kami akan mendedahkan tentang siapakah pemimpin UMNO terbabit dan bagaimanakah beliau menggunakan kuasanya untuk memastikan Lynas tetap beroperasi. Difahamkan juga, kajian pakar yang dimaksudkan oleh kerajaan sebelum ini adalah untuk mengaburi mata rakyat. Kerajaan akan memastikan kemarahan rakyat reda menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang, dan mereka akan menyambung semula projek tersebut selepas itu. Ini kerana pihak dibelakang tabir yang dimaksudkan kemungkinan besar telah menerima habuan jutaan ringgit yang dimaksudkan itu. Kami akan dedahkan maklumat terbaru ini dalam masa terdekat. Difahamkan pemimpin UMNO yang meraih keuntungan besar hasil prohek tersebut kini bagai "cacing kepanasan" bila mengetahui kami sudah mendapat fail yang berkenaan. Cuma siasatan rapi masih dilakukan sebelum pendedahan lebih eksklusif dilakukan. Soalnya, siapakah pemimpin UMNO terbabit agaknya?, Nantikan seterusnya di PDO!

Rakyat asing diberikan IC

Terbongkar: Memalukan, UMNO BN Makin Takut Hilang Kuasa Hingga Sanggup Gadaikan Maruah Negara Kepada Rakyat Asing Untuk Undi Mereka

PETALING JAYA 10 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendedahkan usaha terbaru UMNO-Barisan Nasional mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk rakyat asing yang dikenalpasti akan mengundi parti itu pada pilihanraya umum akan datang. Di Hulu Selangor, Ketua Bahagian UMNO Datuk Idris Abu Bakar mengemukakan senarai 2,000 warga asing kepada Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein untuk diberikan sijil kewarganegaraan bagi tujuan berkenaan, kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (foto). Surat bertarikh 23 Mac itu antara lain memaklumkan Hishamuddin bahawa pihaknya telah mngenalpasti 2,000 warga asing sebagai "bakal pengundi" yang boleh memenangkan Barisan Nasional di Hulu Selangor pada PRU 13. "Mereka adalah dari kalangan pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya (yang) akan memenangkan BN pada setiap pilihanraya , khususnya pada PRU-13," tambah surat itu yang diedarkan kepada wartawan. Zuraida berkata surat itu dibocorkan oleh seorang pegawai kakitangan awam yang tidak tahan dengan penipuan yang berlangsung. "Saya tidak boleh sebut bagaimana kita boleh dapat surat ini dan surat ini bukan sahaja (sampai) di pejabat KDN, malah ianya telah disampaikan kepada satu syarikat agensi pekerja asing yang mana agensi itu akan menguruskan nama-nama yang disenaraikan untuk diberikan kewarganegaraan bagi mengundi pada PRU 13," katanya lagi.

Utusan mainkan isu ugama.

Tuesday, May 10, 2011
Agenda Jahat Cuba Mainkan Isu Agama, Bernard Dompok "Menteri Kabinet Pertama" Kerajaan BN Yang Berani Menegur UMNO Dan Utusan Malaysia


SHAH ALAM 10 Mei - Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok (foto) menjadi pemimpin pertama parti komponen pertama Barisan Nasional mempersoalkan UMNO dan membidas Utusan Malaysia atas keghairahan membawa agenda Melayu bersabit perlantikan Perdana Menteri dan Islam sebagai agama rasmi. "Perlembagaan tidak menetapkan keperluan agama untuk menjadi seorang perdana menteri, satu-satunya syarat adalah keupayaannya mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen. "Sekiranya Iban, Bidayuh, Kadazandusun, Murut, Kelabit, Cina atau India yang menjadi rakyat Malaysia boleh memenuhi peruntukan dalam Artikel 43 dalam perlembagaan, dia boleh menjadi perdana menteri di negara ini," kata beliau dalam satu kenyataan. Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi turut menyifatkan Utusan sebagai mencalar etika kewartawanan kerana menyiarkan dakwaan blogger kononnya sekumpulan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini. Dompok berkata, tindakan akhbar itu menggugat keamanan dan keharmonian negara ini. "Bagaimana sebuah akhbar kebangsaan, bukan hanya mencetak, tetapi mensensasikan tulisan penulis blog. Ini adalah kemuncak (sikap) tidak bertanggungjawab," katanya. Menurut Dompok, pengalaman peribadinya sebagai seorang Kristian menunjukkan majlis yang dimaksudkan oleh Utusan itu hanya untuk memohon kebaikan negara, pemimpin dan rakyatnya. "Kedudukan Islam dijamin dalam perlembagaan dan diterima tanpa soal oleh seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai kepercayaan agama," katanya. Sebaliknya, tambah Bernard, apa yang orang bukan Islam mahu adalah kebebasan untuk amalkan ajaran masing-masing dengan aman.[Akhirnya permainan jahat UMNO menggunakan Utusan Malaysia ini bakal memakan diri sendiri sekarang. Bayangkan, apabila ada pemimpin parti komponen BN yang juga seorang menteri kabinet berani membuat teguran terbuka seperti ini, makanya ini memberi gambaran apa yang dilakukan mendapat tentangan semua pihak. Bukan sahaja dikalangan pembangkang malah pemimpin BN sendiri. Inilah akibatnya apabila keterlaluan berpoltik dan mempergunakan media untuk merosakkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. UMNO tersilap apabila memikirkan mereka "stand alone", padahal BN itu sendiri dikelilingi oleh bangsa lain yang juga ada yang beragama Kristian. Bukankah tindakan UMNO ini benar-benar mencabar kewibaan mereka sama sebenarnya. Justeru itu, apa yang terjadi pasti akan memberi impak yang besar dalam PRU13 nanti].

Monday, May 9, 2011

Siapa datuk Eskay sebenarnya

pahangdailyonline:Sumpah Laknat Si Datuk Eskay Di Ragui Serta 'Tidak Boleh Untuk Dipercayai', Dek Kerana KeIslaman Diri Beliau Sendiri Kini Di Pertikaikan(Embedded image moved to file: pic14256.jpg) Artikel ini dipetik dari blog sahabat MiloSuam yang banyak mendedahkan perihal video seks mutakhir ini. Nama Datuk Shazryl Eskay Abdullah (foto) tiba-tiba melonjak selepas lelaki yang mengaku sebagai Datuk T (sebut DatukTemberang) ini menayangkan video lucah lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang menghantar email meminta ReJaM(c) menyiasat siapakah Eskay ini?Rata-rata pengirim yang menghantar email kepada ReJaM(c) mempersoalkan kredibiliti Eskay yang begitu berani mempermainkan nama Allah dengan bersumpah di sebuah masjid baru-baru ini semata-mata untuk meyakinkan masyarakat bahawa pelaku di dalam video seks yang penuh kepincangan itu adalah Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang mempersoalkan mengapakah Eskay ini "pelat" mengucap syahadah, malah tersilap ketika memegang Al-Quran secara terbalik serta tidak fasih melafazkan kalimah "bismillah" semasa upacara sumpah laknat baru-baru ini.Pada awalnya ReJaM(c) tidak mahu mendedahkan keperibadian Eskay. Namun setelah menyedari impak sumpah Eskay ini sudah sampai ke tahap mengelirukan malah memecah belahkan masyarakat, maka mulai hari ini satu persatu tembelang Eskay akan didedahkan hasil pendedahan orang yang sangat rapat dengan beliau. Soalnya sekarang siapakah Eskay?1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, kakak, serta seorang adik. Nama abangnya ialah Chandran.2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat.3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India'kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya.4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa diminumnya.5) Eskay juga pernah mengadakan hubungan sulit dengan setiausahaperibadinya bernama Farah Hida. Sumber yang rapat dengan beliau tidak menyebut zina tetapi menyebut hubungan sulit. Farah Hida akan sentiasa menemani Eskay ke mana-mana beliau pergi termasuk lawatan-lawatan kerja ke luar negara. Eskay juga akan seringkali menyewa di Hotel Armada PJ bersama-sama Setiausaha Peribadinya itu.6) Menurut orang yang rapat dengan Eskay, beliau kini sudah putus dengan Farah Hida dan mempunyai teman wanita yang baru dan tinggal bersekedudukan bersama-samanya di sebuah kondominium di Ampang. Jabatan Agama Islam harus menyiasat tentang dakwaan ini.7) Isteri Eskay pula kini tinggal di Sg.Petani bersama ibubapanya. Mereka masih suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung sehingga ke hari ini.[Inikah orang yang mahu dipercayai sumpahnya? Orang seperti ini yang mahu dipercayai kesaksiannya? Beliau juga telah melakukan beberapa penipuan danpenyelewengan di dalam perniagaan, nantikan pendedahannya... ReJaM(c)"Nantikan pendedahan seterusnya beserta dokumen dan bukti-bukti lain..."PERHATIAN: Maklumat ini didedahkan oleh orang yang sangat rapat dengan Eskay, namun beliau tidak mahu identitinya didedahkan. MiLo SuaM juga telah berjanji tidak mahu mendedahkan identiti beliau, bagaimanapun pendedahan seterusnya akan disertai bukti-bukti dan dokumen berkaitan. Pendedahan ini sungguh mengejutkan kita sebenarnya. Banyak lagi info panas berkaitan di blognya, Klik DI SINI].Panas: Kenyataan Terkini 'Datuk Eskay' Sungguh Meragukan Serta'Berbelit-Belit', Apakah Dia Kini Sudah Mula Termakan Sumpah Laknat Agaknya !pahangdailyonline(Embedded image moved to file: pic00148.jpg) Apa sudah jadi dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah (foto) agaknya.Tiba-tiba pula hari ini dia mengeluarkan kenyataan meminta pemimpin dan penyokong pembangkang agar tidak gusar dengan sumpah laknat yang dilafazkan oleh beliau Beliau berkata, ini kerana sumpah laknat itu dibuat supaya Allah melaknat diri mereka iaitu trio Datuk T dan bukannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurutnya, jawapan kepada tuduhan zina atau qazaf yang diminta oleh penyokong Anwar berikutan kes itu tidak perlu dilakukan kerana dia tidak menuduh pemimpin pembangkang itu berzina. Sebaliknya, Shazryl Eskay meminta rakyat menilai sendiri siapa pelaku seks dalam video itu dan moral pelaku tersebut. Kenapa beliau jadi begini?.Apakah Eskay sudah "termakan sumpah" agaknya?. Masih kita ingat Eskaybersumpah laknat mengeluarkan kata-kata berikut: "A'uzubillahi minalsyaitanirrajim. Bismillah irahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini,29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut:A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku".[Maknanya, dalam akuan sumpah laknatnya itu dia begitu yakin yang pelaku dalam video yang digembar-gemburkan itu adalah Anwar Ibrahim. Anehnya Eskay juga mengaku dia adalah orang ketiga dalam pita video berkenaan namun dia menafikan membekal wanita didalam video terbabit. "Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan," katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong. Wanita dalam pita video berkenaan didakwa seorang pelacur. Bagaimanapun identitinya dan tempatnya dirakamkan masih menjadi rahsia meskipun Eskay berulang-kali berkata ia dirakamkan di Malaysia. Ditanya wartawan sama ada video tersebut dirakamkan di Thailand ataupun negara asing, Eskay menafikannya. "Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya," katanya. Beberapa klip video yang dimuat-naik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011". Nampak benar skrip "video seks" semakin tidak menjadi atau mungkin juga ia sudah memakan diri beliau agaknya].

Thursday, May 5, 2011

Datuk Shazry Eskay buat penafian pula!

KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina – pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.Setelah lantang menuduh Anwar sebagai pelaku dalam rakaman video seks yang disebarkan menerusi Internet dan risalah di seluruh negara, Eskay menafikan membuat dakwaan sebegitu.“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya, kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

Wednesday, May 4, 2011

Rumah MB PR

Rumah MB Kelantan

Rumah MB Kedah



r Rumah Haji Hadi Awang










Memalukan Isu Video Sek yang melibatkan Pemimpin Pembangkang

Subject: Memalukan, Pemimpin Gereja Katholik Membidas Kerajaan

Isu Video Seks: Memalukan, Ada Pemimpin Gereja Katholik Membidas Kerajaan Benarkan Pihak TV3 Siarkan Aksi Lucah Untuk Tontonan Orang Awam pahangdaily

(Embedded image moved to file: pic02144.jpg) PETALING JAYA, 28 April - Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Biskop Paul Tan (foto), yang juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan. Semalam, stesyen TV yang ada kaitan dengan kerajaan tersebut telah menyiarkan potongan dari apa yang disifatkan bahagian kedua video yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dikatakan warga China. "Dari awal lagi, kita melihat satu sikap yang serba membolehkan telah menjadi ciri kepada sikap pihak berkuasa terhadap episod jijik berkenaan," kata Tan. "Sekarang sikap itu menjadi lebih biadab: pemaparan bahan yang keji dan buruk dilkakukan di TV awam untuk ditontoni oleh seluruh rakyat lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak. "Kebiadaban ini tidak boleh dimaafkan dimana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dari untuk menghapuskan ia dari peringkat awal sebagai satu kesilapan yang amat besar", katanya. Tan menggesa pihak berkuasa untuk bertindak tegas dan mengheret mereka yang memiliki dan menayang video seks sebelum "satu kejahatan melahirkan lebih kejahatan lagi selepasnya." "Sikap membenarkan tayangan berkenaan, adalah relatifnya merupakan wajah kepada tindakan syaitaniah yang merupakan penyumbang jelas terhadap kerosakan moral yang kita temui di dalam kehidupan. "Para penjaga undang-undang dan moral (pihak polis) tidak boleh
membiarkan penayangan kejahatan yang kurang ajar ini. Mereka perlu
bertindak, jika tidak rakyat akan tanggung risikonya," tegasnya.

[Ramai pihak sebenarnya yang terkejut dengan penayangan aksi video lucah yang dipaparkan oleh TV3 itu. Kini mereka sudah keterlaluan dan TV3 dijadikan alat untuk meneruskan agenda peribadi pemimpin tertentu. Sebab itu kita tidak hairan orang kuat TV3, si Farid Ridzuan dan beberapa orang kanannya dipanggil bekerja di Jabatan Perdana Menteri. Rupa-rupanya itulah agenda mereka ia itu menggunakan sepenuhnya peranan saluran terbabit untuk memesongkan minda rakyat selepas mereka tahun RTM tidak diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Akhirnya adengan menjijikkan ini boleh disiarkan tanpa perasaan malu dan segan silu. Bukan sahaja TV3 malahan akhbar-akhbar arus perdana juga terlibat. Mereka tidak sedar bahawa media itu ditonton dan dibaca juga oleh golongan kanak-kanak, remaja dan generasi muda. Apakah politik sebegini mahu dihalalkan demi mencapai agenda pihak terbabit. Bukankah ia sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Maka itu tindakan pemimpin Gereja Khatolik ini jelas membuktikan semua agama tidak menerima unsur seks keterlaluan seperti ini.

Memalukan Isu Video Sek yang melibatkan Pemimpin Pembangkang

Subject: Memalukan, Pemimpin Gereja Katholik Membidas Kerajaan

Isu Video Seks: Memalukan, Ada Pemimpin Gereja Katholik Membidas Kerajaan Benarkan Pihak TV3 Siarkan Aksi Lucah Untuk Tontonan Orang Awam pahangdaily

(Embedded image moved to file: pic02144.jpg) PETALING JAYA, 28 April - Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Biskop Paul Tan (foto), yang juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan. Semalam, stesyen TV yang ada kaitan dengan kerajaan tersebut telah menyiarkan potongan dari apa yang disifatkan bahagian kedua video yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dikatakan warga China. "Dari awal lagi, kita melihat satu sikap yang serba membolehkan telah menjadi ciri kepada sikap pihak berkuasa terhadap episod jijik berkenaan," kata Tan. "Sekarang sikap itu menjadi lebih biadab: pemaparan bahan yang keji dan buruk dilkakukan di TV awam untuk ditontoni oleh seluruh rakyat lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak. "Kebiadaban ini tidak boleh dimaafkan dimana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dari untuk menghapuskan ia dari peringkat awal sebagai satu kesilapan yang amat besar", katanya. Tan menggesa pihak berkuasa untuk bertindak tegas dan mengheret mereka yang memiliki dan menayang video seks sebelum "satu kejahatan melahirkan lebih kejahatan lagi selepasnya." "Sikap membenarkan tayangan berkenaan, adalah relatifnya merupakan wajah kepada tindakan syaitaniah yang merupakan penyumbang jelas terhadap kerosakan moral yang kita temui di dalam kehidupan. "Para penjaga undang-undang dan moral (pihak polis) tidak boleh
membiarkan penayangan kejahatan yang kurang ajar ini. Mereka perlu
bertindak, jika tidak rakyat akan tanggung risikonya," tegasnya.

[Ramai pihak sebenarnya yang terkejut dengan penayangan aksi video lucah yang dipaparkan oleh TV3 itu. Kini mereka sudah keterlaluan dan TV3 dijadikan alat untuk meneruskan agenda peribadi pemimpin tertentu. Sebab itu kita tidak hairan orang kuat TV3, si Farid Ridzuan dan beberapa orang kanannya dipanggil bekerja di Jabatan Perdana Menteri. Rupa-rupanya itulah agenda mereka ia itu menggunakan sepenuhnya peranan saluran terbabit untuk memesongkan minda rakyat selepas mereka tahun RTM tidak diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Akhirnya adengan menjijikkan ini boleh disiarkan tanpa perasaan malu dan segan silu. Bukan sahaja TV3 malahan akhbar-akhbar arus perdana juga terlibat. Mereka tidak sedar bahawa media itu ditonton dan dibaca juga oleh golongan kanak-kanak, remaja dan generasi muda. Apakah politik sebegini mahu dihalalkan demi mencapai agenda pihak terbabit. Bukankah ia sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Maka itu tindakan pemimpin Gereja Khatolik ini jelas membuktikan semua agama tidak menerima unsur seks keterlaluan seperti ini].

Aturan Sunpah

Di zaman moden ini juga ada ulama yang membolehkan sumpah muhabalah namun ia masih memegang prinsip hanya dilakukan setelah semua proses perundangan yang berlandaskan Islam dilalui baru sumpah muhabalah ini perlu dilafazkan dihadapan hakim mahkamah syariah. Bukan sumpah dulu baru bicara.Persoalanya mudah Anwar Ibrahim sudah membuka fail aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, maka harus diadakan perbicaraan dalam mahkamah syariah. Kenapa takut membawa kes ini ke mahkamah syariah.Namun kini masyarakat sakit kerana diberikan persepsi yang salah mengenai sumpah. Sumpah sudah menjadi seperti kenyataan media berbalas-balas dalam media bersumpah.
http://chegubard.blogspot.com

Wanita Pertama Negara Maju Tidak Mahu Terbabit Dengan Program Rosmah?

Wanita Pertama Negara Maju Tidak Mahu Terbabit Dengan Program RosmahPosted on Sunday, October 10 @ 00:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Norasikin SamsiSHAH ALAM 9 Okt - Imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta dakwaan pembabitan beliau terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan kebanyakan Wanita Pertama negara maju menjarakkan diri mereka daripada terlibat dalam Sidang Kemuncak First Ladies anjuran beliau.Malah acara tiga hari bermula Isnin depan hanya dihadiri oleh 20 Wanita Pertama yang kebanyakannya datang dari 'dunia ketiga'.Wanita Pertama yang hadir termasuk dari Albania, Afghanistan, Chile, Congo, Gambi Ghana, Guinea Bissau, Iran, Jamaica, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Soerra Leone, Sri Lanka, Sudan dan ZambiaIsteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu dikatakan menghina Raja Permaisuri Agung dengan merampas gelaran yang pada sisi Perlembagaan adalah hak Tuanku Nur Zahirah yang selayaknya digelar Wanita Pertama Malaysia."Imej beliau di kalangan Wanita Pertama negara Eropah dan Amerika Syarikat sudah tercalar. Mereka tidak mahu dikaitkan dengan beliau yang terpalit dengan bermacam-macam tuduhan yang memalukan negara."Yang peliknya bagaimana seorang yang tidak layak memanggil dirinya wanita Pertama atau First Lady dari segi Perlembagaan Persekutuan boleh menganjurkan sidang kemuncak yang mengumpulkan wanita Pertama negara lain walhal beliau sendiri bukan dalam kedudukan itu. Ini amat memalukan imej negara," kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi Suara Keadilan.Zuraida berkata tindakan Rosmah membelakangkan Tuanku Nur Zahirah dengan 'menyamar' sebagai wanita Pertama adalah sesuatu yang mencerminkan kejelekan peribadi beliau.Malah lebih memalukan dakwaan Rosmah yang mengaku sebagai Wanita Pertama Malaysia dipertikai bukan sahaja oleh pakar Perlembagaan dan juga rakyat negara tetapi pernah dibahaskan semasa sidamng Parlimen.Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong"."Memang kita sudah bawa isu ini di dalam Parlimen dan saya sudah pun membahaskan perkara ini pada sidang yang lepas. Jadi kita akan teliti lagi sekali dan saya akan persoalkan mengapa kerajaan boleh berikan peruntukan dana awam untuk sidang kemuncak ini serta apa peranan dan keperluan penganjuran sidang berkenaan?"Meskipun telah beberapa kali Rosmah mendapat teguran dan kritikan berhubung sikap beliau yang membelakangi Raja Permaisuri Agong dengan menganggap dirinya sebagai Wanita Pertama negara, namun dia tidak pernah peduli dan ambil kira pandangan dan teguran," tegas Zuraida. Tambah Zuraida, Rosmah juga masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran terhadap beliau berhubung isu iklan berwarna dua halaman penuh yang memaparkannya di dalam di New York Times pada April lalu.Iklan tersebut menyebut ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.Apa yang menyedihkan kata Zuraida, Perdana Menteri juga menidakkan peruntukan Perlembagaan sambil menyokong Rosmah mengguna gelaran itu dengan mengatakan, 'Wanita Pertama tidak semestinya adalah Permaisuri'. "Saya nak tanya Najib, nombor satu tu apa, kalau hanya setakat inilah pengetahuan beliau, dia kena belajar balik ilmu kira-kira," sindir beliau "Ini jelas menampakkan Rosmah tidak menghirau dan menghormati Perlembagaan sedangkan di negara kita memang tidak pernah wujud istilah 'Wanita Pertama'. "Malangnya apabila Najib dan Rosmah menguasai pentadbiran negara, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan. Mereka tidak ada mengetahui sejarah negara dan tidak peduli kepentingan Perlembagaan," ujar Zuraida lagi.Sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama mengenai agenda memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.
Wanita Pertama Negara Maju Tidak Mahu Terbabit Dengan Program Rosmah

Umno sepatut nya bersama Pas

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.


"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Presiden PAS itu memberi respons terhadap kesekelian kalinya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya PAS bekerjasama dengan Umno BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR).


Najib berkata, pemimpin PAS perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti
keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk
kepentingan agama Islam.


Menurutnya, PAS tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.


''Tak kisahlah sama ada PAS mahu bersendirian atau bergabung dengan Umno, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha PAS dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung, Kuala Terengganu semalam.


Bagi PAS, tegas Tuan Guru Abdul Hadi seruan Najib itu adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah menjadi bencana dalam negara kita yang tercinta ini.


Katanya, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas
bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan
bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.


"PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman," tegasnya yang juga ahli Parlimen Marang.


Jelasnya lagi, kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.


Ia, katanya tidak sama dengan kerjasama wala antara Umno dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun.


"Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam?


"Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra?


"Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?" soalnya.


Jawapannya, kata beliau adalah kerajaan pimpinan Umno BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri.



Mahfuz, UMNO Pelawa PAS Berkerjasama Dengan Parti Itu Setelah Menyedari Mereka Telah Di Tolak Oleh 'Parti Komponen BN' Yang Lain Sebenarnya!
pahangdaily

SB jadi Pemfitnah sama?

----- Forwarded by ZahSubject: SB Bukit Aman Menghasutkan" RakyatGambar Orang Kanan Special Branch (SB) Bukit Aman Yang "Menghasutkan"Rakyat Supaya Percaya "Anwar Pelaku Video Seks" Di Dedahkan !pahangdailyonline(Embedded image moved to file: pic08360.jpg) PETALING JAYA 3 Mei - Tuduhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersekongkol dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) dibuktikan hari ini. Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali (foto) mendakwa pegawai polis di peringkat nasional bertindak sebagai "agen politik" untuk UMNO. Azmin turut mendedahkan gambar Senior Asisten Komisioner (SAC) 1, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail yang didakwa menghasut dua ribu guru termasuk pengetua di Bachok, Kelantan.Dalam program 'Seminar Isu- isu Keselamatan Negara Masa Kini' pada 19 Februari lalu, Penolong Ketua Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukti Aman itu mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pelaku dalam kes video seks dan fitnah liwat 2. Selain itu Abdul Rahman turut mengatakan Anwar sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Dengan pendekatan sebegitu, Azmin mendakwa Abdul Rahman menjadi seorang daripada "agen fitnah untuk bercakap tentang isu liwat dan seks". "Dia dakwa Anwar bersalah dalam kes liwat dan video seks," dakwa Azmin sambil menyifatkan penglibatan polis sebagai penyalahgunaan kuasa oleh UMNO. Perkara sama didedahkan minggu lalu oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. (Embedded image moved to file: pic13330.jpg) Bukti, inilah foto Datuk Dr Abdul Rahman Ismail yang didakwa menghasut dua ribu guru termasuk pengetua di Bachok, Kelantan baru-baru ini[Sebenarnya sejak dari awal lagi, rakyat memang mengesyaki pihak polis cawangan khas terlibat dengan segala fitnah dan konspirasi ini. Tambahna pula mereka sememangnya bekerja untuk UMNO sejak dulu, kini dan selamanya.Semua ini jelas dapat dibaca kerana penubuhan unit Cawangan Khas (SB) itu sendiri adalah bermatlamatkan politik dan sudah pasti segala arahan dan tugasan yang mereka lakukan adalah mendapat arahan pemimpin politik.Penggunaan sewenang-wenangnya pihak polis untuk memastikan kuasa politik terus dipertahankan adalah jelas melanggar undang-undang negara sebenarnya.Namun, ini berlaku kerana mereka yang berkuasa gagal memahami erti sebuah "demokrasi berparlimen". Akhirnya pihak polis yang sepatutnya dihormati rakyat untuk menjaga keselamatan mereka tetapi kini dibenci oleh rakyat itu sendiri. Semuanya gara-gara pengaruh "orang politik". Lantaran itulah kita tidak hairan dalam kes pembunuhan Altantunya itu pun, dua UTK yang didapati bersalah itu juga sebenanrya melakukan kerja itu mengikut arahan "orangpolitik". Soalnya, siapakah pemimpjn politik yang bertanggungjawabmengarahkan mereka?. Sehingga kini kes itu masih menimbulkan kontroversi.Apakah situasi ini akan berterusan buat selamanya?. Hanya rakyat yang bijaksahaja dapat menentukan segalanya, dengan membuat perubahan dalamPilihanraya Umum akan datang. Integriti pihak polis yang tercemar itu perlu dipulihkan kembali].

Rakyat sengsara kerana hutang

Rakyat Sengsara kerana HutangPosted on Tuesday, May 03 @ 20:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh: ruhan" Umno/BN perlu berasa malu kerana membebankan rakyat sedemikian rupa selama ini. Beban yang dimaksudkan ialah hutang. Antara yang utama ialah hutang isi rumah, iaitu pinjaman perumahan dan pinjaman kereta. Kedua-duanya sangat mahal. Keadaan ini amat merunsingkan kerana punca keberhutangan rakyat ialah pinjaman perumahan dan kenderaan yang menjadi sebahagian besar dari bayaran pinjaman setiap bulan oleh setiap keluarga di Malaysia.Hal ini mengurangkan pendapatan boleh belanja rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menaikkan taraf hidup keluarga. Menurut Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan statistik bulan Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010 hutang isi rumah telah mencecah RM577 bilion iaitu bersamaan dengan 74% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Daripada jumlah itu, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion adalah pinjaman peribadi dan RM225 bilion adalah pinjaman perumahan. Ini menimbulkan dua persoalan besar: Pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang menjadi sebahagian besar hutang rakyat ialah hutang yang tidak dapat dielakkan. Ketua keluarga sekurang-kurangnya memerlukan sebuah rumah dan sebuah kenderaan. Jumlah hutang kredit kad yang ditanggung rakyat adalah terlalu tinggi, dianggarkan berjumlah RM200 bilion yang mungkin menunjukkan rakyat menggunakan kredit kad untuk menanggung perbelanjaan harian. Angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih baik, terutamanya apabila kadar gaji tidak meningkat sekian lama. Nisbah 74% “hutang isi rumah kepada KDNK” adalah merunsingkan apabila kerajaan juga terus mengumpulkan hutang negara yang telah melebihi kadar 50% kepada KDNK buat pertama kali dalam sejarah. Kadar keberhutangan sebegini bermakna pendapatan boleh belanja rakyat adalah semakin rendah setiap tahun. Sikap Umno/BN dalam menangani masalah harga kereta dan perumahan yang mahal yang dihadapi rakyat menjadi bukti ketidakpedulian mereka terhadap kesengsaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini tidak langsung diendahkan. Malah harga kereta yang mahal adalah disebabkan dasar Umno/BN yang melindungi kepentingan kroni dengan menindas rakyat. Walaupun secara rasmi hanya 2 juta rakyat Malaysia yang berpendapatan melebihi kadar minimum untuk dicukai, sebenarnya setiap keluarga di Malaysia dikenakan cukai yang lebih tinggi melalui pelbagai cukai yang dikenakan terhadap pembelian kereta. Di samping itu, harga kereta di Malaysia menjadi mahal berlipat kali ganda disebabkan oleh 3 jenis cukai yang dikenakan iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan. Hal itu menyebabkan rakyat yang terpaksa mengambil pinjaman untuk membayar cukai, sedangkan kerajaan mengecualikan kenderaan perdagangan dari cukai eksais, Inilah bukti yang menunjukkan bahawa Umno/BN selama-lamanya meletakkan kepentingan perniagaan sebagai asas dasarnya. Harga rumah yang semakin meningkat juga menjadi bebanan kewangan yang tinggi kepada rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan keluarga muda. Untuk memiliki rumah mereka terpaksa memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman dan menanggung bayaran bulan yang terlalu tinggi berbanding gaji yang diperolehi. Bagi setiap keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, dianggarkan dua pertiga dari gaji mereka digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan kereta. Situasi ini menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil.
Reaksi Umno/BN terhadap isu ini sungguh mengecewakan. Mereka lari dari berbicara soal sebenar, iaitu kenapa rakyat berhutang sebegitu tinggi? Sebaliknya Umno/BN menggalakkan rakyat memanjang tempoh hutang dan menambah hutang. Walaupun memudahkan rakyat berhutang, tetapi akibat jangka panjang adalah rakyat yang bergelumang dengan bebanan hutang sepanjang masa. Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah. Kita mengalu-alukan usaha Pakatan Rakyat untuk menghasilkan dasar ekonomi yang lebih menjurus kepada kesejahteraan rakyat melalui Konvensyen Ekonomi Pakatan Rakyat pada bulan Mac yang lalu.

http://bilahrotan.blogspot.com

Osama pengganas?

OSAMA Pengganas? Di Negara Kita Siapa Pengganas?Posted on Tuesday, May 03 @ 20:15:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh: wfauzdin_ns" AMAN dunia bila Osama telah mati", itulah kata Najib di dalam mengulas isu kematian Osama Ben Laden seperti yang dilaporkan. Najib berkata demikian berasaskan bahawa Osama adalah pengganas dunia seperti juga ada dakwaan mengatakan Najib juga pernah mengecop Ulamak Muktabar As Syeikh Yusoff Qardhawi sebagai tokoh yang menggalakkan kegaganasan.Ertinya, jika As Syeikh Yusoff Qadhawi meninggal dunia nanti, tentulah Najib akan merasa gembira sepertimana gembiranya beliau mendengar kematian Osama Ben Laden.Memang benar, apabila seseorang itu terbukti memang pengganas kematiannya memang menggembirakan mereka yang impikan keamanan dan kesejahteraan. Adakah Osama Ben Laden sememangnya pengganas apabila bermusuh dengan Amarika dan sekutu Yahudi dan Israel itu?Di negara kita, rakyat juga akan turut bergembira dan berharap agar pengganas yang ada di negara ini cepat mati atau lenyap dari bumi Malaysia tercinta ini. Siapakah mereka? Mereka adalah yang zalim, yang mengekalkan pemerintahan zalim seperti Akta ISA. Pengganas di negara kita sedang diburu oleh rakyat iaitu dalang di sebalik pembunuh kejam Altantuya. Kita tidak tahu siapa, tetapi yang pasti orang yang terlibat mengarahkan Altantuya dibunuh mesti masih hidup. Kita cuma tahu pembunuh Altantuya, tetapi kita tidak tahu mengapa Altantuya dibunuh dengan kejam iaitu menggunakan bom C4 dan siapa yang mengarahkan mereka untukl berlaku kejam ke atas Altantuya. Adakah pengganas ini terlepas jika telah bersumpah laknat?Justeru itu, keganasan tidak kira siapa mereka dan ugama apa sekalipun wajib kita tentang. Jika Osama Ben Laden dikatakan pengganas, kita jangan lupa di negara kita mungkin ada yang lebih zalim dan kejam tetapi masih berpura-pura seperti `Malaikat'. Kita boleh tahu siapa pengganas ini, setelah kita ditakdirkan berkuasa di Putrajaya dan ketika itu baru rakyat tahu pengganas sebenar di negara ini./wfauzdin.blogspot.com"

Kenyatan Mufti Perlis

Kenyataan Mufti Perlis : Satu PenjelasanPosted on Tuesday, May 03 @ 19:27:43 PDT Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh: ahmadfadhli" 1.Saya merujuk kepada kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini. Beliau dilaporkan berkata mana-mana pihak yang menentang penyatuan di antara UMNO dan PAS ialah pengkhianat kerana al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu dan Islam perlu ditegakkan.2.Dengan bersangka baik kepada Sohibus Samahah Mufti Perlis, saya menganggap kenyataan tersebut separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak untuk meletakkan persepsi bahawa Mufti Perlis menghentam pihak-pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS dan UMNO.3.Perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan UMNO boleh berlaku bila-bila masa DENGAN SYARAT UMNO MENGUBAH DASAR KEPADA ISLAM. Ini boleh dirujuk di muka hadapan Sinar Harian, Rabu 14 Julai 2010 yang lepas.4.Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah UMNO telah bersyahadah di dalam perlembagaannya?5.Persoalannya, bagaimanakah PAS boleh bergabung dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat? Hakikatnya DAP tidak menolak prinsip Islam yang dibawa oleh PAS dan tidak mendesak supaya PAS menggugurkan dasar perjuangannya selama ini.6.Mufti Perlis seharusnya memberikan komen apakah hokum kerjasama di antara UMNO dengan MCA apabila Presiden MCA menyatakan dengan jelas bahawa mereka boleh menerima kehadiran PAS di dalam BN tetapi DENGAN SYARAT PAS MENGGUGURKAN AGENDA PERJUANGAN NEGARA ISLAM. Utusan Malaysia selaku akhbar yang membela agama, bangsa dan negara juga boleh turut mengulas isu ini. Jika pihak Mufti Perlis berminat untuk mendapatkan kenyataan ini, saya sedia membekalkan salinan laporan akhbar New Straits Time pada 2 Mei 2011 yang lepas di muka surat 9 untuk rujukan pihak Mufti Perlis. Atau saya menukilkan semula bahasanya untuk rujukan : “However, party president Datuk Seri Chua Soi Lek said PAS had to first set aside its agenda to turn the country state into an Islamic State before it could sit down and talk with UMNO about any possible return to the Barisan Nasional fold..”7.Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya UMNO selaku rakan kongsi MCA dalam Barisan Nasional membisu seribu bahasa?8.Justeru, saya berharap agar Mufti Perlis dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci agar dapat difahami dengan jelas letak duduknya kenyataan beliau. Hakikatnya, PAS tidak pernah meletakkan ke tepi agenda perpaduan umat Islam tetapi perlulah diletakkan Islam sebagai dasar terlebih dahulu.
Sekian, wassalam.

Ahmad Fadhli bin Shaari,
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 4 Mei 2011 / 1 Jamadil Akhir 1432

Tuesday, May 3, 2011

PATI diSabah dapat Kad Pengenalan?

Monday, December 27, 2010
Lebih 1.5Juta PATI sudah mendapat Kad Pengenalan di Sabah?
Saudara Pengarang,WALAUPUN Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) mengemukakan alasan kukuh (melalui apa yang saya baca dalam Sabahkini.net) namun adalah mustahil bagi Kerajaan Malaysia mengulangi tindakan drastik yang dibuat Jabatan Pendaftaran Negara apabila menarik balik semua kad pengenalan yang dikeluarkan kepada 16,693 orang pada 1996, namun jumlah PATI yang mendapat kad pengenalan Malaysia melalui JPN Sabah kini sudah mencecah lebih 1.5 juta orang?Bukankah nanti akan mencetuskan huru-hara kerana majoriti mereka menjadi ‘Fixed Deposit’ dalam UMNO dan BN dan ketika itu di manakah kedudukan kita sebagai ‘Anak Jati Sabah’ kerana jumlah kita tidak sampai 800,000 orang daripada 3.4 juta penduduk Sabah?Mengharapkan Polis dan Pasukan Keselamatan? Ramai anak PATI yang mendapat kad pengenalan ini sudah menjawat jawatan tinggi dalam Polis, Tentera, Rela, APMM dan sebagainya; apatah lagi polis Sabah tidak sampai 20,000 orang.Saya bimbang, mungkin kita terpaksa ‘HALALKAN’ sahaja PATI ini kerana kita tidak ada cara untuk membasmi mereka sehingga ke akar umbi disebabkan Kerajaan BN tidak mempunyai ‘Political Will’ untuk membasmi mereka, sebaliknya semakin menyuburkan mereka sehingga ada yang sudah menjadi Adun.Cukup hebat rakyat Sabah berjuang selama ini untuk mengatasi masalah yang sudah berlarutan selama tiga dekad, namun tidak menampakkan sebarang hasil kerana seolah-olah pihak berkuasa buta sekalipun Mutalib M.D telah menghasilkan begitu banyak buku yang membongkar isu PATI, namun mereka terus diberi suaka politik.Untuk membatalkan semua kad pengenalan yang dikeluarkan adalah mimpi dalam mimpi kerana tidak mungkin kerajaan BN menggigit jari mereka yang memangkah BN dalam setiap pilihanraya sehingga BN semakin kukuh di Sabah.Sedangkan desakan untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja pun dipandang sepi oleh Kerajaan BN dan Kabinet Negeri Sabah dan tidak ada Ahli Parlimen BN yang berani membawa isu penubuhan dan menjayakan usul Penubuhan Suruhanjaya Di Raja. Hanya salakan kosong daripada pembangkang yang hanya sekali sekala disiarkan akhbar, secara ala kadar.Jadi saya melihat perjuangan Bumburing adalah perjuangan sia-sia kerana beliau ibarat membakar jambatan sedangkan beliau juga memerlukan undi PATI untuk memenangi Parlimen Tuaran pada pilihanraya umum akan datang.Sebagai anak jati Sabah, saya juga malu kerana terpaksa membiarkan PATI menjadi rakyat Malaysia dengan menggunakan JPN Sabah, namun apa daya saya kerana saya hanya ada satu undi!Dalam keadaan terpaksa saya tidak mempunyai pilihan selain akur kepada senario politik masa kini dan terus kekal di dalam UMNO kerana pembangkang tidak mungkin berjaya menumbangkan BN selagi isu PATI yang mendapat kad pengenalan melalui pintu belakang ini dilindungi pihak berkuasa.Salam Hormat,AZIZUL SANARUL @ AJIJUL(NOTA: Azizul ialah Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat Semporna yang selama ini menentang dasar BN yang mengutamakan PATI namun terpaksa kekal di dalam UMNO untuk memeranginya daripada dalam)