Wednesday, February 25, 2009

GAPENA JATUHKAN HISHAMUDIN

Sumber: http://www.universi tipts.com/
Kita mendengar bisik-bisik bahawa barisan kepimpinan tertinggi Gapena sudah sebulat suara bersetuju menjalankan kempen urat saraf supaya Menteri Pelajaran Hishamuddin Hussein Onn dijatuhkan.
Punca sikap permusuhan Gapena terhadap Hishamuddin itu adalah kerana pertubuhan penulis paling besar itu tidak dapat menerima pemimpin politik Melayu yang tidak memperjuangkan kepentingan bahasa, kebudayaan dan kesusateraan Melayu, malah mengkhianatinya.
Menurut sumber, Gapena akan menggerakkan semua ahli-ahlinya di seluruh negara supaya menjalankan kempen itu di peringkat tempatan masing-masing.
Ketua 1 Gapena adalah Tan Sri Ismail Hussein.
Baru-baru ini Gapena telah membuat laporan di Balai Polis Brickfeilds, Kuala Lumpur, berkenaan dasar PPSMI yang melanggar Perlembagaan Malaysia.

Tuesday, February 24, 2009

Nizar yang 'aku' kenali !


Apabila seseorang yang dihormati kerana kebaikannya, maka orang itu akan terus diingati. Inilah yang berlaku di Kelantan Darul Naim. Kebaikan yang dimiliki oleh sosok kecil Tok Guru, menundukkan ramai orang.Mereka hormat kerana sayang bukannya takut. Tok Guru tidak pernah menjatuhkan aib sesiapa. Maka, itulah sedikit bayangannya muncul di Perak, lewat perlantikan tanpa duga Ir Nizar sebagai Menteri Besar.Lama dahulu…jangan kata orang Kelantan, kami di Perak pun tidak mengenali sangat sosok tinggi gagah Ir Nizar. Bahkan, mungkin jika terlanggar bahu di pasar, kami mengingatkan dia seorang cina.Matanya yang sepet dan iras wajahnya memang seorang cina, kerana ibunya memang seorang cina. Rupa-rupanya, Allah SWT menyimpan Ir Nizar untuk menjadi MB kami. Sungguh tak disangka.Apabila Ir Nizar menjadi MB, baharulah rakyat sedar siapa beliau.Bukan sekadar jaminan kelayakan akademik yang begitu tinggi…tetapi juga pakej lain yang ada pada diri Ir Nizar. Saya sendiri tidak menyangka, dengan imej seorang aktivis PAS berjanggut sejemput itu, dia rupa-rupanya adalah manusia yang hebat seakan bayang Tuan Guru yang muncul di Perak.Barulah kami tahu, Ir Nizar bukan sekadar seorang jurutera lulusan luar negara; tapi juga seorang ‘ustaz’ yang sering mengajar di masjid dan surau. Nizar juga bukan sekadar petah berpidato di pentas politik, malah petah bicaranya di mimbar masjid. Nizar yang ada bukan sekadar fasih berbahasa Melayu; tetapi juga Inggeris, Cina, Tamil dan Arab!Apabila Ir Nizar memberikan ucapan sulungnya di hadapan ribuan rakyat Perak berketurunan cina, ramai yang terkedu apabila beliau berkomunikasi dengan lidah cina. Bukan satu dialek, tetapi tiga. Jarang orang Melayu-Islam- PAS yang mampu bertutur dalam dialek Kantonis, Hokkien dan Mandarin. Tapi Ir Nizar boleh!Apabila Nizar bertamukan orang India, maka lancar sahaja lidahnya berbahasa tamil. Sekali lagi kami terkedu. Apakah Ir Nizar ini anak ‘buluh betung’ yang mampu berbicara dengan sesiapa sahaja?Apabila menceritakan komunikasinya dengan Pak Arab dari Timur Tengah, Ir Nizar menceritakan bahawa dia berbicara dengan bahasa yang sama dengan mereka. Lalu ia memudahkan ‘cerita’ dan Pak Arab setuju datang melabur ke Perak. La…rupa-rupanya Ir Nizar kami fasih juga berbahasa Arab!Bahasa Inggeris…Bahasa Melayu…jangan cakaplah. Jika sudah bertahun di luar negara mengaji ilmu kejuruteraan, takkan tak reti bahasa Inggeris. Jika sudah keturunan Melayu, takkan jelek berbahasa Melayu!Kemudian, kami di Perak tambah teruja apabila MB kami ini rupanya sangat sayangkan Bahasa Melayu. Siapa pun tidak menyangka, rupa-rupanya dek kerana sayangkan bahasa ibundanya sendiri, maka Ir Nizar lama sebelum menjawat jawatan MB telah membawa anaknya menyaman Kerajaan Malaysia. Samannya berasas, kerana Kerajaan Malaysia telah melanggar hak Bahasa Melayu seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan Perkara 152. Sungguh bangga kami mempunyai MB seperti Ir Nizar…sayangnya bukan setakat di mulut tapi di kota apa yang dikata.Apabila bergelar MB pun, Ir Nizar tetap mengekalkan watak seorang lelaki biasa. Tidak pula kelihatan dia memasang ‘body guard’ keliling pinggang. Bahkan, apabila Nizar menjadi MB lah, maka kediaman Menteri Besar di Ipoh makin terbuka untuk rakyat. Merasalah kami memijak aspal dan rumput di dalam kawasan kediaman MB. Jadilah…Ir Nizar tidak malu pun untuk menikmati nasi bungkus di pejabatnya. Samalah dengan Tuan Guru mentornya di Kelantan. Nasi bungkus sudah jadi santapan biasa. Bukan haram pun…bahkan itulah yang rakyat suka.Apabila diteropong kepada isterinya pula, lega hati…tak adalah pula Datin Seri Fatimah sudah naik ‘tocang’ dengan ternobatnya suami menjadi MB. Masih lagi bertudung litup, masih sopan berkerudung dan berkurung. Masih sopan melayan tetamu dan pengunjung. Tidaklah berubah menjadi ‘kaduk naik junjung.’Anak-anak Ir Nizar lagilah…sungguh kami tak sangka, MB kami ini berwawasan akhirat melampaui dunia yang singkat. Anak-anaknya dihantar ke Timur Tengah, belajar syariah dan menjadi hafiz Quran. Samalah juga seperti Tuan Guru Nik Aziz, anak-anaknya alim dan warak…samalah seperti ayahandanya.Itulah…sejuk hati kami rakyat Perak ber-MB-kan Ir Nizar. Tapi…selalunya orang yang baik memang ada yang berdengki. Maka, dilemparkanlah fitnah dan tohmah. Disebarkanlah berita palsu dan dakyah. Semuanya agar imej MB Ir Nizar yang baik bertukar comot dan kelam.Semuanya ditangani dengan baik oleh Ir Nizar. Namun, kami rakyat Perak sedar…tidaklah semuanya sempurna 100 peratus. Adalah sedikit-sedikit kesalahan yang beliau terbuat atau terlepas pandang. Namun, semuanya masih boleh dimaafkan. Bukanlah besar sangat pun.Malangnya, kesalahan kecil itulah diperbesarkan. Isu pemberian tanah kepada orang cina menjadi bahan utama. Kasihan MB Nizar. Takkanlah memberi tanah kepada rakyat Perak itu salah. Lainlah memberikan tanah kepada orang Singapura…macam terlepasnya Pulau Batu Puteh…tapi, penjelasan dan penafiannya tidak didengari. Mereka asyik mengecam dan mencaci. Kasihan MB kami.Kini, puaslah agaknya hati para pendengki itu. Mereka sudah berjaya menafikan hak MB kami. Ir Nizar dipaksa turun dari jawatannya. Mereka peralatkan sultan. Mereka peralatkan media. Mereka jaja nama tuanku. Kononnya Ir Nizar sudah derhaka. Lalu, mereka angkat sumpah menjadi MB baru…walaupun MB Nizar masih MB yang sah.Inilah cerita MB kami, Datuk Seri Hj Ir Muhammad Nizar Jamaludin. Anak Kampar Perak yang membesar di sekolah cina, belajar hingga ke England dan akhirnya mampu berkhutbah di mimbar masjid dan berceramah agama di mana-mana. Sayang…seorang teknorat agama seperti ini difitnah oleh orang seagama, yang kemaruk kuasa.Tapi kami yakin…tak lama lagi, beliau akan jadi MB semula. Kami yakin…kami percaya, kerana kami pegang janji Allah…siapa yang tolong Allah maka Allah akan menolong mereka dan meneguhkan tapak kaki mereka. Amin…!source : link

Friday, February 20, 2009

Tengku Razaleigh: Siapa derhaka kepada raja?

Tengku Razaleigh: Siapa derhaka kepada raja?Dilulus terbit pada Thursday, February 19 @ 10:56:05 MYT oleh TokBatin Oleh tutuhjang"

Berita »
Selasa Februari 17, 2009
Tengku Razaleigh: Siapa derhaka kepada raja?
Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Di sebalik krisis politik Perak dan syor agak dikembalikan kekebalan Raja-raja Melayu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam menarik perhatian bahawa isu sebenar yang perlu diberikan tumpuan bukannya tentang status Raja-raja Melayu.
Sebaliknya kata beliau, "isu sebenarnya ialah legitimasi proses pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional yang mengambil alih daripada Pakatan Rakyat."
Menulis dalam blognya semalam, bekas Naib Presiden Umno itu juga melontarkan pertanyaan siapa sebenarnya yangmenderhaka kepada Raja-raja Melayu?
Malah, dalam tulisannya itu, beliau menempelak pemimpin Umno yang mempersoalkan sikap sesetengah rakyat yang dikatakan tidak lagi hormat kepada institusi raja.
Mengambil kira perkembangan semasa beliau turut bertanya "yang mana satukah mendatangkan keburukan lebih besar, antara pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak baru-baru ini?"
Tengku Razaleigh mengingatkan bahawa Raja-raja Melayu hari ini boleh dibawa ke Mahkamah Khas kerana pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, beliau ketika itu membantah pindaan tersebut dan beliau tidak berganjak dengan hujahnya dalam perbahasan diparlimen 16 tahun lalu.
"Saya menentang pindaan-pindaan ini... Saya masih kekal dengan pendirian ini," katanya lagi.
Dalam tulisannya itu, Tengku Razaleigh turut menyertakan rakaman video ucapannya semasa membahaskan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993.
Tengku Razaleigh juga mempersoalkan sikap pemimpin Umno yang dilihatnya tidak faham isu pokok.
Katanya, "apakah ini seharusnya bentuk pemimpin dan parti yang dimahukan oleh rakyat."
Malah, beliau juga bertanya apakah Umno hari ini benar-benar mempertahankanundang-undang dan institusi raja-raja Melayu seperti yang didakwa.
Mengenai tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak, TengkuRazaleigh berkata, beliau tidak setuju dengan Pengerusi Kebangsaan DAP itu.Bagaimanapun tegasnya, Karpal hanya menggunakan haknya yang dibenarkan olehPerlembagaanJang,Saya fikir, inilah sebuah kenyataan yang patut disebarluaskan ke tengah masyarakat seberapa segera yang boleh. Setiap kita bertanggungjawab mengedarkannya. Salin & Cetak Jang. Lagi elok, salin video ucapan Ku Li seperti yang disebutkan oleh beliau, muatkan dalam semua laman yang ada, nie kojo orang yang handal dengan internet nie, jangan nak ngelak-ngelak kau Jang.Lihat lagi perenggan ini :
Tengku Razaleigh juga mempersoalkan sikap pemimpin Umno yang dilihatnya tidak faham isu pokok.
Katanya, "apakah ini seharusnya bentuk pemimpin dan parti yang dimahukan oleh rakyat.",
Malah, beliau juga bertanya apakah Umno hari ini benar-benar mempertahankanundang-undang dan institusi raja-raja Melayu seperti yang didakwa.Komen : Bayangkanlah, pandangan Ku Li mengatakan umno tidak faham isu pokok, lalu beliau bertanya lagi APAKAH INI SEHARUSNYA BENTUK PEMIMPIN YANG DIMAHUKAN RAKYAT ? fahamkah kau Jang makna perenggan di atas, ertinya :1 Kalau kau pilih juga pemimpin yang tak faham isu pokok, maka negara akan jahanam.2 ertinya juga, pada anggapan pemimpin umno, rakyat Malaysia nie memang RAKYAT CACINGBANGUNLAH RAKYAT MALASYIA, JATUHKAN SEGERA PEMIMPIN UMNO YANG TAK FAHAM ISU POKOK, YANG SENTIASA MENGANGGAP KITA CACING.TUTUH SAMPAI MONANG JANG

Umno mengadai(kes di Perak)

UMNO gadai tanah lebih 40,000 ekarDilulus terbit pada Friday, February 20 @ 15:13:21 MYT oleh TokPenghulu Oleh qiadi"Oleh DATO SERI Ir. NIZAR Assalamualaikum, Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan. Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio. Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru. Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.2. 5,000 ekar di Bruas3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12). Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu.Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO.( http://kamparinn. blogspot. com/ )"

Hujah saya sepanjnag bulan Feb 09(Tranungkite

http://tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=2787#20828

http://tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=2789#20841

http://tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=2725#20296

http://tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=2704#19990

http://tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=2677#19818

http://tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=2673#19712

http://tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=2664#19565

http://tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=2623#19169

Derhaka(isu diPerak)

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Hrkh) - Para pemimpin Umno-BN dan para penyokong fanatiknya mendakwa para pemimpin serta para penyokong Pakatan Rakyat (PR) menghina Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kerana enggan menerima pembentukan kerajaan negeri Perak yang baru pada 4 Februari lalu.
Iklan




Apatah lagi, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar walaupun telah dinasihatkan berbuat demikian oleh Sultan Perak. Pengerusi DAP, Karpal Singh pula mahu menyaman Sultan Azlan Shah (walaupun tidak dipersetujui pemimpin PR yang lain) dan BN.
Ekoran itu, demonstrasi demi demonstrasi diadakan oleh Umno-BN dan penyokongnya di seluruh negara dengan pelbagai sepanduk mengecam Nizar dan Karpal. Karpal sendiri menghadapi 84 laporan polis terhadapnya. Beliau segera dipanggil oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk memberi keterangan.
Cepat sungguh Polis Diraja Malaysia bertindak atas laporan polis terhadap pemimpin pembangkang sebaliknya para pemimpin BN yang memang 'penjenayah' dan 'perompak' harta rakyat, laporan polis itu entah ke mana lesapnya!
Sikap hipokrit dan 'double-standard' Umno terserlah apabila mereka turut turun ke jalan raya berdemonstrasi membantah ketegasan pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu di Perak walaupun mereka juga yang mengatakan demonstrasi bukan budaya kita.
Nampaknya, jika dilakukan oleh mereka, demonstrasi jalanan tersebut tidak menjadi satu kesalahan. Karpal sendiri mempertikaikan perkara ini. Katanya, demonstrasi Pakatan Rakyat dihalang, tetapi demonstrasi Umno-BN dibenarkan walaupun tanpa permit.
Menantu kesayangan Dato? Seri Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin juga kini mahu menjadi jaguh dengan mengecam Nizar dan Karpal dalam demonstrasi jalanan yang ditajanya. Beliau turut meminta penderhaka dihalau dari bumi Perak.
Nampaknya, Khairy mudah lupa kerana dahulu beliau juga yang menganggap para demonstrator jalanan adalah monyet. Tetapi, sekarang kerana mempertahankan kerajaan haram di Perak, beliau sanggup menjadi monyet.
Semua orang tahu ini hanyalah sandiwara Khairy sahaja untuk meraih sokongan dalam pertandingan memilih Ketua Pemuda Umno dalam Perhimpunan Agung Umno pada 24 hingga 28 Mac nanti.
Demonstrasi bukan budaya kita. Bagaimanapun, ia menjadi budaya murni dan halal jika menyokong kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN!
Bandingkan dengan demonstrasi di Masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 6 Februari lalu. Tiada satu pun kain rentang oleh penunjuk perasaan berbunyi kasar serta menghina Sultan Perak dan Raja Muda.
Apa yang terpampang hanyalah ayat "Daulat Tuanku Rakyat Pohon Tuanku Bubarkan DUN Perak" dan "Menuntut Bubarkan DUN, Kembalikan Kuasa Rakyat".
Nizar menderhaka? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Sultan Azlan. Tetapi, tidak menggunakan perkataan tidak bersetuju. Sebaliknya, beliau menggunakan perkataan "Sembah patik sembah derhaka."
Bukannya beliau menderhaka seperti yang ditafsirkan oleh akhbar arus perdana kroni kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN. "Sembah derhaka" itu telah dijadikan isu, sedangkan selama ini pemimpin Umno yang kerap menderhaka kepada Sultan. Kepada Allah SWT pun mereka menderhaka, apatah lagi kepada Sultan yang juga manusia ciptaan Allah.
Nizar enggan meletakkan jawatan kerana jawatan dan kerajaan pimpinannya dirampas secara tidak bertamadun oleh pemimpin kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN. Beliau dan kerajaan tidak dikalahkan, tetapi dinafikan secara haram menerusi rampasan kuasa yang sebenarnya memalukan Umno-BN.
Mana mungkin seorang yang bermaruah dan dipilih oleh rakyat mahu tunduk pada perbuatan tidak bermaruah dan penuh kehinaan? Siapa sahaja yang bermaruah akan mempertahankan diri jika dianiayai.
Berkaitan dengan isu di Perak ini, Umno-BN cuba menggambarkan imej buruk Pakatan Rakyat, iaitu tidak mendengar titah raja. Sejak bila pula Umno-BN begitu taat setia raja dan menjadi pembela berani mati?

Derhaka: Umno ada sejarahnya

Ingin ditanya, siapakah yang terlebih dahulu derhaka kepada raja? Kerajaan rasuah, angkuh dan sombong BN sudah lupa siapa yang menentang dan menghina Sultan Terengganu (yang juga Yang di-Pertuan Agong) dalam pemilihan Dato? Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu pada bulan Mac tahun lalu?
Cepatnya Umno-BN lupa pada demonstrasi oleh penentang pelantikan Ahmad itu? Ia adalah atas arahan Abdullah sendiri. Sehingga kini, langsung tiada siasatan dan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang terlibat.
Dalam demonstrasi di pekarangan rasmi Menteri Besar Sri Iman, Kuala Terengganu pada 23 Mac tahun lalu itu, para pemimpin Umno negeri dan Pusat menderhaka terhadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin apabila secara terbuka berdemonstrasi yang jelas menghina kemuliaan institusi raja dalam isu pelantikan menteri besar.
Penyokong Umno/BN mahu Idris Jusoh kekal sebagai Menteri Besar Terengganu.Mereka menyanggah pihak istana yang diwakili Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) kerana melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.Tindakan biadap Umno itu memang mengundang kemarahan pelbagai pihak serta menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan rakyat umum, termasuk Istana Tuanku.
Antara slogan pada kain rentang yang menimbulkan ?ketegangan? itu adalah seperti ?Kami Nak Idris, Natang? (binatang) yang disiarkan secara meluas oleh beberapa buah stesen TV negara kita.
Perkataan ?Natang? itu adalah dialek Terengganu yang bermaksud 'Binatang?. Ia ditujukan kepada siapa? Adakah kepada pihak Istana Terengganu atau Raja-raja Melayu yang menjadi sasaran emosi pemimpin serta penyokong tegar Umno/BN Terengganu? Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor membuat kenyataan terbuka untuk memecat Ahmad Said yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal.
Umno Terengganu yang diketuai Idris dan Rosol Wahid memprotes secara terang-terangan watikah yang diperkenan oleh Pemangku Sultan Terengganu melalui MPPR. Sehingga kini, Abdullah tidak dibicarakan, apatah lagi dijatuhi hukuman setimpal. Bagaimanapun, seluruh rakyat Malaysia sudah menyedari bahawa Umno-BN yang sebenarnya adalah ?penderhaka? bertopengkan agenda perjuangan orang Melayu.
Annuar Musa (sekarang Tan Sri) sudah lupa atau berpura-pura lupa bahawa pada tahun 1993 beliau sanggup berarak dari Kuala Lumpur membawa Tengku Ibrahim dan menabalkannya di bawah pohon janggus sebagai Sultan Kelantan, sedangkan Sultan sebenar masih ada.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Muhammad Mohd Taib (juga sekarang Tan Sri) ketika menjadi Menteri Besar Selangor juga lupa beliau pernah melarikan puteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin, yang lebih dikenali sebagai Ku Yah.
Lupakah bahawa Umno juga pernah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983. Kerakusan mahu terus berkuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk meminda peruntukan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.
Pindaan yang dikemukakan pada pertengahan tahun 1983 itu diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) itu setelah baginda berbincang dengan raja-raja lain.
Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan, malah buat kali pertama selepas kemerdekaan, pemimpin kerajaan yang dikuasai Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum anjuran Umno itu telah menyebabkan raja dipandang hina oleh masyarakat awam.
Pada tahun 1990, Umno sekali lagi bertembung dengan raja-raja selepas ia kalah teruk di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-8. Dalam Perhimpunan Agung Umno tahun 1991, Umno telah melemparkan kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu.
Istana Kelantan dibidas secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah.Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan kata-kata tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan serta mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya.
Seterusnya, pindaan Perlembagaan tahun 1993 menunjukkan percubaan Umno untuk menghapuskan kekebalan raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi Umno.
Akibatnya, media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang menteri mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja serta anggota kerabat diraja tertentu.
Jadi, sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja seperti yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983. Pada tahun 1978, Menteri Besar Perak, Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletakkan jawatan sehingga mendorong Sultan Perak, Sultan Idris Shah menyimpan janggut dan jambang. Baginda bernazar akan mencukurnya setelah Ghazali meletakkan jawatan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato? Mahfuz Omar membantah keras rampasan kuasa di Perak ini walaupun tidak hairan jika ada rasuah RM50 juta untuk membeli ADUN PR kerana rasuah memang sudah menjadi amalan pemimpin Umno/BN.
Oleh kerana Umno-BN merampas kuasa secara yang disifatkan oleh pakar undang-undang dan Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai ?rompakan di siang hari yang terang-benderang', Mahfuz tegas mengatakan ada dua buah kerajaan haram di dunia sekarang. Pertama, katanya, kerajaan haram laknatullah Israel dan kedua, kerajaan haram BN di Perak.
Adun 'lompat' tidak berani pulang ke kawasan
Oleh kerana berkuasa secara haram, menurut Setiausaha Politik Nizar, Misbahul Munir Masduki, maka Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang tidak berani menjenguk kawasan masing-masing.
"Bagaimana mereka boleh berkata mahu berkhidmat kepada pengundi sedangkan langsung tidak berani pulang ke kawasan masing-masing? Mereka tahu mereka telah mengkhianati pengundi,"tambah Misbahul.
?Sebab itulah mereka takut untuk menjenguk kawasan. Para pengundi mereka juga sedang menunggu dengan kasut,? jelas beliau secara berseloroh dalam satu ceramah di Kuala Lumpur baharu-baharu ini.
Tambah beliau, jika hasrat mengadakan pilihan raya semula dan tandatangan referendum rakyat Perak gagal, krisis yang berlaku diharap akan berterusan sehingga tiga kerusi Dun terbabit dikosongkan dan pilihan raya kecil diadakan.
Dilaporkan bahawa Speaker Dun Perak, V Sivakumar enggan menerima Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar dan enam orang Exco baharu kerana pelantikan mereka tidak mengikut Perlembagaan. Dalam perkataan lain, mereka adalah pemimpin kerajaan haram!
Namun, sikap 'double-standard' serta tidak tahu malu pemimpin Umno terserlah apabila Dr Zambry membantah tindakan Sivakumar itu. Katanya, perkara itu perlu dibawa ke mesyuarat Dun terlebih dahulu.
Tahu pula mahu membawa ke mesyuarat Dun. Semasa mahu merampas Perak pada 4 Februari lalu, tidak pula mahu menunggu mesyuarat DUN untuk mendapat undi tidak percaya terhadap Nizar. Inilah sikap Umno yang tidak bertamadun seperti lanun!
Walaupun akhirnya bersetuju keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar dan menyerahkan semula kenderaan rasmi, Nizar dan barisan Exconya akan menjelajah seluruh negeri Perak (setiap Dun) untuk memberi penjelasan.
Menurut Misbahul lagi, Sultan Azlan dikhabarkan berdukacita atas kemarahan rakyat baginda. Sepatutnya baginda bergembira ketika menyambut perayaan Jubli Perak memerintah negeri Perak. - azm_

Thursday, February 19, 2009

'Nizar dan Sultan ada tafsiran sendiri, biar rakyat tentukan' - Haron Din

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato' Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri.
Iklan




Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia.
"Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka.
"Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Harakah baru-baru ini.
Dalam pada itu beliau menegaskan Raja-raja Malaysia perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka.
Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah 'sembah derhaka' yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.
"Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja," katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini.
Katanya, yang tidak mahu mendedahkan secara terperinci, memang berlaku perbuatan menderhaka yang tidak diketahui umum.
"Ada pemimpin disuruh Raja untuk 'briefing' pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat. Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat.
"Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati.
"Ini semua saya dapat tahu dan ada antara Raja-raja yang beritahu sendiri kepada saya. Inilah perangai mereka... ini jauh lebih derhaka lagi," katanya.- azm/mks.
(Ikuti wawancara penuh dengan beliau dalam Harakah keluaran terbaru, Edisi Jumaat yang sudah ada di pasaran) _

Speaker ada kuasa gantung MB, enam exco - Dr Aziz Bari

Harakahdaily Thu Feb 19, 09 10:26:27 am MYT
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Sungguhpun Dato' Dr Zambry Abdul Kadir Zambry tidak berpuas hati dengan Speaker DUN Perak, V Sivakumar atas keputusannya menggantung dan melarang beliau dan enam Exco daripada menghadiri sesi DUN, namun tindakan itu dibuat mengikut peruntukan kuasa yang ada.
Iklan




Demikian pandangan pensyarah undang-undang Profesor Dr Aziz Bari yang menyatakan bahawa Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat keputusan tersebut.
"Speaker ialah ketua Dewan...pada asasnya," katanya dan menyatakan terdapat kes penggantungan anggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN dan anggota Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat sebelum
"Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel," katanya dalam sebuah laman web.
Abdul Aziz berpendapat di peringkat persekutuan, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini pernah beberapa kali membuat keputusan yang dianggap 'tidak munasabah, menolak usul, menggantung Ahli Parlimen dan sebagainya'.
"Kali ini giliran BN pula merasa," katanya.
Abdul Aziz memberitahu bahawa Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin mempunyai hak untuk membawa kes itu di makamah atas sebab 'posisi kabur kerajaan Zambry.'
Sementara itu peguam Karpal Singh juga turut bersetuju dengan tindakan Sivakumar dan menyatakan bahawa ianya di bawah bidang kuasa beliau selaku Speaker. -azm/mks. _

Wajib Pilih Pemimpin Ikut Ketetapan Allah

Oleh monazmuslim"Apa yang akan saya perkatakan di sini adalah bertujuan untuk membuka minda anda semua betapa peri pentingnya soal memilih pemimpin yang memerintah sesebuah negara. Perlu diingat pemimpinlah yang bertanggungjawab menentukan halatuju dan dasar negara yang diperintahnya. Jika baik pemimpinnya, maka baiklah negara dan rakyatnya. Dan jika sebaliknya, maka rosaklah negara dan rakyatnya.
Sebelum saya meneruskan pembicaraan di sini, saya mahu anda buka minda seluas-luasnya dan ingat bahawa kita adalah seorang Muslim yang mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH. Ketepikan dahulu soal parti mana yang anda sokong. Kosongkan jiwa anda dari mana-mana pengaruh.Baiklah. Sekarang kita sebagai seorang Muslim yang belum menyertai mana-mana parti. Apa yang ada di hadapan kita sekarang ialah Al-Qur'an dan Hadis.Saya ambil terjemahan ayat Qur'an dari Surah Al-Baqarah (2) : ayat 208 ;"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."Dalam ayat ini Allah memerintahkan kita agar menjadi seorang Islam yang tulen. Bahasa mudahnya seluruh hidup hanya berpandukan Al-Qur'an dan Hadis. Amal 'ibadah, makan-minum, pakaian, pekerjaan, jodoh, rumahtangga, pergaulan, hubungan dengan masyarakat, ekonomi, politik dan segala-galanya mesti menuruti apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan yang diajar oleh Rasulullah. Termasuklah soal memilih pemimpin (khalifah) ini.Kita mesti ingat, setelah kewafatan Rasulullah, perkara pertama yang dibuat oleh para sahabat adalah berbincang tentang siapa yang akan dilantik menjadi Khalifah pertama bagi memimpin negara pada ketika itu. Ringkasnya, seluruh sahabat sepakat melantik Saiyidina Abu Bakar. Sebenarnya para sahabat menyedari bahawa sebelum kewafatan Rasulullah, Baginda telah memberi isyarat dengan meminta Abu Bakar menjadi Imam solat berjamaah pada hari kewafatannya. Setelah semuanya sepakat memilih Abu Bakar, barulah jenazah Rasulullah diuruskan.Di sini jelas menunjukkan kepada kita betapa pentingnya soal pilih pemimpin.Seterusnya dalam Al-Baqarah (2) : ayat 30 ;"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di mukabumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau ?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."Apa tanggungjawab Khalifah ?Dalam ayat 30 ini, Ulama' tafsir menjelaskan tanggungjawab Khalifah ialah seseorang yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengatur kehidupan manusia di mukabumi ini dengan berdasarkan Wahi (Wahyu) dan syari'at Allah supaya kehidupan manusia itu teratur dan mempunyai tujuan-tujuan hidup yang suci murni untuk mencapai keredhaan Allah. (Sila Rujuk Tafsir Pimpinan Ar-Rahman)Para Ulama' Muktabar pula menyebut tanggungjawab Khalifah (pemimpin) ini ialah menegakkan agama dan mentadbir (siasah) dunia dengannya (agama).Apa pula maksud 'agama' dalam ayat "mentadbir dunia dengan agama" ini.Rasulullah SAW menjelaskan maksud AGAMA ialah ;"Undang-undang dan cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas makhluk."Baiklah. Pemimpin yang bagaimana kita wajib pilih ?Allah telah memberi garis panduan yang jelas kepada kita semua tentang ciri-ciri pemimpin yang wajib kita pilih dalam Surah As-Sajdah (32) : ayat 24 ;"Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami."Mengapa Allah perintahkan Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah ?Rasulullah berhijrah ke Madinah kerana mahu tegakkan dahulu Negara Islam di sana. Di Mekah pada waktu itu belum boleh ditegakkan Negara Islam sebab penentangan masih terlalu kuat daripada kalangan puak musyrikin Mekah yang diketuai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab.Sudah jelas kepada kita semua bahawa Politik (siasah syar'iah) itu ada di dalam Islam. Rasulullah SAW sendiri adalah seorang Perdana Menteri bagi Negara Islam Madinah. Baginda juga seorang ahli politik yang cekap dan bijaksana.Jika ada di kalangan individu Muslim yang mengatakan bahawa Rasulullah tidak pernah berpolitik, saya nasihatkan agar individu tersebut mendapatkan 'rawatan segera' sebelum terlambat.Apa hukumnya bagi seseorang mengatakan "politik suku dan agama suku" ?Fatwa seorang Ulama' Masyhur, Syeikh Mustafa Sabri (1869 - 1954) yang hidup di zaman Pemerintahan Islam Khalifah Uthmaniyyah menyebut :"Jalan paling mudah untuk menjadi KAFIR apabila memisahkan agama dengan politik."Apakah kriteria pemimpin yang wajib kita ta'ati ?Dalam Al-Qur'an, Allah jelaskan dalam Surah An-Nisaa' (4) : ayat 59 ;"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya."Apa maksud "Ulil-Amri" ? Maksudnya pemimpin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Mentadbir dan memerintah negara dengan berpandukan Al-Qur'an dan Sunnah. Melaksanakan Hukum dan Undang-Undang Allah.Malangnya hari ini ramai umat Islam dalam negara tidak berpandukan Al-Qur'an dan Sunnah dalam soal pilih pemimpin. Masalah ini berlaku ekoran daripada majoriti umat Islam masih berpegang kepada satu fahaman yang mengatakan agama lain, politik lain. Inilah fenomena yang amat membimbangkan kita kerana fahaman sebegini boleh menyebabkan Iman seseorang boleh terbatal tanpa sedar.Bagi golongan Ulama' Pengampu (ulama' jahat) pula, mereka inilah yang banyak menyesatkan umat Islam dengan menyembunyikan kebenaran yang diketahui demi mempertahankan jawatan dan pangkat mereka (habuan dunia). Allah SWT melaknat golongan ini sepanjang hayat mereka selagi mereka tidak bertaubat dengan menyatakan kebenaran yang disembunyikan itu.Dalam Al-Qur'an, Surah Al-Baqarah (2) : ayat 159 yang bermaksud ;"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.Bolehkah Umat Islam Menjadi Ahli dan Menyokong UMNO ?Oleh kerana UMNO sudah lama memerintah Malaysia dan merupakan sebuah parti orang Melayu yang terbesar dalam negara, maka saya mahu membawa minda anda untuk menilai apakah sebenarnya dasar dan fahaman UMNO selama ini.Pertama, Almarhum Tunku Abd.Rahman selaku Presiden UMNO yang pertama mengesahkan sendiri bahawa UMNO adalah sebuah Parti Kebangsaan yang berfahaman sekular. Fahaman Sekular inilah yang memisahkan agama dengan politik. Fahaman Kristian yang menyesatkan.Jelas kepada kita hari ini bahawa UMNO memang sebuah parti sesat.Bagaimana pula dengan pemimpinnya ?Bagi orang yang berakal dan celik hatinya, pasti boleh menilai sendiri bagaimana dengan kedudukan 'Aqidah para pemimpin UMNO.Jika merujuk kepada fatwa Syeikh Mustafa Sabri tadi, memang jelas pemimpin UMNO terdiri dari golongan kafir dan munafiq.Bolehkah umat Islam memilih pemimpin UMNO ?Tepuk dada tanya iman anda ...Sebelum menutup bicara, sila perhatikan maksud ayat dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 berikut ;"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! "Dalam ayat ini Allah menjelaskan tentang balasan yang diterima oleh golongan manusia yang salah pilih pemimpin.Jazakallah.http://monazmuslim.blogspot.com

Umno dan budaya rasuah dan samseng

Sebagaimana dijanjikan semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan tiga bukti dalam Dewan Rakyat yang menunjukkan BN memang berusaha dengan pendekatan rasuah dan ugutan untuk menarik Adun Pakatan menyertai BN.Ketiga-tiga bukti itu adalah rakaman CCTV, peluru hidup dan penculikan. Namun, Anwar mendakwa, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat dengan bukti-bukti ini.Anwar berkata demikian ketika membahaskan ucapan titah Yang Dipertuan Agung di Dewan Rakyat hari ini.Dalam kes CCTV, Anwar berkata, pihaknya dengan kerjasama SPRM telah memasang CCTV untuk merakam perbualan antara Adun Kulim, Lim Soo Nee dari PKR dengan bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahatzir Khalid.Rakaman itu dibuat di sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang menunjukkan Mahatzir dan Adun itu.Kata Anwar, agen kepada Mahatzir telah menawarkan Lim Soo Nee RM5 juta untuk melompat parti dan menyertai BN.Lim, kata Anwar, telah menolak tawana itu dan membuat laporan polis kemudiannya tetapi tidak ada tindakan sehingga kini.Anwar mendakwa, Adun Bukit Selambau, V Arumugan telah diugut dengan bermacam cara termasuk ugutan bunuh sebagaimana yang dialami oleh bekas Adun Lunas, Joe Fernandez yang mati dibunuh jika kekal dengan aktiviti politiknya.Anwar mendakwa, semua laporan ini tidak diambil tindakan oleh polis dan SPRM selepas mendapat tekanan dari pemimpin atasan BN.-SIASAH --Posted By Topengperak_ Xinwugi® to Perisik Rakyat® at 2/19/2009 06:24:00 PM

Wednesday, February 18, 2009

Kes Altantunya

Oleh puyuh"SHAH ALAM [3.47 pm] - Apa lagi yang ditunggu oleh mahkamah?. Sudah terang lagi bersuluh, tertuduh dalam kes Altantunya secara jelas menyatakan di mahkamah yang beliau telah mengaku "menjadi kambing hitam yang harus dikorbankan untuk melindungi rancangan dan niat jahat mereka". Soalnya sekarang, siapakah pihak terbabit?. Razak Baginda, ADC Musa Safri atau siapa?. Umum mengetahui bahawa kedua-dua nama tersebut ada kaitan dengan Najib Razak. Jika benar kata Sirul Azhar beliau hanya melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh ADC Najib iaitu Deputi Supritenden (DSP) Musa Safri. Maka kita perlu tanya pula ADC Musa Safri pasti menerima arahan daripada "bossnya"!. Siapakah boss beliau itu gamaknya?.Memang sudah menjadi tradisi bahawa seseorang ADC akan hanya mengikut arahan yang dibuat oleh bossnya sahaja. Jika A kata bossnya, maka A lah kata beliau biarpun benda itu ada B. Ini bermakna ADC Musa Safri pasti mendapar arahan dari bossnya untuk melaksanakan niat jahat tersebut. Masakan "teori" sebegini pun masih gagal dibaca oleh mahkamah. Apa lagi "dalih" yang mahu dilakukan untuk menggagalkan kes ini. Razak Baginda sudah dibebaskan dan kini apakah Sirul dan Azilah juga bakal dibebaskan?. Jika ini berlaku, siapakah yang bersalah sebenarnya dalam kes pembunuhan ngeri wanita Monggolia Altantunya Shaariibuu itu?.Apakah mungkini kita sekali lagi akan menyaksikan adengan yang sama seperti kes pembunuhan "Noritta Shamsuddin" dulu?. Tertuduh dalam kes itu Haneef Basri (foto) akhirnya dibebaskan dan tiada siapa yang menerima hukuman. Pihak polis pula mengatakan bahawa "terdapat dua lembaga yang tidak dikenalpasti" yang melakukannya. Soalnya, siapakah lembaga itu? Kenapa polis tidak menyiasat dan membuktikan dakwaan tersebut. Ini bermakna pembunuh Noritta masih berada diluar sana dan boleh membahayakan wanita lain pada bila-bila masa sahaja. Walhal, umum mengetahui bahawa kes pembunuhan Noritta (foto) itu turut dikaitkan dengan pemimpin atasan UMNO yang juga pernah berada dalam kabinet Pak Lah sendiri. Apakah kini, kes Altantunya juga akan menyaksikan "lembaga" wujud kembali.
Akhirnya mahkamah akan membebaskan kedua-dua tertuduh dan mengesahkan ada lembaga yang meletupkan mayat Altantunya. Akhirnya kes itu selesai begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang menerima hukuman tang setimpal. Sepatutnya, mahkamah pada masa ini sudah boleh memanggil "boss" kepada ADC Musa Hassan dan Razak Baginda untuk memberikan keterangan. Keluarkan "sapina" dan bawa beliau ke muka keadilan, jika benar integriti mahkamah sudah pun dibersihkan. Apa yang mahu ditakutkan sangat jika "beliau" memang tidak bersalah?. Kemukakan bukti dan prima facie bagi mengukuhkan hujah di mahkamah. Bukan hanya dengan berhujah diluar kononnya "saya tidak bersalah dan hanya menjadi mangsa fitnah" !! Apakah ada undang-undang yang berbeza dalam kes-kes berprofail tinggi seperti ini?. Nampaknya kes Altantunya ini semakin mengundang persoalan yang mengelirukan.
Terkini Koperal Sirul Azhar Umar, salah seorang tertuduh kes tersebut hari ini meminta dia dibebaskan ataupun sebagai alternatif, mengisytiharkan sebagai kesilapan perbicaraan bagi membolehkan ia didengar semula membabitkan kesemua tiga tertuduh. Peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin membuat penghujahan pagi ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Md Yasin. Selain Sirul, turut dituduh ialah anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri. Azilah, 33, dan Sirul Azhar, 37, sebelum ini telah diperintahkan membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya di lokasi antara lot 12843 dan 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor antara 10 malam, 19 Oktober hingga 1 pagi 20 Oktober 2006. Tertuduh ketiga, Abdul Razak Baginda, penganalisis politik, sudah pun dibebaskan akhir tahun lalu. Sirul yang juga tertuduh kedua dalam kes pembunuhan Altantuya berkata, dia tidak mempunyai sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. "Saya tidak pernah mengenali mangsa di dalam kes ini dan tidak pernah mempunyai sebarang urusan peribadi atau sebaliknya dengannya. Saya juga tidak mengenali Abdul Razak Abdullah Baginda dan tidak mempunyai urusan. "Saya merayu kepada mahkamah ini untuk mengambil kira sepanjang perbicaraan kes ini, saya mengikuti prosiding dan menyaksikan bagaimana beberapa saksi penting pendakwaan terutama dari D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang mereka cerita, tidak bercakap benar dan sentiasa mengubah cerita apabila disoal balas," katanya.
Sambil mengesat air mata, Sirul merayu kepada mahkamah yang katanya berada dalam kedudukan serta mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan matinya, supaya tidak menghukumnya. Katanya, Azilah (foto) meminta pertolongannya untuk membuat rondaan di sebuah banglo di Bukit Damansara iaitu rumah rakan Deputi Superintendan (DSP) Musa Safri yang dimaklumkan mempunyai "masalah perempuan". Sepatutnya dengan penjelasan Sirul ini juga, mahkamah perlu juga mendengar keterangan kenapa Altantunya menuntut "wang" dari Razak Baginda. Sudah pasti ada sesutau "urusan" yang berlaku diantara mereka sebenarnya. Maka apakah urusan tersebut? Apakah ia berkaitan dengan pembelian kapal selam atau pun jet pejuang Sukhoi? Semua ini harus di jawab dan diperhalusi dengan adil dan telus. Soalnya sekarang, kenapa hal pembunuhan dan ugutan yang diketengahkan. seolah-olah Altantunya mengugut "tanpa sebab musabab". Apakah munasabah ini berlaku, perkara pokoknya sekarang ialah kenapa beliau datang ke Malaysia ingin bertemu Razak baginda?. Dan kenapa pula "rekod kehadirannya" dipadamkan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia. Semua ini mengundang seribu tanda tanya sebenarnya. Maka seharusnya juga mahkamah memanggil Najib Razak untuk memberi keterangan, jangan diberi muka langsung dalam hal ini. Nampak sangat mahkamah kita kini seperti "panggung sandiwara" yang membicarakan satu kes yang sudah boleh "diagak serta diputuskan" oleh sekalian hamba rakyat. Maka itu, terbukti kini bahawa Najib Razak tidak layak jadi Perdana Menteri jika beliau takut untuk mempertahankan dirinya di mahkamah sebenarnya.
[Najib perlu membersihkan imej dan maruhnya secara profesional. kemukakan bukti dan bawa ke mahkamah untuk mempertahankan diri. Inilah yang rakyat mahu sebenarnya !! Bukan berdiri di luar gelanggang kemudian "melolong serta memekik" bahawa dirinya tidak bersalah serta tidak mengenali langsung Altantunya. Mana mungkin tidak kenal jika semua yang tertuduh mempunyai hubungan akrab dengan beliau?. Ikut logik dan akal fikiran yang waras pun kita tahu pasti Najib ada kaitan. Tambahan pula namanya pernah beberapa kali disebut dalam mahkamah. Mengapakah beliau takut ke mahkamah? Inilah persoalannya yang perli dijawab oleh rakyat dalam pilihanraya kecil Bukit gantang dan Bukit Selambau pada bulan April ini nanti !!].
http://pahangdaily.blogspot.com/2009/02/eksklusif-kes-altantunya-sapina-najib.html

Tuesday, February 17, 2009

Salah guna kuasa BN perak lama(masa BN)

"Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkata :Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio. Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.Tohmahan mengenai "gadai tanah" kepada Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab Melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru. Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan Cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:
22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!.DAP tiada manifesto ketika itu di Perak. Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tambahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta.Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang.Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun! Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.!Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu. Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).Posted by alhusseyn "

Rasuah Khir Toyo(petikan)

From: yeols <shamb.yeol@gmail. com>Subject: [PerisikRakyat] [PRO REFORM] 20 Kes Rasuah Khir ToyoTo: perisikrakyat@ yahoogroups. comDate: Tuesday, February 17, 2009, 6:30 PM
1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.
Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.
Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.
6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182. . Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?
11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.
12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.
13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.
16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.
17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang. "
18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.
19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.
20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Monday, February 9, 2009

Elaun raja

Elaun untuk Agong dan Permaisuri AgongIni adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja1982).Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong.Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negerimasing masing.1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.Elaun untuk Permaisuri Agong ialah1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untukperbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdownnya adalah seperti berikut1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,1002. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri AgongAnda tau tak wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukarsetiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong.Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta IstanaNegara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas PermaisuriAgong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan, macam SultanAzlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, diajuga dapat elaun bekas Agong.1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500sebulan.Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, justimagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agongdan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?Pencen khas untuk balu AgongIni adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa diatengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khasni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadiAgong kan. Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway,ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas RajaPermaisuri Agong 1979).So, ini lah yang Siti Aishah dapat.1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukalRM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver danmaintenance of car.3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukalRM750,000.Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukannegeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Inicontoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang samajuga amount nya.1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.2. Elaun keraian Sultan = RM15,480So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyakRM68,080.Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.Elaun lain lain untuk kerabat ialahRaja Muda - RM13,000Raja Puan Muda - RM5,200Tunku Bendahara - RM4,000Bini Tunku Bendahara - RM1,250Tunku Temenggung - RM3,500Isteri Tunku Temenggung - RM900Tunku Laksamana - RM3,000Isteri Tunku Laksamana - RM600Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contohmacam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabatjauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapatallowace sebanyak RM500 sebulan.Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli ParlimenIni semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005.Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulanTimbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulanMenteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulanSetiausaha Parlimen - RM7,187.40Ahli Dewan Negara - RM6,508.59Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga MenteriKewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, somonthly income dia ialah= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79= RM56,753.84.Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.Pencen:1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x GajiMinimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MPsatu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2,056.40. Lagi lamajadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.Gratuity:1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Kedah pula jadi sasaran

Sementara itu di Kedah, YB V.Arumugam (ADUN Bukit Selambau) yang juga memegang portfolio pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri Kedah telah meletakkan jawatan sebagai exco dan ADUN berkuat kuasa serta-merta.Menurut MB Kedah (Dato' Seri Azizan Abd. Razak) yang menerima perletakan jawatan V.Arumugam tersebut menjelaskan bahawa punca perletakan jawatannya kerana TIDAK SANGGUP lagi bertahan dengan TEKANAN BESAR yang dilakukan oleh BN terhadap diri, ahli keluarganya dan orang-orang yang membantunya selama ini.Ia termasuklah ugutan demi ugutan, tawaran yang cukup lumayan dengan RM5 juta, serta ancaman liar termasuk memecahkan cermin kereta exco, dan sebagainya, supaya meminta meninggalkan PKR untuk menyertai BN.Dengan tawaran yang cukup LUMAYAN itu bukanlah jalan untuknya menggadaikan prinsip parti dan mengkhianati Kerajaan PR Kedah. Beliau yang juga seorang pesara mekanik TUDM memilih untuk meletakkan jawatan seterusnya menjadikan kerusi Bukit Selambau kosong. SYABAS Aru, semoga tuan berjaya dalam kerjaya tuan selepas ini.Dalama tempoh 60 hari akan diadakan "PRK di Dua Bukit" dan tentunya SPR tidak akan menolaknya dan tidak juga akan menerima surat menghalang PRK di Dua Bukit tersebut.Ingatlah! Bukit Gantang dan Bukit Selambau milik PR (Pas dan PKR). Semoga kedua-dua bukit ini jangan terlepas kepada BN yang tentunya akan menambah dan melipat-gandakan lagi BIDAAN (MUNGKIN RATUS JUTA LAGI..) untuk memiliki Dua Bukit tersebut.

Pemberi dan Penerima Rasuah

Pemberi dan penerima rasuah adalah merupakan perbuatan yang dimurkai olih Allah,pada kedua dua mereka terangkat Nur(chaya) Islam pada diri dan keluraga mereka.Juga akan lahir dari zuriat dan keturunan mereka orang yang kufur engkar insyAllah,jauh dari pertunjuk Allah.Jika mereka diamanahkan untuk memerintah atau pun memimpin,tiada keberkatan dalam hidup ini,sebab mereka telah berpaling dari pertunjuk Allah.
Dan begitu malang bilamana kita masih lagi menjadi pendukung pendukung mereka.

Saturday, February 7, 2009

6 sebab perlu bertahan(olih Umi)

Enam sebab mengapa kita perlu bertahan.
1. Tiada satu pun parti yang mempunyai majoriti mutlak untuk memerintah negeri Perak.
2. Sultan tidak sepatutnya diperdaya dengan permainan lompat ini dan terpaksa berhadapan dengan kerenah penubuhan kerajaan setiap kali tiga orang melompat keparti lain.
3. Keadaan masa kini adalah tidak stabil kerana tiada siapa yang dapat menghalang tiga ADUN daripada melompat keparti lain dimasa depan. Kredibiliti keempat-empat ADUN ini adalah rapuh dimana sekurang-kurangnya seorang daripada mereka telah melompat sebanyak dua kali dan kemampuan mereka untuk berpegang kepada janji yang dibuat kepada rakyat amat dicurigai.
4. Dalam keadaan ini, mandat baru dari rakyat merupakan satu-satunya pilihan yang ada. Untuk membentuk kerajaan dengan menggunakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bermasalah, dua daripadanya sedang menghadapi tuduhan rasuah yang didakwa oleh Barisan Nasional yang telah meminta supaya kedua-duanya digantung perkhidmatan menjadikan system demokrasi ini ditertawakan ramai.
5. “Didalam keadaan biasa, Yang DiPertuan Agong tidak boleh menghalang permintaan untuk pembubaran Parlimen. Tanggungjawab Baginda hanyalah untuk mengesahkan.” Raja Azlan Shah…didalam bukunya yang bertaju, “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance .”
6. Dalam Perkara 16/6, system Raja Berpelembagaan Malaysia, Sultan hanya ada kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) tapi tidak Menteri Besar. MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN, undi tidak percaya dalam sidang DUN ataupun Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.

Taat setia pada Sultan

Segala ketaatan itu hanya ada pada yang kita taati itu sendiri taat pada pertunjuk Allah,namun bilamana ia yang kita taati itu telah ternyata zalim dengan apa yang telah menjadi ketetapan Allah,maka tiada lagi taat pada hukum nya,yang ada hanya hormat(sebagai hak manusia).Taat itu dalah hak mutlak hanya untuk Allah.
Dalam hal ini adalah lebih baik untuk kita akur pada apa jua titah sultan selagi mana ia tak bercanggah dengan pertunjuk Allah(untuk masa ini).Kita perlu menjaga rasa harmoni antara rakyat dan raja dalam apa jua situasi yang ada.

Tuduhan rasuah(umno perlu menafikan nya)

Apa yang jelas dan amat pasti tertubuh nya kerajaan negeri Perak yang baru bukan nya atas kehendak suara rakyat,ia nya tertegak atas kehendak dan cara yang salah,ia itu dengan perlakuan rasuah,maka ia bolih kita katakan sebagai bukan nya negeri yang berdaulat,tetapi sebagai negeri yang berpaksi pada Rasuah.
Andai nya pihak BN(umno) tuduhan ini sebagai satu tuduhan yang tak berasas,sebaiknya ia dinafikan dan kemudian memfailkan saman fitnah pada pihak PR,juga bersedia untuk menerima suruhanjaya bebas untuk menyisat tuduhan ini.Semuga pihak umno dapat mengembalikan maruah nya yang telah tercemar dimata rakyat.

Thursday, February 5, 2009

BN telah berjaya menumbangkan kerajaan PR secara rasmi hari ini...dan ternyata mereka merampas atau mengambil alih kuasa itu secara tak bermaruah,yakni dengan membeli beberapa adun PKR untuk berpaling tadah.Sememang nya mereka akan mengahalalkan apa jua cara untuk merampas hak rakyat itu.Dan sebagai orang yang masih memelihara ketamadunan biarlah mereka mengambil alih kuasa itu secara paksa(tanpa kehendak suara rakyat kebanyakan)

Monday, February 2, 2009


Oleh Kuek Ser Kuang Keng - MalaysiakiniKetua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujukkan supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat) di Perak supaya melompat parti.Fauzi mendakwa, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak memberi sebarang komitmen.Walaupun mengakui beliau tidak mempunyai bukti yang konkrit untuk menyokong dakwaannya itu, tetapi Fauzi sebaliknya mencabar Najib - yang juga timbalan perdana menteri - menafikan dakwaannya itu.Ketika membaca akuan bersumpah setebal tiga muka surat itu dalam satu sidang akhbar di Ipoh pagi ini, Fauzi berkata, seorang kawannya, Sulaimen Mansor - seorang ahli biasa Umno - telah menjemputnya ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan pada 11 Mac 2008.Tarikh itu merupakan tiga hari selepas pilihanraya umum yang menyaksikan Barisan Nasional kalah di Perak dan gabungan Pakatan menubuhkan kerajaan negeri, dengan majoriti tipis lima kerusi.Bagaimanapun, Suleiman membawa Fauzi menemui tiga lelaki "termasuk timbalan menteri pertahanan, Datuk Zainal Abidin di plaza tol Jalan Duta."Selepas itu, saya dibawa bertemu (Datuk Seri) Najib Razak di kediamannya di Putrajaya di mana beliau cuba memujuk saya supaya melobi bagi mendapatkan dua Adun PR melompat menyertai BN,"