Itu bezanya, makanya apakah perlu UMNO "terhegeh-hegeh" mahu bergabung dengan PAS agaknya?. Bukankah mereka tahu yang sokongan orang Melayu terhadap parti karat itu semakin membimbangkan. Mereka ingin berpadu atas nama Melayu, sedangnya seluruh rakyat tahu bahawa UMNO adalah parti yang telah menjual "bangsa dan agama" sebenarnya. Semuanya dipinggirkan hingga Islam dan Melayu itu terhina di bumu sendiri. Mereka juga menuduh PDO umpama meludah ke muka sendiri apabila tidak merujuk artikel Berita Harian menyiarkan kenyataan dari Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang turut menyokong usaha ke arah perpaduan. Masalahnya, apakah perlu kami merujuk kepada akhbar arus perdana "Berita Hairan" yang sudah tidak laku itu?. Bukankah kenyataan itu telah diputarbelit oleh mereka bagi menarik perhatian rakyat. Memang benar Ketua Pemuda PAS menyokong perpaduan, tetapi bukannya mengikut kaedah dan cara yang diperkenalkan oleh puak-puak UMNO sekarang ini. Perpaduan yang sebenarnya ialah berlandaskan syariat Islam yang sebenarnya. Maka itu, selagi UMNO tidak kembali ke pangkal jalan apakah mereka berdaya memujuk PAS bergabung dengan parti karat itu agaknya?. Dalam hal ini, terbukti penulis Unit Media Baru UMNO Pahang tidak bijak untuk menilai artikel yang diterbitkan kami. Sebaliknya tergamak menghentam kami dengan membabi buta. Jika mereka benar-benar ingin bertembung di alam siber, maka "kecil tapak tangan, negeri Pahang kami tadahkan". Soalnya apakah mereka mampu menjawab persoalan yang bakal kami ketengahkan. Sebab mereka sebenarnya menulis dengan "upah" dan bukan dengan sepenuh hati nurani itu sebenarnya. Apa yang jelas, kami melihat UMB UMNO Pahang tidak akan ke mana jika mereka terus menolak penulis siber sedia ada seperti BraveHeart dan teman-temannya. Tindakan UMNO Pahang yang banyak berjanji tetapi tidak ditunaikan kepada mereka juga bakal memerangkap parti itu dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah yang akan melemahkan pengaruh dan kekuatan Unit Media Baru UMNO Pahang sebenarnya.
[Kekuatan Pahang Daily Online mahu dicabar oleh Unit Media Baru Pahang nampaknya. Maka itu, kami perlu melengkapkan jentera dan tenaga untuk bertembung secara "anak jantan" di alam siber. Nampaknya penulis "cilik dan mentah" mereka cuba untuk menjolok "sarang tebuan". Menulis baru setahun jagung, sudah cuba untuk menjadi pencacai UMNO BN. Ternyata bayaran upah yang diterima oleh mereka itu akhirnya akan memakan diri. Tambahan pula, puak-puak mereka menulis untuk "periuk nasi" masing-masing dan bukannya dengan penuh keihklasan serta roh perjuangan rakyat yang sebenar. Mereka menulis dengan kekuatan semangat semata-mata, tapi mereka sanggup melihat kebobrokan yang berlaku didepan mata. Mereka sanggup melihat Islam terhina dan terpinggir. Mereka merelakan beberapa kerat pemimpin UMNO Pahang ini terus merompak khazanah rakyat, walaupun mereka tahu balak, tanah, bijih besi serta berbagai lagi harta rakyat itu kini sudah semakin kurang akibat sikap rakus pemimpin terbabit. Namun, atas nama upah yang tidak setimpal itu maka mereka sanggup pertahankan puak-puak yang merompak itu. Sedangkan mereka tahu, mereka sendiri pun "hidup segan mati tak mau". Bahkan ada juga antara mereka yang "tak cukup makan" pun, tapi sanggup pula untuk mengampu pemimpin UMNO. Inilah masalahnya, bila hidup untuk diperalatakan dan tidak mahu berpijak di bumi yang nyata. Akhirnya mereka ini terpedaya dek kesilapan mereka itu sebenarnya. Inilah yang akan dilalui nanti].
No comments:
Post a Comment