Monday, August 9, 2010

Panas: Terbukti Menyeleweng, Felda Bazirkan Kos Tiga Hingga Lima Kali Ganda Dari Sime Darby Dan IOI Untuk Tujuan Tanaman Semula Bagi Sehektar

Apa dah jadi dengan isu "Saman RM200 juta" terhadap akhbar Suara Keadilan berikutan artikel "Felda Bankrap" seperti yang diwar-warkan oleh Menteri UMNO Si Ahmad Maslan dulu. Tiba-tiba sahaja menyepi tanpa berita, menyebabkan rakyat dan sebahagian besar para peneroka tertanya-tanya status kes itu. Jika sebelum ini, beliau begitu lantang dan bersemangat untuk mempertahankan agensi itu. Namun, kini nampaknya menikus dan terdiam apabila satu persatu penipuan dan penyelewengan Felda didedahkan kepada umum. Malah, menurut Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman bahawa banyak lagi pembongkaran mengejutkan jika kes tersebut dibawa ke mahkamah. Soalnya sekarang, kenapa tiba-tiba mereka menikus dan tidak lagi berani untuk mempertahankan diri?. Apakah dek kerana segala penipuan mereka itu sudah tidak dapat ditutup lagi?. Terbaru, pendedahan tentang Felda membelanjakan RM2.42 billion untuk kerja tanam semula. Bayangkan mereka menggunakan wang sebanyak RM3,151 bagi setiap hektar. Sungguh mengejutkan, kos yang dikeluarkan oleh Felda untuk tujuan tersebut "bagai langit dengan bumi" jika dibandingkan dengan syarikat lain (2004-2009). Difahamkan syarikat swasta seperti Sime Darby hanya membelanjakan RM936 per hektar dan IOI pula RM596 per hektar. Maknanya perbezaan sehingga RM2,215 per hektar dengan Sime Darby dan RM2,555 per hektar jika dibandingkan dengan IOI. Ini bermakna Felda membelanjakan tiga kali ganda wang untuk tujuan tanaman semula dibandingkan dengan Sime Darby dan lima kali ganda dibandingkan dengan IOI. Bukankah ini bukti jelas bahawa mereka telah menyeleweng dan menipu rakyat termasuk para peneroka itu sebenarnya.

No comments: