Wednesday, May 4, 2011

SB jadi Pemfitnah sama?

----- Forwarded by ZahSubject: SB Bukit Aman Menghasutkan" RakyatGambar Orang Kanan Special Branch (SB) Bukit Aman Yang "Menghasutkan"Rakyat Supaya Percaya "Anwar Pelaku Video Seks" Di Dedahkan !pahangdailyonline(Embedded image moved to file: pic08360.jpg) PETALING JAYA 3 Mei - Tuduhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersekongkol dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) dibuktikan hari ini. Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali (foto) mendakwa pegawai polis di peringkat nasional bertindak sebagai "agen politik" untuk UMNO. Azmin turut mendedahkan gambar Senior Asisten Komisioner (SAC) 1, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail yang didakwa menghasut dua ribu guru termasuk pengetua di Bachok, Kelantan.Dalam program 'Seminar Isu- isu Keselamatan Negara Masa Kini' pada 19 Februari lalu, Penolong Ketua Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukti Aman itu mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pelaku dalam kes video seks dan fitnah liwat 2. Selain itu Abdul Rahman turut mengatakan Anwar sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Dengan pendekatan sebegitu, Azmin mendakwa Abdul Rahman menjadi seorang daripada "agen fitnah untuk bercakap tentang isu liwat dan seks". "Dia dakwa Anwar bersalah dalam kes liwat dan video seks," dakwa Azmin sambil menyifatkan penglibatan polis sebagai penyalahgunaan kuasa oleh UMNO. Perkara sama didedahkan minggu lalu oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. (Embedded image moved to file: pic13330.jpg) Bukti, inilah foto Datuk Dr Abdul Rahman Ismail yang didakwa menghasut dua ribu guru termasuk pengetua di Bachok, Kelantan baru-baru ini[Sebenarnya sejak dari awal lagi, rakyat memang mengesyaki pihak polis cawangan khas terlibat dengan segala fitnah dan konspirasi ini. Tambahna pula mereka sememangnya bekerja untuk UMNO sejak dulu, kini dan selamanya.Semua ini jelas dapat dibaca kerana penubuhan unit Cawangan Khas (SB) itu sendiri adalah bermatlamatkan politik dan sudah pasti segala arahan dan tugasan yang mereka lakukan adalah mendapat arahan pemimpin politik.Penggunaan sewenang-wenangnya pihak polis untuk memastikan kuasa politik terus dipertahankan adalah jelas melanggar undang-undang negara sebenarnya.Namun, ini berlaku kerana mereka yang berkuasa gagal memahami erti sebuah "demokrasi berparlimen". Akhirnya pihak polis yang sepatutnya dihormati rakyat untuk menjaga keselamatan mereka tetapi kini dibenci oleh rakyat itu sendiri. Semuanya gara-gara pengaruh "orang politik". Lantaran itulah kita tidak hairan dalam kes pembunuhan Altantunya itu pun, dua UTK yang didapati bersalah itu juga sebenanrya melakukan kerja itu mengikut arahan "orangpolitik". Soalnya, siapakah pemimpjn politik yang bertanggungjawabmengarahkan mereka?. Sehingga kini kes itu masih menimbulkan kontroversi.Apakah situasi ini akan berterusan buat selamanya?. Hanya rakyat yang bijaksahaja dapat menentukan segalanya, dengan membuat perubahan dalamPilihanraya Umum akan datang. Integriti pihak polis yang tercemar itu perlu dipulihkan kembali].

No comments: