Tuesday, May 10, 2011

Sikap tutup mata sesetengah akhbar

Sinar Harian Dan Akhbar Berbahasa Cina Lebih Telus Serta Profesional Melaporkan Perjuangan Rakyat Kuantan Bantah Kilang Lynas Di Gebeng
KUANTAN, 10 Mei - Orang ramai di sekitar bandar ini terus kehairanan dengan sikap akhbar arus perdana berbahasa Melayu terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian yang masih lagi mengambil sikat "tutup mata" dalam melaporkan bantahan rakyat terhadap isu Lynas. Bukan sahaja media seperti akhbar, malah saluran TV milik kerajaan (Berbahasa Melayu) juga bertindak demikian. Hanya akhbar rakyat "Sinar Harian" dan akhbar berbahasa Cina sahaja yang banyak memainkan isu tersebut sekarang. Soalnya sekarang, dimanakah amalan kewartawanan pengamal media ini agaknya?. Mereka jelas cuba menutup isu yang berlaku serapat-rapatnya. Dalam masa yang sama Kerajaan UMNO BN terus memainkan isu kononnya perjuangan membantah Lynas hanyalah dipelopori oleh kaum Cina sahaja, sebaliknya tidak kepada kaum lain. Malah, mereka juga beberapa kali memainkan isu kononnya bantahan yang kian memuncak dikalangan rakyat sekarang ini didalangi oleh parti pembangkang yang bertujuan untuk meraih undi pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Apakah kita boleh menerima tuduhan itu?.[Siapakah yang harus diharapkan oleh rakyat untuk membela nasib mereka?. Mahu diharapakn MIC jauh sekali, mahu diharapkan MCA tidak nampak jalan malah mahu diharapkan UMNO sekali pun macam-macam helah yang diberikan. Maka itu, usahlah dituduh pembangkang cuba memainkan isu ini. Kerana itulah tanggungjawab mereka dikala rakyat amat memerlukan, berbanding UMNO BN yang hanya mahukan undi mereka ketika pilihanraya semata-mata. Sebaliknya dikala mereka memerlukan pembelaan, mereka lebih selesa "membutakan mata dan memekakkan telinga" semata-mata. Syabas Sinar Harian dan akhbar Cina seperti China Press, Nan Yang Siang Pau, Sin Chew Daily dan lainnya].

No comments: