Friday, July 31, 2009

INI OK tak HARAM...????


Sejak peristiwa Lilin Sebatang yang menjadi isu terbesar yang diperbesarkan oleh puak UBN akhirnya memakan diri mereka sendiri.Isu yang pada mulanya mereka lihat mampu menggugat PR dan Dato Seri Nizar sendiri akhirnya terpalit kepada mereka kembali.Jika Dato seri Nizar memegang lilin bagaimana pula dengan tindakan Gambar diatas..???Apakah ia bukan acara keagamaan ..????Pihak UBN mengeluarkan arahan kepada pihak media untuk menghentikan isu berkaitan lilin ini kerana bagi mereka jika bermain dengan isu ISLAM maka merekalah yang lebih banyak melanggar HUKUM ALLAH tersebut.jadinya secubit yang dicari sebelanga yang RAKYAT beri kepada UBN untuk dipersoalkan. ..Isu Rosmah yang mendedahkan aurat,isu hiburan terlampau ajaran UBN untuk Rakyat dan beberapa isu lain yang lebih besar dan lebih Buruk dari pandangan ISLAM langsung tak disentuh malahan hanya dibiarkan sahaja...Pak MUFTI yang kononya Ulamak tersohor hanya seperti PAK TURUT dalam mengikut TELUNJUK PIMPINAN UBN...Yang HARAM di HALAL kan dan Yang Halal di Haramkan...itulah tanda mahu abis za

Monday, July 27, 2009

Ong Tee Keat: Cubaan bunuh saya dari dalam BN


Tee Keat: Cubaan bunuh saya dari dalam BN!Posted on Sunday, July 26 @ 22:22:41 PDT by TokPenghulu Oleh: musafir_lapar"Akhbar Sunday Star semalam menceritakan berita sensasi berhubung aduan Ong Tee Keat bahawa wujud cubaan membunuhnya dari dalam BN berikutan tindakannya yang mahu mendedahkan skandal Pelabuhan Klang yang melibatkan 'kepimpinan tertinggi' negara. Mari kita lihat kronologi kejadian yang membawa kepada ugutan bunuh Ong Tee Keat ini:
EPISOD SATU: RASUAH DILAPORKAN MENYEBABKAN HARGA PROJEK NAIK BEBERAPA BILLION
Khamis, 27 December 2007.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat skandal penyelewengan dalam pelaksanaan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Anwar mahu Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat skandal ini yang dianggapnya sebagai satu skandal penggunaan wang rakyat yang besar.
Dalam satu kenyataan medianya, Anwar mendakwa bahawa bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik dan Menteri Pengangkutan, Dato'Seri Chan Kong Choy mengeluarkan surat sokongan sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa menyelamatkan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).
EPISOD DUA: SIASATAN DIGESA KE ATAS AKAUN
LAPORAN CHINA PRESS: PERLANTIKAN LEE HWA BENG SEBAGAI PENGERUSI PORT KLANG AUTHORITY

Saturday, 03 May 2008 18:28
Akhbar China Press hari ini memetik Menteri Pengangkutan, Ong Tee Kiat sebagai berkata Agong telah perkenan melantik bekas Adun Subang Jaya menjadi Pengerusi Port Klang Authority yang baru.
Mengikut laporan China Press, Menteri Pengangkutan Ong seterusnya mengarahkan Lee Hwa Beng melantik sebuah badan audit bebas untuk menyiasat akaun Zon Bebas Pelabuhan Klang.
Berita in amat mengemparkan dengan penglibatan Lee Hwa Beng dalam mengetuai siasatan skandal PKFZ RM4.6 billion yang dijanjikan oleh menteri pengangkutan tersebut. Lee Hwa Beng dilihat sebagai sekutu rapat bekas menteri pengangkutan Ling Liong Sik. Ini adalah satu muslihat awal yang ditunjukkan oleh Ong Tee Kiat untuk tutup sama sekali skandal RM4.6 billion tersebut. Ia juga satu strategi Menteri Pengangkutan menjelang pilihanraya parti MCA untuk dirinya bertanding jawatan timbalan ketua MCA, memandangkan pengaruh Ling Liong Sik masih amat kuat dalam parti. Baru-baru ini, Ong Tee Kiat diberi penghormatan oleh Ling Liong Sik sebagai tetamu kehormat dalam upacara Konvokesyen UTAR.
'Kejujuran Mentari Pengangkutan baru ini dalam janjinya terhadap siasatan skandal PKFZ amat diragui. YB Lim Kiat Siang dalam blognya bertarikh 11 hb. April bertajuk '“RM4.6 billion PKFZ scandal - third Transport Minister to be marred and tarred?” tepat pada ramalannya bahawa Ong Tee Kiat akan menjadi menteri pengangkutan ketiga yang disabitkan dengan skandal tersebut. Jumlah wang dalam skandal ini begitu besar untuk dikongsi sesama mereka.
Tsunami politik 8hb Mac tidak menjadi pengajaran kepada menteri. Rakyat terus diperbodohkan dengan karenah politik daripada ketelusan yang dituntut.
Saya berharap tuan pengarang dapat beri perhatian teliti dalam isu PKTZ ini ekoran perlantikan Lee dan cara siasatan oleh Ong terhadap skandal RM4.6 b.
EPISOD TIGA: NAJIB TOLAK SEMUA KEPADA ONG TEE KEAT
NAJIB ELAK JAWAB ISU PKFZ

Saturday, 30 May 2009 01:09
(TV Antara) - Presiden Umno Najib Razak yang mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi Umno tengahari tadi mengelak daripada menjawab soalan media mengenai skandal penyelewengan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang didakwa melibatkan beberapa pemimpin kanan Umno dan Barisan Nasional.
Bagi mengalihkan pandangan rakyat Najib berkata semua penjelasan mengenai perkara tersebut hendaklah dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Ong Kee Teat..

Tuesday, July 14, 2009



Jul 14, 09 12:03pm
Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.
Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50. Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.
Mafrel, polis siasat rumah kayu
Sementara itu, pemantau piihanraya, Mafrel, telah pergi ke rumah kayu tersebut dengan ditemani anggota polis pada jam 11.30 pagi, ekoran dakwaan pemiliknya membayar RM300 kepada pemilih yang tinggal di luar Manek Urai, yang pulang mengundi hari ini.
Pemilik rumah tersebut, ketika ditemui pihak Mafrel sebelum itu, menghalang mereka daripada masuk ke dalam.
Lelaki itu berkata:"Ni dah janji daripada Kuala Lumpur untuk bagi pada mereka sebagai transportation allowance (elaun tambang), ini sama dengan PAS, awak tak buat pulak."
Wakil Mafrel berkata, beliau bukan dari PAS tetapi dari badan bukan kerajaan.
"Kita tidak memihak... jika ada laporan, kami akan siasat," katanya.
Lelaki berkenaan yang menganjurkan ceramah untuk seorang pemimpin Pemuda Umno minggu lalu, tetap tidak membenarkan mereka masuk ke dalam, dan berkata:
"Awak semua tak boleh masuk, ini duit politik Datuk Aziz," katanya.
Bagaimanapun, apabila Mafrel tetap bertegas, mereka dibenarkan masuk dengan diiringi anggota polis.

Monday, July 13, 2009

Ijtimak dunia 2009 di Sepang

http://www.youtube.com/watch?v=l9GqF210Y0Q

http://www.youtube.com/watch?v=Cz4XeD2BOFg

Pembohongan Saiful




Doktor Pakar" HKL Berhubung Dakwaan Tiada Kesan Dia Di Liwat !!
from Pahang Daily Online by cucumatkilauSusulan laporan perubatan tiga pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mengesahkan "mangsa al-liwati" si Saiful Bukhari Azlan tidak mempunyai kesan dan tanda-tanda diliwat, maka kami mencabar "budak Saiful" untuk menfailkan saman "fitnah" terhadap doktor terbabit, Hospital Kuala Lumpur dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini kerana, laporan perubatan itu jelas sekali telah menyebabkan "imej dan maruah" Saiful tercemar dan mendapat aib yang cukup memalukan. Apa tidaknya, dalam heboh-heboh beliau mencanangkan kononnya "dirinya sudah tiada teruna" dan "tidak suci" lagi, tiba-tiba isu laporan perubatan kedua ini dikeluarkan pula. Jika dulu, laporan perubatan Hospital Pusrawi yang dikeluarkan oleh Dr.Mohamed Osman dianggap "palsu" dan "tidak mengikut peraturan". Malah, asas yang diberikan ialah doktor terbabit bukan doktor pakar, hanya pegawai perubatan biasa dan laporan yang dibuat tidak lengkap serta bermacam-macam lagi alasan "tidak munasabah" yang diberikan. Namun, anehnya segala kemusykilan itu bukannya dijawab sendiri oleh "budak Saiful". Sebaliknya pihak lain yang membuat kenyataan seperti Pengarah Hospital Pusrawi, Kementerian Kesihatan dan lain-lainnya. Sedangkan Saiful hanya mendiamkan diri melihat "kesilapan" yang beliau lakukan itu. Laporan perubatan itu telah tersebar meluas di internet termasuk dalam beberapa buah akhbar alternatif yang lain. Sebaliknya, sehingga kini Saiful tidak pernah cuba mengemukakan "saman" atau "injuksi mahkamah" supaya laporan perubatan itu ditarik balik oleh doktor pakar terbabit.Laporan Perubatan Hospital Pusrawi Bukti SahihLebih mengejutkan, pihak polis telah memanggil doktor terbabit untuk disoal siasat. Ini menyebabkan Dr.Mohamed Osman berada dalam tekanan yang mana menyebabkan beliau terpaksa mengambil cuti. Beberapa bulan selepas itu, beliau membuat akuan bersumpah bahawa laporan perubatan yang dibuat terhadapa Saiful itu adalah mengikut peraturan atas tanggungjawab beliau sebagai doktor. Malah, ketika memeriksa Saiful itu tidak pula beliau mengatakan dirinya diliwat oleh "seseorang". Beliau hanya mahu membuktikan bahawa "duburnya" telah dimasuki "sesuatu benda tajam". Maka itulah Dr.Mohamed membuat pemeriksaan biasa terhadap "dubur" beliau. Malah, beliau juga menyarankan agar Saiful membuat pemeriksaan lanjutan di Hospital Kuala Lumpur jika beliau tidak berpuas hati dengan pemeriksaan yang dilakukannya. Namun, beliau amat terkejut dan kecewa bila selepas sahaja diperiksa, Saiful tiba-tiba muncul di kaca TV selepas beliau membuat laporan polis dengan mengatakan dirinya "diliwat oleh seseorang". Tambah memedihkan hati dan memeritkan telinga ialah yang dituduh meliwat dirinya pula ialah golongan VVIP iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bukankah ini amat "membingungkan" seorang doktor yang merawat seorang pesakit di mana-mana sekali pun. Maka itulah, menjadi tanggungjawab beliau untuk mengakui laporan perubatan yang dibuat terhadap Saiful. Kerana "anak muda" itu sudah "terang lagi bersuluh" membuat laporan palsu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan dirinya diliwat oleh pemimpin itu. Maka itulah beliau terpaksa bermati-matian untuk mempertahankan laporan perubatannya itu. Anehnya, pihak lain pula mempertikaikan apa yang dilakukannya. Malah, laporan itu tidak langsung memberi "impak besar" supaya pihak polis memanggil semula Saiful dan meminta beliau mengemukakan "bukti-bukti kukuh" secara klinikal yang dirinya diliwat Anwar. Malah sepatutnya pihak polis boleh mendakwa Saiful Al-Liwati ini kerana telah membuat "laporan palsu" terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bayangkan jika "jantan sial" itu bukan Saiful?. Apakah akan terjadi kepada beliau?. Bukankah pihak polis akan menganggap "tiada asas dan bukti" untuk mensabitkan Anwar dengan kes ini. Bahkan, ia pasti dibuang begitu sahaja sebelum di bawa ke mahkamah !! Inilah bukti betapa untung nasib Si Saiful sebenarnya.Kenyataan Dan Tindakan Polis Yang MeragukanNamun, semua itu bagai "dipandang sebelah mata" oleh pihak polis. Malah, mereka semakin bertenaga dan bertungkus lumus pula untuk menangkap Anwar bagi tujuan siasatan. Tangkapan ala "gerila Israel" dilakukan, biarpun Anwar telah berjanji akan hadir ke pejabat polis IPK Kuala Lumpur ketika itu. Inilah yang berlaku !, malah Anwar pula dipaksa memberikan sampel DNA kepada pihak polis. Sedangkan DNA semasa kes pertama dulu masih ada dalam simpanan mereka. Perdana Menteri Pak Lah Badawi ketika itu, serta menantunya Khairy Jamaluddin turut memaksa Anwar membenarkan sampel DNA beliau diambil. Maka kecohlah senatero dunia perihal kenyataan "bangang" mantan PM itu bahawa DNA Anwar 10 tahun lalu sudah tidak boleh digunakan lagi, hingga menjadi bahan ketawa oleh sekalian rakyat Malaysia. Di sinilah nampak jelas bahawa pihak polis dan kerajaan sebenarnya, cuba untuk menyediakan "bukti-bukti" kepada Saiful bagi mengukuhkan lagi tuduhan yang dibuat terhadap Anwar itu. Alasan ini diperkuatkan lagi bilamana Saiful sendiri mengakui bahawa beliau "memang benar diliwat Anwar", malah sanggup membuat "akuan sumpah laknat" bagi menyokong kenyataannya itu. Terbaru, beliau mengakui terdapat "rakaman video khas" adengan "liwat" yang berlaku antara beliau dengan Anwar itu. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Secara logiknya, siapakah yang menyediakan video itu? Dan, apakah benar rakaman itu melibatkan Anwar. Tambahan pula ketika peguambela Anwar memohon dokumen seperti CCTV dan lain-lain dokumen terbabit, mereka mencari alasan untuk mengelaknya. Bukankah ini menimbulkan syak wasangka bahawa "pihak polis" telah mengikut arahan untuk melengkapkan "siasatan dan pendakwaan" terhadap Anwar sebenarnya dalam kes terbaru ini.Demi Maruah Dirinya, Saiful Perlu Saman HKL Atas dasar itulah, maka dengan ini PDO sekali lagi ingin mencabar Saiful Bukhari Azlan agar membuat laporan polis dan menyaman Hospital Kuala Lumpur (HKL) sekiranya beliau memang bermaruah dan mempunyai harga diri. Tindakan membiarkan perkara ini terus didedahkan jelas sekali menunjukkan bahawa kes ini hanyalah sandiwara semata-mata. Kami masih ingat lagi ketika "jantan sial" ini membuat laporan polis terhadap blog Pahang Daily Online ini. Beliau dengan penuh semangat berkobar-kobar kemudiannya telah menfailkan saman berjumlah RM2 juta, kononnya PDO telah menfitnah tentang "penyakit misteri" yang beliau alami selepas membuat "akuan sumpah laknat" itu dulu. Kononnya pendedahan itu telah menjatuhkan air muka dan maruah beliau. Walhal jika mahu dibanding laporan tentang penyakitnya itu dengan laporan perubatan "beliau tidak diliwat" yang dibuat oleh Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur ini maka amat jelas sekali laporan perubatan dua hospital itulah yang telah mencemarkan imejnya. Malahan, laporan kedua hospital itu juga boleh mengganggu kes perbicaraan liwat beliau berbanding dengan kes penyakit misteri yang didedahkan oleh PDO dulu. Sekarang, apa yang ditunggu lagi?. Jika Saiful jujur dan benar beliau harus membuktikannya. Laporan perubatan dua hospital itu jelas sekali mencemarkan maruahnya. Jika beliau fikir laporan itu tidak benar, maka ia adalah "fitnah" terhadap dirinya. Soalnya sekarang, kenapa Saiful harus berdiam diri. Kenapa takut untuk bertindak?. Nampak benar beliau sebenarnya "berselindung di sebalik sesuatu" kini. Bahkan beliau juga "berasa selamat untuk berhadap dengan Anwar" dalam kes ini. Maka itulah kes ini diteruskan dalam keadaan yang cukup meragukan dan menimbulkan berbagai persoalan sebenarnya ![Daripada penjelasan PDO ini, jelas sekali bahawa sememangnya Saiful Bukhari Azlan ini sebenarnya "Gila Glamer Dan Publisiti". Lantaran itulah beliau sanggup mengatakan "duburnya" telah "dirodok" oleh Anwar biarpun sudah disahkan oleh empat orang doktor yang memeriksanya bahawa tiada kesan liwat pun. Apalah malangnya nasib undang-undang di Malaysia, bila mana pihak polis juga sanggup meneruskan siasatan kes ini hanya bersandarkan kepada laporan yang dibuat oleh Saiful. Sedangkan, laporan perubatan yang dikeluarkan oleh Pusrawi dan HKL itu ditolak bulat-bulat oleh mereka. Bersandarkan kepada isu ini, maka tidak perlu ditimbulkan soal Saiful berani "bersumpah laknat" terhadap dirinya. Ini kerana orang yang gila glamer dan ingin popular seperti itu memang sanggup melakukan apa sahaja. Buktinya, pengikut "Black Metal" sanggup memijak dan membakar Al-Quran bila sudah hilang akal. Maka apatah lagi anak muda seperti Saiful ini?. Beliau pasti sanggup melakukan apa sahaja dek kerana "habuan lumayan" yang telah dijanjikan kepada beliau jika segala perancangan ini berjaya. Namun, beliau akan kehilangan segalanya jika sebaliknya. Lantaran itulah beliau sanggup "terhegeh-hegeh" mengaku apa yang sudah disahkan tidak berlaku itu !!. Namun, kenapalah masih ada "puak-puak UMNO karat" itu masih mahu gunakan "sumpah laknat" sebagai asas kes ini. Sedangkan laporan perubatan telah buktikan segalanya].

Tuesday, July 7, 2009

Fakta berlakunya Konspirasi terhadap Anwar

from Anwar Ibrahim by Anwar Ibrahim
Dari Blog KedahLanie.. !
Bila diperkatakan perihal laporan perubatan terhadap kes liwat Anwar, pasti kita tidak akan lupa dengan satu nama yang amat sinonim dengan kes beliau pada tahun 1998 dulu iaitu Dr.Zahari Noor. Beliau adalah salah seorang Pakar Forensik (Terkanan) yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur yang telah diarahkan bertukar ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan (foto), gara-gara enggan untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi berkaitan kes tersebut. Adalah difahamkan, gara-gara sikapnya yang tidak mahu bersekongkol dengan penipuan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam usaha membuat bukti-bukti palsu terhadap kes berkenaan maka beliau telah diarahkan bertukar. Beliau selepas itu menjadi Pakar Forensik di HTAA dan juga di Pantai Timur. Namanya kini sepi dan seolah-olah dilupakan terus oleh media arus perdana dan alternatif. Namun, krew kami di Kuantan yang pernah bertemu beliau di dalam sebuah masjid di sana, secara jelas mendapatkan maklumat tentang kes Anwar daripada beliau. Antara lain, beliau turut mengakui bahawa kes yang berlaku itu adalah rekaan dan ciptaan semata-mata. Pihak Hospital Kuala Lumpur telah dipaksa oleh polis untuk membuat dan meminda laporan perubatan Sukma serta lain-lain mangsa yang dikaitkan dengan Anwar.
Mereka dipaksa meminda bahawa kesemua mangsa itu memang telah diliwat oleh Anwar biar pun hakikatnya adalah tidak sama sekali. Bagi mereka yang tidak mahu terlibat dan bersekongkol dengan kerja jahat tersebut, maka akan ditukarkan. Namun, beliau bersyukur kerana kini selesa berpindah ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan ketika itu. Maka itu, jika laporan yang memang sudah sahih menunjukkan mangsa tidak diliwat itu pun mahu dipinda supaya berlaku sebaliknya. Apatah lagi laporan yang dibuat oleh Dr.Mohamed Osman dari Hospital Pusrawi dulu. Kini, akhirnya kebenaran bagai kian terserlah apabila ketiga-tiga doktor pakar yang merawat Saiful Bukhari dalam kes liwat terbaru Anwar kini sebulat suara mengeluarkan kenyataan bahawa anak muda itu memang tidak ada kesan dan tanda-tanda diliwat. Apakah ketiga-tiga doktor pakar terbabit akan menerima nasib yang sama seperti Dr.Zahari Noor agaknya? Nantikan sahaja kesudahan episod misteri ini. Ternyata kini, bahawa kesemua laporan klinikal membuktikan yang Saiful “masih teruna”, dan wajarlah kes perbicaraan liwat yang bakal diadakan pada 1 Julai 2009 ini juga turut dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. Di bawah ini dipaparkan sedutan artikel berkaitan Dr.Zahari :-
Dr.Zahari, Contoh Darah Anwar Bukan Untuk DNA
KUALA LUMPUR [30 Dis 1998] - Seorang pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa contoh darah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh digunakan untuk ujian DNA kerana ia diambil dan disediakan bagi ujian HIV, Hepatitis B dan VD (penyakit kelamin). Dr Zahari Noor berkata, oleh kerana itu beliau menolak permintaan polis sebanyak dua kali supaya contoh darah itu digunakan untuk ujian DNA. Menurutnya, ketika di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 28 September lalu bagi mengambil darah Anwar, beliau ditanya oleh Asisten Mohd Rodwan Mohd Yusof sama ada ujian DNA boleh dilakukan terhadap Anwar. Katanya, beliau menasihatkan polis supaya tidak mengambil darah Anwar untuk ujian DNA kerana Anwar hanya memberi persetujuan supaya darahnya digunakan bagi ujian HIV, Hepatitis B dan VD. “Pada 15 Oktober lalu, Mohd Rodwan dan SAC I (Senior Asisten Komisioner) Musa Hassan datang ke HKL dan bertanya sama ada mereka boleh mengambil contoh darah Anwar untuk analisis DNA,” katanya. Dr Zahari berkata mereka memberikan empat sebab kepada polis mengapa ujian DNA tidak boleh dilakukan terhadap darah Anwar:
1.Contoh itu tidak disediakan untuk analisis DNA,2.Ia tidak sesuai untuk ujian DNA3.Keputusan ujian DNA itu tidak boleh dipercayai.4.Ia boleh membawa keputusan yang mengelirukan kerana kami menyimpan 5.contoh darah itu di dalam bekas biasa tanpa pengawet atau EDTA.
Katanya, mereka kemudian mencadangkan kepada polis bahawa mereka bersedia pada bila-bila masa untuk mengambil contoh darah Anwar di penjara Sungai Buloh untuk ujian DNA jika tertuduh membenarkannya. Saksi pendakwa ke-20 itu memberi keterangan dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Gani Patail pada perbicaraan yang memasuki hari ke-35 itu. Sebelum itu, Dr Zahari berkata, beliau mengambil contoh darah bekas setiausaha sulit Anwar, Mohamad Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Tahrin dan anak perempuan pasangan itu yang berumur tiga tahun, Farah Afifa pada 29 Julai lalu, bagi ujian DNA. Katanya, beliau mengambil contoh darah Anwar pada 28 September lalu selepas diminta oleh polis. Bagaimanapun, beliau mengakui HKL tidak menjalankan ujian DNA dan beliau sendiri tidak pernah menjalankan ujian atau mempunyai pengalaman amali dalam teknik terkini DNA kerana ia bukan bidangnya. Dr Zahari berkata, contoh darah itu disimpan selama dua bulan setengah sebelum polis mengambilnya pada 9 Disember, bagi dihantar kepada Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk ujian DNA.Di bawah ini satu lagi laporan yang telah dikeluarkan oleh seorang doktor berhubung dengan kekeliruan laporan yang dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia terhadap kenyataan yang telah dibuat oleh Dr.Zahari berhubung dengan kes liwat Sukma Dermawan. Di sini jelas sekali menunjukkan bahawa media memang berperanan untuk memesongkan fakta sebenar bagi mengubah persepsi dan tanggapan rakyat terhadap kes ini dulu. Maka wajarlah media seperti ini ditolak oleh rakyat demi menjaga minda generasi muda agar tidak terus terpesong. Cuba lihat artikel berkenaan bagi menjelaskan lagi tentang perkara ini :-
Utusan Malaysia Putarbelit Testimoni Dr.Zahari
[10 Feb 2000] - Saya agak terperanjat dengan tajuk berita di Utusan Malaysia (UM) hari ini (bukan saya beli tetapi kepunyaan rakan saya ) bertajuk ‘Saksi akui ada kemungkinan Sukma diliwat’. Kenyataan ini dikatakan dikeluarkan oleh Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Zahari Noor semasa menjadi saksi pembelaan kes ‘liwat’ DSAI semalam. Kenyataan ini agak bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Dr Zahari Noor semasa perbicaraan kes ‘rasuah’ DSAI tahun lepas di mana beliau mengatakan bahawa TIDAK ADA BUKTI PERUBATAN YANG MENUNJUKKAN BAHAWA SUKMA PERNAH DILIWAT PADA LIMA TAHUN KEBELAKANGAN INI DAN TIADA BUKTI MENUNJUKKAN SUKMA ADALAH PENGAMAL HOMOSEKS BERTERUSAN (HABITUAL HOMOSEXUAL). Oleh kerana saya tidak puas hati dengan laporan UM tersebut, saya pergi ke gerai akhbar dan membelek (bukan membeli) akhbar tabloid the Star mengenai kes ‘liwat’ DSAI. The Star memberi tajuk ‘NO SIGNS OF ANAL PENETRATION’ bermaksud tidak ada tanda-tanda dubur Sukma telah ditembusi. The Star juga mengatakan bahawa Dr Zahari Noor tidak dapat mengesahkan samada Sukma pernah diliwat atau tidak (’Dr Zahari Noor said he could not determine whether Sukma had ever been sodomised or not’ ). Jadi yang mana satu hendak dipercayai sekarang, UM atau the Star? (Rujuk Video Pengakuan Sukma
Nampaknya UM masih cuba menipu rakyat dengan memutarbelitkan testimoni Dr Zahari Noor. Seboleh mungkin UM mahu juga meyakinkan rakyat bahawa DSAI adalah pengamal homoseks. UM juga cuba menonjolkan cerita mengenai parut yang berada di dubur Sukma sebagai bukti liwat. Bukankah kita telah diberitahu dahulu oleh saorang doktor bedah bahawa parut itu adalah kesan dari pembedahan buasir (haemorrhoids) yang dialami oleh Sukma. Doktor bedah tersebut juga menyatakan bahawa tidak ada bukti masalah buasir Sukma bersangkut paut dengan amalan homoseks yang didakwa diamalkan oleh Sukma. Di dalam buku perubatan pun tidak ada dinyatakan bahawa kegiatan liwat boleh menyebabkan penyakit buasir. Sekiranya benar Sukma adalah pengamal homoseks berterusan (habitual homosexual) seperti yang didakwa, sudah tentu pemeriksaan dubur Sukma akan menunjukkan kesan sekalipun amalan tersebut menggunakan lubricant. Dubur sesaorang pengamal homoseks berterusan akan menjadi lembut (lax atau patulous di dalam istilah perubatan) apabila doktor melakukan ‘digital per rectal examination’ tetapi ini tidak dikesan pada dubur Sukma. Yang pendakwa bertanya mengenai pemeriksaan ‘proctoscopy’ apa relevannya? Nak tengok ada buasir ke di dalam dubur Sukma? Setahu saya proctoscopy dibuat untuk melihat buasir pada peringkat awal iaitu dipanggil ‘first degree atau second degree haemorrhoids’ , bukan untuk menunjukkan bukti liwat.
Yang menghairankan saya ialah akhbar Berita Harian (BH) yang saya belek di gerai akhbar hari ini tidak ada langsung laporan mengenai kes perbicaraan ‘liwat’ DSAI. Adakah kerana pada peringkat pembelaan ini di mana DSAI dan Sukma sudah memgemukakan bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa tuduhan ‘liwat’ itu tidak benar dan sengaja diada-adakan maka BH tidak berani melaporkan? Kenapa tidak perbesarkan bukti yang dikemukakan oleh Sukma bahawa Tivolli Villa hanya diduduki selepas April 1993? Satu lagi berita terbaru yang menarik mengenai kes ‘liwat’ DSAI ialah mengenai usaha peguam-peguam DSAI untuk memanggil Dr Mahathir ke mahkamah untuk memberi keterangan. Dr Mahathir pernah berkata selepas memecat DSAI ‘ I did my own investigations other than the police investigations regarding DSAI homosexual activities and I was convinced’. Saya berhajat benar agar Dr Mahathir dapat memberitahu mahkamah bagaimana beliau melakukan kajian salahlaku seks DSAI dan memberikan bukti-bukti kukuh seperti yang didakwa oleh beliau. Sedangkan polis sendiri di bawah SAC 1 Musa Hassan sendiri sampai sekarang tidak dapat bukti kukuh, maka adalah penting Dr Mahathir sendiri hadir ke mahkamah sebagai saksi[Maka dengan ini, sama-samalah kita lihat apakah pula trick dan helah yang akan digunakan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi membuktikan beliau telah diliwat Anwar. Apakah pihak polis boleh menerima keterangan dari "mulut" Saiful daripada laporan klinikal daripada Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi itu agaknya. Jika laporan mulut diterima oleh polis dan mahkamah, maka memang zaman kehancuran sistem kehakiman dan undang-undang negara akan berlaku lagi akhirnya. Masyarakat dunia akan merasa takut untuk datang serta melabur di Malaysia, selepas melihat kes pembunuhan dan jenayah dipermain-mainkan oleh mahkamah di negara ini. Justeru itu, kembalilah kepada kebenaran dan tegakkan keadilan. Kembalikan semula keyakinan rakyat terhadap isntitusi kehakiman negara. Usahlah kita terus biarkan generasi kita terbelenggu dengan sistem kehakiman yang terpesong daripada matlamatnya. Sia-sia sahaja anak-anak kita belajar ilmu undang-undang di universiti dalam dan luar negara, jika inilah amalan undang-undang yang mahu dipertontonkan] .

