Saturday, September 27, 2014

Jemaah Dakwah & Tabligh adalah Tetamu Rasulullah Saw

Saya beranggapan bahawa,jika saya menulis kisah sebegini untuk tatapan umum,barangkali ianya boleh menimbulkan pelbagai persoalan.Antaranya mereka di luar sana pasti akan mengatakan bahawa saya ini terlalu ghuluw terhadap Jemaah Dakwah & Tabligh kerana menulis artikel sebegini.Sebenarnya ini bukan masalah ghuluw atau seumpama dengannya,tetapi ini adalah salah satu tanda keberkatan dan penerimaan di sisi Allah swt atas kerja-kerja yang di lakukan oleh mereka-mereka yang bergiat secara aktif di dalam Jemaah Tabligh.Seperti kisah di bawah ini saya petik dari buku Malfuzat (himpunan kata-kata nasihat) Faqihul Ummat,Mufti Mahmud Hasan Gangohi.
Malfuzat Faqihul Ummat,Muft Mahmud Hasan Gangohi,bekas ketua Mufti di Darul Ulom,Deoband.Mengenai cerita Mufti Saheb ini,boleh di baca di sini.


Satu Jemaah Dakwah & Tabligh daripada India telah melakukan usaha dakwah mereka di negara Palestin.Maka seorang Mufti besar satu daerah di Palestin telah datang untuk menyambut dan meraikan kedatangan mereka lalu beliau (mufti tersebut) mulai menangis.Beliau dengan sungguh-sungguh telah memberikan penghormatan yang besar terhadap jemaah ini.

Beliau kemudiannya menjelaskan kenapa beliau berbuat demikian dan bersedia untuk melayan mereka dengan apa cara dan keadaan sekalipun.Lantas beliau menceritakan bahawa, "Saya telah melihat Nabi saw dalam mimpi saya dua hingga tiga hari sebelum ketibaan Jamaah ini.Saya telah melihat Nabi saw sedang berjalan dengan cepat-cepat dan saya telah pergi ke hadapan untuk menyambut Baginda saw,tetapi Baginda saw telah menolak dan mengenepikan saya lantas berkata, 'ketepi,Tetamu saya telah tiba."

Mufti tersebut kemudiannya telah menunjukkan kepada seorang ahli dari jemaah tersebut dan berkata bahawa "Saya telah melihat beliau (yakni salah seorang dari ahli jemaah tersebut) bersama dengan Nabi saw,dan saya melihat juga beliau  beserta dengan ahli jemaah yang lain.


Rujukan : Malfuzat Mufti Mahmud Hasan Gangohi,Jilid 1,di susun oleh Mufti Faruq Meeroti,hal 569.