Tuesday, May 10, 2011

Utusan mainkan isu ugama.

Tuesday, May 10, 2011
Agenda Jahat Cuba Mainkan Isu Agama, Bernard Dompok "Menteri Kabinet Pertama" Kerajaan BN Yang Berani Menegur UMNO Dan Utusan Malaysia


SHAH ALAM 10 Mei - Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok (foto) menjadi pemimpin pertama parti komponen pertama Barisan Nasional mempersoalkan UMNO dan membidas Utusan Malaysia atas keghairahan membawa agenda Melayu bersabit perlantikan Perdana Menteri dan Islam sebagai agama rasmi. "Perlembagaan tidak menetapkan keperluan agama untuk menjadi seorang perdana menteri, satu-satunya syarat adalah keupayaannya mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen. "Sekiranya Iban, Bidayuh, Kadazandusun, Murut, Kelabit, Cina atau India yang menjadi rakyat Malaysia boleh memenuhi peruntukan dalam Artikel 43 dalam perlembagaan, dia boleh menjadi perdana menteri di negara ini," kata beliau dalam satu kenyataan. Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi turut menyifatkan Utusan sebagai mencalar etika kewartawanan kerana menyiarkan dakwaan blogger kononnya sekumpulan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini. Dompok berkata, tindakan akhbar itu menggugat keamanan dan keharmonian negara ini. "Bagaimana sebuah akhbar kebangsaan, bukan hanya mencetak, tetapi mensensasikan tulisan penulis blog. Ini adalah kemuncak (sikap) tidak bertanggungjawab," katanya. Menurut Dompok, pengalaman peribadinya sebagai seorang Kristian menunjukkan majlis yang dimaksudkan oleh Utusan itu hanya untuk memohon kebaikan negara, pemimpin dan rakyatnya. "Kedudukan Islam dijamin dalam perlembagaan dan diterima tanpa soal oleh seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai kepercayaan agama," katanya. Sebaliknya, tambah Bernard, apa yang orang bukan Islam mahu adalah kebebasan untuk amalkan ajaran masing-masing dengan aman.[Akhirnya permainan jahat UMNO menggunakan Utusan Malaysia ini bakal memakan diri sendiri sekarang. Bayangkan, apabila ada pemimpin parti komponen BN yang juga seorang menteri kabinet berani membuat teguran terbuka seperti ini, makanya ini memberi gambaran apa yang dilakukan mendapat tentangan semua pihak. Bukan sahaja dikalangan pembangkang malah pemimpin BN sendiri. Inilah akibatnya apabila keterlaluan berpoltik dan mempergunakan media untuk merosakkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. UMNO tersilap apabila memikirkan mereka "stand alone", padahal BN itu sendiri dikelilingi oleh bangsa lain yang juga ada yang beragama Kristian. Bukankah tindakan UMNO ini benar-benar mencabar kewibaan mereka sama sebenarnya. Justeru itu, apa yang terjadi pasti akan memberi impak yang besar dalam PRU13 nanti].

No comments: