Monday, May 9, 2011

Siapa datuk Eskay sebenarnya

pahangdailyonline:Sumpah Laknat Si Datuk Eskay Di Ragui Serta 'Tidak Boleh Untuk Dipercayai', Dek Kerana KeIslaman Diri Beliau Sendiri Kini Di Pertikaikan(Embedded image moved to file: pic14256.jpg) Artikel ini dipetik dari blog sahabat MiloSuam yang banyak mendedahkan perihal video seks mutakhir ini. Nama Datuk Shazryl Eskay Abdullah (foto) tiba-tiba melonjak selepas lelaki yang mengaku sebagai Datuk T (sebut DatukTemberang) ini menayangkan video lucah lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang menghantar email meminta ReJaM(c) menyiasat siapakah Eskay ini?Rata-rata pengirim yang menghantar email kepada ReJaM(c) mempersoalkan kredibiliti Eskay yang begitu berani mempermainkan nama Allah dengan bersumpah di sebuah masjid baru-baru ini semata-mata untuk meyakinkan masyarakat bahawa pelaku di dalam video seks yang penuh kepincangan itu adalah Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang mempersoalkan mengapakah Eskay ini "pelat" mengucap syahadah, malah tersilap ketika memegang Al-Quran secara terbalik serta tidak fasih melafazkan kalimah "bismillah" semasa upacara sumpah laknat baru-baru ini.Pada awalnya ReJaM(c) tidak mahu mendedahkan keperibadian Eskay. Namun setelah menyedari impak sumpah Eskay ini sudah sampai ke tahap mengelirukan malah memecah belahkan masyarakat, maka mulai hari ini satu persatu tembelang Eskay akan didedahkan hasil pendedahan orang yang sangat rapat dengan beliau. Soalnya sekarang siapakah Eskay?1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, kakak, serta seorang adik. Nama abangnya ialah Chandran.2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat.3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India'kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya.4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa diminumnya.5) Eskay juga pernah mengadakan hubungan sulit dengan setiausahaperibadinya bernama Farah Hida. Sumber yang rapat dengan beliau tidak menyebut zina tetapi menyebut hubungan sulit. Farah Hida akan sentiasa menemani Eskay ke mana-mana beliau pergi termasuk lawatan-lawatan kerja ke luar negara. Eskay juga akan seringkali menyewa di Hotel Armada PJ bersama-sama Setiausaha Peribadinya itu.6) Menurut orang yang rapat dengan Eskay, beliau kini sudah putus dengan Farah Hida dan mempunyai teman wanita yang baru dan tinggal bersekedudukan bersama-samanya di sebuah kondominium di Ampang. Jabatan Agama Islam harus menyiasat tentang dakwaan ini.7) Isteri Eskay pula kini tinggal di Sg.Petani bersama ibubapanya. Mereka masih suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung sehingga ke hari ini.[Inikah orang yang mahu dipercayai sumpahnya? Orang seperti ini yang mahu dipercayai kesaksiannya? Beliau juga telah melakukan beberapa penipuan danpenyelewengan di dalam perniagaan, nantikan pendedahannya... ReJaM(c)"Nantikan pendedahan seterusnya beserta dokumen dan bukti-bukti lain..."PERHATIAN: Maklumat ini didedahkan oleh orang yang sangat rapat dengan Eskay, namun beliau tidak mahu identitinya didedahkan. MiLo SuaM juga telah berjanji tidak mahu mendedahkan identiti beliau, bagaimanapun pendedahan seterusnya akan disertai bukti-bukti dan dokumen berkaitan. Pendedahan ini sungguh mengejutkan kita sebenarnya. Banyak lagi info panas berkaitan di blognya, Klik DI SINI].Panas: Kenyataan Terkini 'Datuk Eskay' Sungguh Meragukan Serta'Berbelit-Belit', Apakah Dia Kini Sudah Mula Termakan Sumpah Laknat Agaknya !pahangdailyonline(Embedded image moved to file: pic00148.jpg) Apa sudah jadi dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah (foto) agaknya.Tiba-tiba pula hari ini dia mengeluarkan kenyataan meminta pemimpin dan penyokong pembangkang agar tidak gusar dengan sumpah laknat yang dilafazkan oleh beliau Beliau berkata, ini kerana sumpah laknat itu dibuat supaya Allah melaknat diri mereka iaitu trio Datuk T dan bukannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurutnya, jawapan kepada tuduhan zina atau qazaf yang diminta oleh penyokong Anwar berikutan kes itu tidak perlu dilakukan kerana dia tidak menuduh pemimpin pembangkang itu berzina. Sebaliknya, Shazryl Eskay meminta rakyat menilai sendiri siapa pelaku seks dalam video itu dan moral pelaku tersebut. Kenapa beliau jadi begini?.Apakah Eskay sudah "termakan sumpah" agaknya?. Masih kita ingat Eskaybersumpah laknat mengeluarkan kata-kata berikut: "A'uzubillahi minalsyaitanirrajim. Bismillah irahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini,29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut:A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku".[Maknanya, dalam akuan sumpah laknatnya itu dia begitu yakin yang pelaku dalam video yang digembar-gemburkan itu adalah Anwar Ibrahim. Anehnya Eskay juga mengaku dia adalah orang ketiga dalam pita video berkenaan namun dia menafikan membekal wanita didalam video terbabit. "Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan," katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong. Wanita dalam pita video berkenaan didakwa seorang pelacur. Bagaimanapun identitinya dan tempatnya dirakamkan masih menjadi rahsia meskipun Eskay berulang-kali berkata ia dirakamkan di Malaysia. Ditanya wartawan sama ada video tersebut dirakamkan di Thailand ataupun negara asing, Eskay menafikannya. "Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya," katanya. Beberapa klip video yang dimuat-naik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011". Nampak benar skrip "video seks" semakin tidak menjadi atau mungkin juga ia sudah memakan diri beliau agaknya].

No comments: