Wednesday, August 25, 2010

Laporan Ijtimak : Jangan terkesan dengan dunia!

Kita manusia biasa yang lemah imannya selalu terkesan bila ada orang besar-besar bersama kita. Nampaknya kita masih lagi terkesan dengan pangkat dan darjat. Semua itu perlu dibuang daripada hati kita awal-awal lagi.
Sepatutnya lepas ijtimak kita terkesan dan membuat perubahan dalam hidup bukannya terkesan dengan kehadiran pembesar-pembesar ni. Namun sekali imbas ada juga baiknya iaitu moga-moga Allah membuka hati semua umat islam termasuklah pembesar-pembesar ni kepada usaha agama Allah.
Berikut ialah beberapa laporan kedatangan pembesar-pembesar negara ke ijtimak.
Khamis (9.7.09) semasa solat Asar, Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hadir solat bersama, dan mendengar bayan di atas pentas hampir 15 – 30 min sebelum beredar. Bayan ketika itu disampaikan oleh Hazrat Maulana Abdul Rahman (Raiwind).
Jumaat (10.7.09) semasa solat Jumaat, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Datuk Seri Mohamad Hasan berucap sebelum solat Jumaat. Dalam ucapan ringkasnya, beliau mengalu-alukan kehadiran para peserta ijtimak dan mengatakan Kerajaan Negeri tiada apa-apa halangan sekiranya program seperti itu hendak dianjurkan setiap tahun di Negeri Sembilan.
Solat Jumaat diimamkan di Masjid dan disambung langsung ke medan Ijtimak yang jauhnya melebihi 1/2 km dari masjid. Saf disambung berterusan dari masjid ke parking masjid, di atas jalan raya dan terus di atas padang menuju ke medan ijtimak sehinggalah ke pentas utama.
Sabtu (11.7.09) semasa solat Zohor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunaikan solat Zohor bersama dan kemudiannya bermuzakarah dengan beberapa orang ulamak dan ahli syura Malaysia di dalam khemah ulamak.
Semasa solat Asar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersolat Asar bersama-sama para jemaah dan memberi sedikit ucapan selamat datang kepada ahli jemaah di ijtimak. Beliau mengalu-alukan kedatangan para jemaah dari dalm dan luar negara ke ijtimak dan berdoa agar Allah memberkati perjuangan kita bersama.
Ahad (12.7.09) pukul 12.30 tengahari, Yang Di Pertuan Agong datang tetapi tidak menaiki pentas. Baginda pergi khemah ulamak dan minta nasihat dari ulamak yg ada di situ.
Terdahulu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berangkat menyertai ijtimak tersebut disambut oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Sumber : Utusan Malaysia.
Kongsi cerita ini dengan rakan anda!

No comments: