Saturday, April 30, 2011

Haram baca Utusan Malaysia

Posted on April 27, 2011 by pemudasarawak
KUALA LUMPUR 27 April – Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz (foto). Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca. “Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam. “Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau. Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat iaitu Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini. Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat. Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya. “Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara itu.” jelas beliau.

Friday, April 29, 2011

29 April 2011
Kenyataan Media YB Nik Nazmi - Video Seks: Umno - BN cuba alihkan pandangan
29 Apr 2011

Sejak ‘Dato’ T’ mula-mula menayangkan video lucah di Carcosa Seri Negara, kami menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki di dalam video tersebut.

Selepas pelbagai adegan sandiwara hampir sebulan, kini klip penuh video lucah tersebut sudahpun dimuatnaikkan di laman-laman web perkakas UMNO dan disebarluaskan oleh media arus perdana UMNO-Barisan Nasional.

Kebusukan niat Dato’ T yang didokong oleh UMNO sudah ketara. Sejak awal lagi Anwar menegaskan bahawa beliau bersama keluarga beliau ketika waktu kononnya video lucah tersebut dirancang. Keluarga Datuk Seri Anwar, khususnya Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar telah mengesahkan perkara tersebut serta tentang perbezaan sosok badan lelaki tersebut yang tidak menyerupai Anwar.

Kami mempersoalkan tentang tulisan Thai yang wujud dalam klip pertama dan klip terbaru, sehingga hari ini Dato’ T gagal memberi jawapan yang jelas mengenai tulisan Thai tersebut, sedangkan adegan itu kononnya berlaku di Kuala Lumpur.

Kini klip video terbaru jelas menunjukkan perbezaan rambut pelakon video dan Anwar.

Benarlah ayat al-Quran yang bermaksud, “Perancangan kamu dan perancangan Allah s.w.t., sesungguhnya perancangan Allah lebih baik daripada semua perancangan.”

Malangnya UMNO serta perkakas mereka cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan beban pertuduhan di atas Anwar.

Ketika Anwar memberikan keterangan kepada polis semalam, soal siasat tersebut juga tertumpu untuk meletakkan beban pertuduhan kepada Anwar.

Petang ini kita akan menyaksikan salah seorang daripada Dato’ T mengangkat sumpah di masjid.

Kejahilan mereka tentang agama jelas. Mereka tidak faham konsep sumpah laknat sendiri yang telah diperjelaskan oleh banyak ulama’ muktabar (berwibawa) dalam dan luar negara.

Seperti dalam kes sumpah Saiful dahulu, UMNO tidak berminat tentang hukum agama, tetapi hanya untuk menimbulkan persepsi bahawa Anwar bersalah dengan apa jua cara. Kita sedih melihat hukum-hakam agama dipersendakan dengan mudah untuk matlamat politik UMNO dan BN dan berharap lebih ramai ulama dan mufti yang sebelum ini lantang menjatuhkan hukum menyatakan pendirian mereka dengan jelas tentang pencabulan hukum agama ini.

Maklumat terkini yang kami terima daripada seorang guru, seorang pegawai polis, Datuk Dr Isa b. Abdul Rahman (SAC 1) dari Bukit Aman telah pergi ke sekolah-sekolah di Kelantan selama empat minggu berturut-turut untuk bersyarah kepada guru-guru bahawa Anwar ialah ancaman keselamatan negara dan menjelaskan Anwar sememangnya watak dalam video tersebut.

Prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya (innocent until proven guilty) ialah prinsip asas dalam perundangan Islam mahupun sivil tetapi nampaknya tidak diendahkan oleh UMNO dan perkakas mereka apabila melibatkan Pakatan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim.

Dato’ T juga terus bebas menyebarkan bahan lucah tanpa sebarang tindakan. Mengapa mereka dibenarkan terus melanggar undang-undang? Jelas hujah kami bahawa tindakan mereka mendapat restu pimpinan tertinggi UMNO-BN terbukti benar.

Kami menyeru rakyat Malaysia yang cintakan agama, bangsa dan negara dan bencikan politik kotor untuk bersama-sama menolak usaha terdesak terbaru UMNO-BN untuk mengekalkan kuasa mereka dengan apa jua cara sekalipun

Nota : Nik Nazmi Nik Ahmad adalah ADUN PKR Seri Setia

Video tak bolih jadi bahan bukti

Video tak layak dijadi bukti kerana boleh diubah suai- bekas muftiPosted on Friday, April 29 @ 03:14:07 PDT Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh KeadilandailySHAH ALAM: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya menyatakan rakaman video seks, tidak boleh dijadikan bukti atau saksi dalam dakwaan zina, apalagi sekiranya video tersebut tidak diketahui kesahihannya.“Tak boleh diterima. Dalam Islam, video atau gambar tidak boleh dijadikan bukti jika semata-mata berpegang kepada bukti itu kerana benda-benda seperti ini boleh diselewengkan lebih-lebih lagi dalam zaman ketinggian sains dan teknologi sekarang ini,” tegas beliau kepada Keadilandaily ketika ditemui kediamannya di sini semalam.“Zaman saya lima puluh tahun dulu pun kita boleh melihat gambar orang yang berdiri di atas pokok bunga. Macam mana berdiri atas pokok bunga? Itu teknologi 50 atau 60 tahun dulu.
“Sebab itu ia tak boleh dijadikan asas dalam syariat Islam kerana benda- benda ini boleh diubah suai. Sekarang kalau kita menonton aksi dalam filem, dengan aksi kita melihat seolah-olah ia benar terjadi tetapi hakikatnya (aksi itu) hanya berlaku dalam studio saja. Kadang-kadang dalam komputer sahaja,” ujar beliau.
Menurutnya dalam syariat islam, bagi sesuatu pertuduhan zina, seseorang yang menuduh seseorang individu lain melakukan perbuatan tersebut harus tampil mengemukakan empat saksi.
Sekiranya individu terbabit tidak berupaya membawa saksi berkenaan, maka dia perlu dikenakan hukuman qazaf atau 80 kali sebatan rotan.
“Sebenarnya banyak ayat Al quran yang menyentuh tentang soal Allah melarang kita mengaibkan dan menjatuhkan atau menuduh seseorang melakukan kerja tidak bermoral seperti liwat, zina dan sebagainya.
“Yang paling jelas apa yang berlaku kepada Saidatina Aisyah di mana Allah menceritakan bahawa ada tuduhan liar (qazaf) menuduh Saidatina Aisyah melakukan perkara tidak senonoh, tetapi akhirnya Allah menurunkan ayat Al Quran dan membebaskan Siti Aisyah daripada tuduhan itu,” ujar beliau.
Beliau turut menceritakan tentang kisah Hilal bin Umaiyah, yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik bin Sahma, dan kemudian datang mengadu kepada Rasulullah.
“Rasullah kata kepadanya, “kamu perlu membawa saksi atau kalau tidak aku rotan kamu”.
“Lalu dia (Sharik) berkata kepada Rasullullah, kalau seseorang suami melihat seorang lelaki melakukan zina dengan isterinya, dengan mata kepalanya sendiri, apakah memerlukan kepada bukti dan saksi lagi?
“Lalu Rasullullah mengulangi kata-kata yang sama iaitu kamu perlu membawa saksi atau kalau tidak aku rotankamu, ” ujar ulama terkenal tersebut yang kini merupakan pensyarah syariah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Menurutnya, banyak lagi ayat Al Quran yang menerangkan tentang isu itu seperti surah An Nur ayat 4 yang menerangkan tentang qazaf kepada mereka yang melemparkan tuduhan zina kepada wanita yang baik, tetapi tidak dapat membawa empat saksi seperti yang digariskan dalam Islam.
“Dalam kes lain pun mereka tidak boleh menjadi saksi lagi sebab mereka sudah hilang kredibiliti (fasik),” ujar beliau.
Katanya lag, begitu juga dalam surah An nur ayat 23, bermaksud sesunguhnya mereka yang menuduh wanita-wanita yang baik, yang solehah dan beriman dengan tuduhan zina, mereka akan dilaknat oleh Allah dunia dan akhirat dan mereka akan mendapat azab yang sangat dasyat.
“Dalam surah Al Hujurat ayat 12, jelas Allah melarang kita jangan banyak bersangka buruk kerana sebahagian buruk sangka itu adalah berdosa. Kemudian Allah menyebut, Jangan kamu mencari-cari keaiban orang, ini di antara ayat yang diterangkan kepada kita,” ujar beliau.
Sebelum ini, tiga mufti tampil menyeru umat Islam supaya tidak percaya atau terpengaruh berita yang disebar golongan yang dianggap ‘fasik’.
Mereka adalah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid dan Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang diterima mereka.
Temubual penuh bersama Dato Hashim Yahya boleh dibaca di akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan yang dijangka akan berada di pasaran .
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10614