Monday, June 29, 2009

Detik-detik pembunuhan di Memali

DETIK SERANGAN TRAGEDI MEMALI.BACALAH WAHAI SAHABAT SEKALIAN !!Kejadian ini berlaku pada tahun 1985.Tragedi ini telah mengorbankan 14 nyawa org islam yg mati syahid krn mereka lebih rela memilih jln syahadah drpd jln sekularisme. Antara yg syahid dlm kejadian ini adalah As-syahid ibrahim mahmud, berumur 43 thn ketika itu,amat dihormati oleh masyarakat kampung memali termasuk dlm mukim siong,Baling. kelulusan al azhar dan melanjutkan pelajaran ke India dan libya.ibrahim pernah ditawarkan jawatan penting dlm sebuah parti politik yg bukan perspektif islam seandainya dia sanggup mengenepikan golongan miskin,menepati nawaitu hidupnya,beliau telah menolak semua itu,kerana itu dia sering di datangi ancaman hidup beberapa kali yg mahu memerangkap dan membunuhnya. selepas pilihanraya 1982, satu arahan utk menahan ibrahim di bawah akta ISA yg menjijikkan itu telah dikeluarkan oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri.Berikut adlh catatan terperinci mngenai perkmbangan di kampong Memali,mukim siong,Baling yg berkesudahan dgn terkobannya 13 nyawa dan as-syahid ibrahim mahmud sendiri.catatan ini asalnya merupakan rakaman computer drpd Signals Division pasukan PDRM yg mengikuti perjalanan tragedy Baling itu untuk maklumat Perdana Menteri Malaysia.Kisah ini diterjemah dari sudut berbahasa inggeris,dikeluarka n semula oleh yg menamakan ‘suara islam malaysia’ pd 27 hb November,1985. betulkah? mari kita meneliti saringanya ini, kerana ia sudah merupakan bahan sejarah.001: Jam 1935 hrs.(18/11/85) :berpusat di kem pasukan polis hutan sungai petani,kedah, 3600 anggota polis drpd plbagai bhgian termsk FRU(penang), pasukan senoi prak,anggota polis beruniform,commando 69,sudah bersiap sedia utk menerima arahan.kumpulan ini diletakkan di bawah arhan seorang pegawai tinggi ibupejabat di bukit aman dan dibantu oleh beberapa pegawai drpd bukit aman kedah,perlis, dan penang.002:tepat jam 1945( 18/11/85 ):pegawai tinggi yg memerintah dr bukit aman telah mengeluarkan arahan bhw kumpulan yg bersiap sedia itu akan menyerang hendapsatu kem komunis dlm daerah baling yg berdekatan dgn sempadan Thailand .003:jam 2005(18/11/85) :berlaku satu keributan di bilik operasi sg.petani di antara pegawai berkuasa pasukan polis hutan sg.petani dgn pegawai tinggi dr bukit aman .kekalutan ini berasaskan arahan palsu yg telah dikeluarkan .arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu sebenarnya disasarkan kea rah ibrahim mahmood,pengikutnya dan sesiapa jugs yg hsdir di madrasah yg dibina oleh orang kampong di situ.pegawai yg mengetuai pasukan polis hutan itu telah memberi penerangan kpd pgwai tinggi bukit aman betapa ibrahim mahmood dianggap oleh para pegawai pasukannya sbg seorang ulama’ yg berwibawa.malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. dilema yg tercetus ini menimbulkan satu suasana yg hening dan sunyi sepi.004: (18/11/85):pegawai tinggi dari bukit aman talah mencuba menghubungi penolong pesuruhjaya polis di bukit aman,tetapi gagal.kemudian dia berjaya menghubungi musa hitam yg ketika itu menjadi menteri hal ehwal dalam negeri.pegawai pemerintah pasukan polis hutan sg.petani telah diberi laluan utk bercakap dgn musa hitam.beliau telah merayu kpd musa hitam dan membuat penjelasan betapa ibrahim mahmood adalah seorang uluma’ yg disegani dan telah banyak berjasa dlm usaha menaikan taraf hidup masyarakat memali.tetapi, akhirnya diketahui juga musa hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.NOTA: kebanyakan anggota polis yg terbabit dlm operasi ini adalah mereka yg bukan beragama islam.operasi ini telah diberi-nama ‘Operasi Hapus’ oleh musa hitam.005:jam 2045 ( 18/11/85 ):sebuah keraian telah diadakan disebuah padang terbuka di kem polis hutan sg.petani.di sini minuman bird an minuman keras(arak) telah disediakan kpd semua unit.namun,ada juga segelintir anggota yang tidak minum.006 : jam 2147( 18/11/85 ):pegawai operasi telah menerima mesej melalui wireless.mesej yang diterima mengatakan betapa 10 komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan memali dan telah pulang dgn laporan penuh.laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yg menghuni madrasah tajaan ibrahim mahmud,yang sudah pun disahkan sbg sasaran serangan polis itu.007 : jam 2247 (18/18/85):semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda.mereka bergerak memasuki baling dengan menggunakan dua kereta perisai.Pegawai pemerintah unt sg.petani tidak menunjukkan mintnya ketika itu. Diwaktu yg sama,ibrahim mahmud sedang memberikan kuliah kpd 50 org penuntut yg hadir. Kuliah berlanjutan sehingga jam 23.45. setelah selesai ada juga penuntutnya yg pulang ke rumah mereka sedangkan yg lainnya bermalam di madrasah itu.008 : jam 24.00( 19/11/85 ):pegawai pemerintah dr bukit aman telah menerima arahan terakhir mengenai operasi hapus itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan drpd sg.petani. mereka mahukan operasi itu dilakukan dgn mengadakan sekatan dan kepungan utkm mendesak ibrahim mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya 3 bulan. Cadangan unit sg.petani itu disanggah oleh pegawai pemerintah drpd bukit aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yg datang dr bukit aman,dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yg melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dgn pihak anggota tentera yg berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yg disebutkan itu memang menyokong pergerakan islam dan juga ibrahim mahmud. Keadaan kelam kabut muncul lagi.sekali lagi musa hitam di hubungi.PERINTAH HAPUS:pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa hitam tidak dapat dihubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di kuala Lumpur.Di waktu yg sama Timb Menteri hal ehwal dlm negeri,Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dgn berada di ibupejabat Polis Pulau Pinang.Beliau sedang mengikuti perkembangan Operasi Hapus itu..Tidak berapa lama kemudiannya Musa Hitam telah menghubungi pihak polis dgn suara yg seolah marah dan rasa terganggu.Musa tidak banyak bercakap Cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi ngr Kedah.Di Rumah Ibrahim Mahmud..:seorang pemandu motosikal dilihat berhenti di hadapan pintu gerbang rumah yg dihuni oleh ibrahim mahmud.seorang muda dilihat berlari kearah pintu rumah itu meminta kebenaran utk masuk.dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yg ramai di Baling setibanya di pekan itu.Ibrahim mahmud telah dikejutkan dari tidurnya.begitu juga halnya 39 org lain yg telah berjaga mlm di madrasah itu sebelumnya.mereka di kerah bersiap sedia utk mempertahankan diri.mereka mula mengumpulkan segala alat yg ada di rumah kampong seperti kapak,pisau, buluh runcing dan sebagainya.. .Yg lebih berani telah membuat bom Molotov pula.dgn lain perkataan,setiap insane di situ ada alat senjata yg boleh di pergunakannya. dlm kumpulan yg bertahan itu ada 4 kanak-kanak dan 5 kaum wanita.Ibrahim telah mengajak para pengikutnya utk berwuduk drpd sebuah telaga yg berhampiran. mereka telah melaksanakan solat sunat hajat.mereka membaca surah yassin dan berzikir.Ibrahim mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyshadah dari menyerah diri utk menjadikan alat mereka yg mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yg curiga dgn hasratnya itu meninggalkan kumpulan mereka.Tidak ada sesiapa yg mahu berganjak daripada tempat duduknya.Laungan Allahuakhbar mula bergema,bertalu- talu dan memecah keheningan kampong Memali.Yg hadir lebih memilih jln ‘syahid’ drpd terus hidup mengabdikan diri ke jln yg hina.di waktu yg sama di Stesen Polis Daerah Baling,segala persiapan utk menyerang kampong memali semaki8n dipercepatkan. semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis yg telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.009 : jam 0100(19/11/85) :36000 anggota polis bersama pegawainya telah tiba di kampong Memali.Mereka lengkap bersenjata automatic dan tiba dgn kereta perisai.Mereka mula mengepung kampong itu.Ketika itu musa hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat di hubu8ngi.Semua urusan komunikasi dilakukan pula dgn timbalannya yg bertahan di Ibupejabat Polis di Pulau Pinang.Kebanyakan anggota polis yg tiba di kampong Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah kemn komunis.Itulah maklimat yg diberitahu kpd mereka oleh Pegawai Tinggi dari Bukit Aman.di waktu yg sama kumpulan dari Sg.Petani hanya kecil sahaja dan masih sama tugas mereka.010 : jam 0300(19/11/85) :Kampung Memali telah di kepung seluruhnya oleh pihak Polis.Polis yg beruniform di tugaskan membuat sekatan jln raya.Pasukan polis hutan telah diarahkan kebahagian selatan.Pasukan FRU(polis gerak khas) di arahkan kearahkan ke bahagian utara.Pasukan komando 69(polis hutan) telah di kerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yg juga merupakan sekolah agamanya.011 : jam 0336( 19/11/85 ):Pegawai tinggi dari Bukit Aman yg memerintah Operasi Hapus iti telah bercakap menggunakan pembesar suara.Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri.Ibrahim Mahmud berbincang dgn penghuni rumahnya itu.Mereka membuat pendirian utk tidak menyerah diri walaupun pasukan yg datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil Negara... Mereka bertakbir dan laungan Allahuakhbar mula berkumandang semula.012 : jam 0400 pagi( 19/11/85 ):satu kumpulan manusia yg berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul dari bahagian utara. Mereka berlari ditengah-tengah benteng pasukan polis hutan dan juga komando 39 dan membawa senjata tajam yg serinang mereka gunakan ketika bertanam padi mereka cuba memasuki rumah Ibrahium Mahmud utk memberikan sokongan. Anggota pasukan komando 69,yg masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak kearah penduduk kampong yg sedang berlari itu. Tetapi,mereka tersalah sasaran,maklumlah kerana masih mabuk lagi.namun tindakan mereka itu membuatkan org kampong berpatahbalik kerana ketakutan.tindakan melulu pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan pasukan polis hutan.seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan kearah org kampong yg tidak kampong y6g tidak berdosa oleh pasukan yg khayal telah tersesat kpd badan pasukan sendiri.satu perundingan telah di atur utk menenangkan keadaan.operasi mengepung masih lagi berkuat kuasa,tetapi, beberapa pegawai drpd Alor Setar telah meminta agar pengepungan itu di batalkan shj.mereka telah mengambil iktibar drpd kematian tiga org sendiri disebabkan tindakan yg songsang.permintaan mrk telah di tolak oleh pegawai pemerintah.SERBU:013 : jam 0521( 19/11/85 ):azan subuh berkumandang di rumah ibrahim mahmud.suara yang sungguh sayu itu menjentik sentiment anggota polis dari Alor Star.Mereka semakin mencurigai matlamt operasi polis itu.Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu.Di waktu itu pegawai pemerintah operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang.beliau telah ditentang oleh pegawai yg beragama islam.014 : jam 0559( 19/11/85 ):Solat subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi.Tiba-tiba, satu kumpulan orang kampung muncul utk memasuki perkarangan rumah ibrahim mahmud.mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan mereka, melaungkan Allahuakhbar. melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya utk berundur dan tidak menentang mereka.mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja.NOTA : Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap.015: jam 08.12(19/11/ 85):setelah mendapat kelulusan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, pegawai pemerintah operasi telah memberikan arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah ibrahim mahmud.mereka telah dihalang oleh bom Molotov.Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke rumah yg dikepung itu.Di waktu yg sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari ke rumah itu.mereka diarahkan oleh ibrahim agar melarikan diri.mereka telah dikepung dan ditanrkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yg diawasi oleh anjing penjaga.ketika itu juga serangan diteruskan. tembakan pihak polis disambut dgn laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.016 : jam 1105( 19/11/85 ):komando 69 diarahkan menyerang rumah ibrahim.017 : jam 1136(19/11/85) :pasukan komando 69 telah menyerbu masuk dgn senjata yg di petik.berlaku beberapa pergelutan di mana ibrahim dan org-org yg masih bertenaga terus melawan.ada jg ahli rumah yg keluar utk berlawan dgn anggota polis di kawasan halaman.polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi.hanya Allahuakhbar yg mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dlm perjuangan itu.ramai yg syahid sedangkan yg lain cedera teruk.ibrahim telah merawat mereka.beberapa org anggota komando telah menyerang ibrahim,dan beliau mampu membunuh salah seorang yg menyerangnya. tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada di sebelah kananya dituju berpuluh kali.ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas,sedangkan bibirnya masih lagi melaungkan Allahuakhbar. ..Alhamdulillah… ..SyahidSeorang pegawai polis berlari meluru kearahnya utk mengapung kepala ibrahim keribanya.Ibrahim kedengaran bersuara:”Alhamdulil ah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid”.018 : jam 1213:serangan pihak polis ditamatkan.mereka yg telah ditangkap telah disungkup dgn karung guni.beberapa anggota komando 69 telah dilihat menengdang badan yg terbujur itu utk menentukan mereka sudah mati.ada pula yg terus menembak mereka lagi sambil berkata;”pergi jahanam dengan islam”.019 : jam 1305( 19/11/85 ):pegawai pemarintah operasi telah membuat laporan kepada ibupejabat polis P.Pinang dan juga kepada musa hitam di Kuala Lumpur.Musa hitam mengarahkan agar semua org kampung ditangkap utk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.020 : jam 1500(19/11/85) :kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan.mereka diterbangkan dgn dua helicopter polis.mereka yg cedera dan syahid di hantar ke hospital di Sg.Petani dan Alor Star.Empat,mati syahid di sg.petani dan 10 yg sudah syahid dibawa ke Alor Star.012 : jam 1510(19/11/85) :sekitar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatic tiba di hadapan rumah as-syahid Ibrahim.berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengawasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yg tiba di situ.Anggota polis yg ramai itu di beri arahan utk bersiap sedia dengan senjata mereka.menyedaru betapa bilangan mereka kecil di bandingkan dengan anggota polis yg bertugas di situ,pihaj tentera pun meredakan keadaan.ketuanya berkata,”Hari ini hari kamu…..kamu boleh lakukan apa yang kamu mahu.tetapi ingat,satu hari nanti kami akan menentang kamu dengan kekuatan yg sama”.Politik UMNO:Akhbar new strait times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yg berbunyi,”Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran”. Di akhbar yg sama musa hitam telah menuduh ibrahim mahmud bersama 13 rakanya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat.Beliau telah menyanggah kenyataan yg di keluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yg berkata:” Ust ibrahim hanya memberikan ceramah agama”.dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar,Musa Hitam telah mengulangi cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yg dilakukan oleh ibrahim mahmud itu.kalau kalu di pertimbangkan segala fakta yang terselah,termasuk keputusan pilihanraya, maka boleh di buat kesimpulan betapa OPERASI HAPUS adalah satu tipu muslihat utk menghapuskan ibrahim mahmud bagi kepentinagn politik UMNO.Mereka mahu terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pilihanraya yg mendatang.Nasib Tahanan.Seranai 159 penduduk kampung ditahan polis.dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran islam yg direstui Allah.mereka ini termasuk beberapa anak kecil dan warga tua sedang di tahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan.kaum wanita di biarkan berkumpul dgn kaum lelaki.tidak ada kemudahan bersolat...mereka kerap didera dan diaibkan.Anak- anak kecil dilihat menagis mencari ibu-ibu yang sengaja di pisahkan dari mereka.Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari.sesiapa yg cedera parah di hantar ke hospital Sg.Petani ataupun Alor Star.Meraka hanya di berikan layanan pesakit luar,satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak di perbaiki ada di kalangan mereka yg akan mati syahid pula.antara yg mati syahid ter masuk ibrahim mahmud telah di semadikan di satu kubur panjang di parit panjang,Baling. Mereka di semadikan dengan pakaian mereka yg berlumuran darah itu.seorang mangsa lagi telah di semadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya.Kes ini kini di anggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah operasi hapus itu. Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca

Wednesday, June 17, 2009

Penjelasan dan penjernihan terhadap konsep Kerajaan Perpaduan

Oleh: tok_selampit"SEJAK Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan, ia telah menimbulkan satu polemik seolah-olah terdapat perbezaan pemikiran yang serius antara Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walhal, secara realitinya perbezaan pemikiran dan sikap dua orang Tok Guru ini adalah mainan media milik Umno/BN.
Kedua-dua Tok Guru sedar akan sepak terajang politik bikinan Umno/BN kerana kedua-duanya pernah mentadbir negeri. Kedua-dua Tuan Guru sedar bagaimana Umno/BN telah menganaktirikan Kerajaan Kelantan dan Terengganu.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedar (di awal pemerintahannya) betapa peritnya apabila Umno menghentikan bantuan subsidi input pertanian (baja) kepada para penanam padi yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan baja sendiri yang melibatkan kos jutaan ringgit.
Tuan Guru Abdul Hadi juga merasakan keperitan apabila wang royalti petroleum ditarik balik oleh Umno dan digantikan dengan wang ehsan.
Umno meyindir begitu hebat sekali seolah-olah kerajaan negeri Trengganu pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi adalah begitu miskin sekali sampai peringkat meminta sedekah kepada Kerajaan Pusat.
Tidak mungkin kedua-dua Tok Guru lupa akan pengalaman-pengalaman pahit ini. Ini sekadar satu contoh. Banyak lagi diskriminasi yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua Tok Guru semasa memegang jawatan Menteri Besar.
Kedua-dua Tok Guru yang warak dan begitu hampir dengan Allah senantiasa memanjangkan tangan persahabatan kepada Umno atas nama perpaduan ummah. Mereka berdua peka terhadap seruan Allah untuk ummat Islam senantiasa berpegang kepada tali Allah (iaitu Agama Islam) dan jangan berpecah-belah.
Tangan persahabatan dihulur dengan satu syarat yang amat penting iaitu perbincangan mengenai penyatuan ummah Melayu mesti menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan terpenting. Keenggangan Umno untuk menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan asas dalam perbincangan mengenai perpaduan ummah yang menyebabkan persoalan berkaitan dengan perpaduan ummah adalah persoalan yang tiada penghujungnya.
Apabila Tuan Guru Presiden melontarkan idea kerajaan perpaduan, ia menunjukkan betapa besarnya jiwa Tuan Guru Presiden yang seolah-olah bersedia untuk memaafkan Umno di atas segala kejahatan yang dilakukan ke atas beliau.
Lontaran idea ini bukan sahaja kepada Umno tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia atas keyakinan beliau bahawa sudah tiba masanya untuk Islam (melalui PAS) memimpin perubahan dan salah satu perubahan yang dimaksudkan ialah kerajaan perpaduan. Hujah ini adalah selari dengan hujah Tuan Guru Mursyidul Am.
Tuan Guru Presiden adalah ikhlas dalam mengetengahkan idea kerajaan perpaduan. Sekiranya Umno ikhlas dalam hal ini, tindakan segera yang Umno perlu lakukan ialah jangan bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai pada 14 Julai 2009 nanti.
Sekiranya Umno terus bertanding, maka Umno yang sebenarnya berpura-pura mengenai kerajaan perpaduan dan bukannya kedua-dua Tok Guru yang mereka ingin lagakan.
Takrifan dan latarbelakang sejarah
Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai "satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik (atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara."
Dari takrifan ini ia memperlihatkan bahawa kerajaan perpaduan bukanlah merupakan satu struktur politik yang kekal. Ia bersifat sementara, iaitu ia diwujudkan dalam keadaan-keadaan yang kritikal (seperti semasa perang dan krisis ekonomi yang meruncing) bagi menjamin kelangsungan negara itu sendiri.
Ini bermakna perbezaan pandangan antara parti yang memerintah dan pembangkang perlu dikesampingkan. Atas dasar inilah kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang.
Ia boleh menjadi satu struktur politik dan pentadbiran yang kekal sekiranya Islam dijadikan bahan rujukan dalam segala aspek pentadbiran negara, atas kesedaran bahawa Islam adalah satu sistem yang syumul dan paling sempurna yang diturunkan oleh Allah untuk manusia.
Dari segi sejarahnya, penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang baru. Ia pernah ditubuhkan di negara-negara seperti Kanada, Israel, Kenya, Lebanon, Luxembourg, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Sebagai contoh, di UK kerajaan perpaduan telah ditubuhkan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan David Lloyd George mampu bertahan sehingga 1922.
Begitu juga semasa Zaman Kemelesetan (Great Depression) ekonomi yang menimpa dunia, sebuah kerajaan perpaduan telah ditubuhkan di UK pada tahun 1931 antara Ramsay MacDonald, Perdana Menteri dari Parti Buruh dan Parti Konservatif dan Liberal. Kerajaan ini bertahan sehingga 1945.
Terdapat juga contoh-contoh terkini penubuhan kerajaan perpaduan. Sebagai contoh, Afrika Selatan. Antara 27 April 1994 dan 3 Febuari 1997, Kerajaan Afrika Selatan telah ditadbirkan oleh sebuah perlembagaan sementara.
Fasal 88 perlembagaan sementara ini mensyaratkan mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi dalam Dewan Perhimpunan Nasional (National Assembly) boleh menuntut satu atau lebih portfolio kabinet dan boleh bergabung dalam kerajaan yang memerintah.
Kerajaan yang ditubuh ini dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Nasional atau Government of National Unity (GNU). Di bawah pimpinan Presiden Nelson Mandela, GNU berkembang dan berfungsi dengan baik.
Pada pilihan raya 27 April 1994, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (African National Congress) pimpinan Mandela telah memenangi majoriti kerusi di Dewan Perhimpunan Nasional dan boleh menubuh kerajaan tanpa bantuan parti-parti lain.
Walau bagaimanapun, dua parti lain, Parti Nasional dan Parti Kebebasan Inkatha telah menerima pakai peruntukan GNU dan memperolehi beberapa portfolio kabinet.
Presiden Mandela turut mengundang parti-parti lain menyertai kabinet sungguhpun parti-parti ini tidak memperolehi 20 kerusi minima sebagaimana yang diperlukan untuk membolehkan mereka menyertai GNU. GNU bertahan sehingga 1999.
Contoh kedua ialah Israel. Israel merupakan negara moden yang paling banyak menggunakan pendekatan "kerajaan perpaduan" sebagai kaedah menyelesaikan masalah dalaman mereka.
Secara lebih spesifik, menyelesaikan pertembungan antara Parti Buruh dengan Parti Likud. Kerajaan perpaduan yang dibentuk ialah kerajaan campuran antara dua parti yang dominan ini. Terkini usaha-usaha sedang dijalankan bagi menyatukan Parti Likud dengan parti Kadima.
Berbeza dengan Afrika Selatan di bawah Mandela, kerajaan perpaduan Israel tidak menjemput parti-parti politik lain yang lebih kecil menyertai kerajaan yang dibentuk. Kerajaan perpaduan yang dibentuk di Israel mempunyai motif politik yang tersendiri iaitu hanya memikirkan survival bangsa Yahudi sahaja.
Halangan ke arah pencapaian
Bukanlah sesuatu yang senang untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan terutamanya dalam sebuah negara seperti Malaysia di mana nilai-nilai politiknya adalah sarat dengan nilai-nilai perkauman.
Memahami betapa terdapatnya halangan-halangan yang serius bagi penubuhan sebuah kerajaan perpaduan di Malaysia, maka Tuan Guru Presiden menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan hanya merupakan satu lontaran idea. Tidak lebih dari ini.
Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.
Di Malaysia, antara halangan yang wujud ialah pertama, peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan sedia ada yang dilihat oleh sesetengah pihak (termasuk parti politik) sebagai menghalang perpaduan. Peruntukan-peruntukan yang dimaksudkan ialah: Islam sebagai agama Persekutuan; hak istimewa orang Melayu; Perkhidmatan Awam (termasuk polis dan tentera); DEB, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. Apakah perkara-perkara ini perlu dipinda? Atau di mansuh?
Halangan kedua ialah sistem pilihan raya yang berteraskan first-past-the-post. Dapatlah dihujahkan di sini bahawa sistem pilihan raya yang berteraskan prinsip 'perwakilan berkadar' (proportional representation) adalah lebih selari dengan konsep kerajaan perpaduan.
Halangan ketiga ialah sistem Federalisme ikutan Malaysia di mana terlalu banyak kuasa tertumpu kepada Kerajaan Pusat. Apakah ini sesuai dengan perjalanan 'kerajaan perpaduan'?
Halangan ke empat ialah peranan Ketua Whip di Parlimen; ia perlu dipinda. Begitu juga dengan peranan BBC. Ini adalah kerana kewujudan institusi ini menyebabkan ahli-ahli parlimen terpaksa akur kepada keputusan partinya sungguhpun ada ahli-ahli parlimen dari parti ini tidak bersetuju dengan keputusan atau dasar yang dibuat oleh parti mereka sendiri.
Kerajaan Perpaduan: Peranan PAS
Atas sifat Islam amat mementingkan perpaduan, maka secara jangka panjangnya, PAS boleh mempelopori idea kerajaan perpaduan atas usaha dan gagasan berikut: Pertama, bergerak cergas bagi merealisasi prinsip loyal opposition.
Kedua, mengemukakan contoh-contoh dari sejarah Islam bagi membenarkan hujah bahawa merealisasi prinsip keadilan yang melangkaui pertimbangan perkauman adalah kaedah terbaik mewujudkan perpaduan nasional.
Ketiga, kerajaan perpaduan perlu berpegang kepada prinsip 'pengislahan sistem politik dan ekonomi secara progresif'.
Ke empat, pendekatan Fiqh Keutamaan (Qaradawy) sebagai rujukan asas.
Kesimpulan
Berdasarkan kepada pengalaman negara-negara yang pernah bereksperimen dengan 'kerajaan perpaduan' memperlihatkan kepada kita bahawa kerajaan ini bersifat jangka pendek dan hanya bertahan semasa negara sedang mengalami suasana yang mencabar. Selepas keadaan kembali normal, ia tidak lagi relevan.
Sekiranya PAS masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan, maka GNU pimpinan Nelson Mandela adalah model terbaik yang boleh dijadikan sebagai model dan perlu dikaji secara mendalam kesesuaiannya dalam konteks Malaysia.
Model ini sudah semestinya diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Jangan juga lupa bahawa Sahifah Madinah yang dihasilkan oleh Rasulullah (saw) sendiri merupakan model terbaik kerajaan perpaduan. - mks.
(Penulis adalah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPPP). _

Sumber: Harakah Daily
http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=493

Thursday, June 11, 2009

Umno samseng.

On 6/10/09, mat yusof mat ail <yusof30@yahoo. com> wrote:
LIPAN HANYA NAMPAK SAMSENG DI KALANGAN PR. KALU MEREKA (PR) SAMSENG ITU ADALAH SEBAB PROVOKASI DARI UMNO. TAPI UMNO LEBIH SAMSENG LAGI. INI AKU NAK HABAQ SIKIT DI RUANG TERHAD NI.

1. 1960an - UMNO KELANTAN BAKAR JAMBATAN DAN BUBUH BUAH GATAL DLM PERIGI KETIKA HARI MENGUNDI BAGI MENGHALANG PENGUNDI KELUAR (KAWASAN YG DIYAKINI UMNO KALAH.

2. 1977 - UMNO KELANTAN BUAT ONAR HINGGA TERTUBUHNYA KERAJAAN MAGERAN DI KELANTAN. LEPAS TU PAS DITENDANG KELUAR DARI BN DALAM USAHA MERAMPAS KELANTAN...UMNO BERJAYA PERINTAH KELANTAN HINGGA 1990.

3. 1990 - BILA PAS MENANG, UMNO TUNJUK PERASAAN DISEPAN PITU ISTANA KELANTAN MINTA RAJA TURUN TAKHTA KERANA DIKATAKAN RAJA MEMIHAK KEPADA PAS...KEMUNCAKNYA ANUAR MUSA TABAL RAJA BARU DENGAN SOKONGAN UMNO DAN BN...TAPI KES NI TAK KIRA DERHAKA KERANA UMNO YG BUAT!!!

4. PEMIMPIN UMNO CETUSKAN KETEGANGAN KAUM SEKITAR 1980an...KEMUDIAN DIIKUTI OPERASI LALANG..TAPI YG KENA TANGKAP PEMIMPIN PAS DAN DAP

5. PERISTIWA LUBUK MERBAU...PROVOKASI DARI UMNO TAPI PENYOKONG PAS TERBUNUH...APA POLIS BUAT???

6. PERISTIWA MEMALI..GEMPUR PONDOK TOK GURU IBRAHIM LIBYA DENGAN SENJATA AUTOMATIK YG CANGGIH. ARAHAN AWAL KATA NAK GEMPUR PERKHEMAHAN KOMUNIS...SAMPAIKAN PILOT TUDM YG DITUGASKAN AMBIL MAYAT BEGITU TERKEJUT KERANA SEBENARNYA KAWASAN KAMPUNG DAN BUKAN HUTAN BELANTARA SARANG KOMUNIS SEPERTI LAPORAN AWAL.

7. PEMIMPIN UMNO BUKIT BENDERA TIMBUL ISU PERKAUMAN DALAM CERAMAH...KENA TANGKAP WARTAWAN.

8. BEGITU JUGA DI PERAK..BELUM SEMPAT SECARA UNDANG2 PERLUCUTAN MB DAN SPEAKER UMNO DAH TAK SABAR...SEBAB TU AGAK KECOH..TAPI KEKECOHAN SEBENAR TAK DITAYANG..YG DI TAYANG SEOLAH2 SEMUANYA BERMULA DARI PR...INILAH UMNO
http://us.mc05g.mail.yahoo.com/mc/welcome?.gx=1&.rand=1pqpm9qv75d5f#_pg=showMessage&sMid=0&&filterBy=&midIndex=0&mid=1_39638338_AM4mvs4AAP1OSjCAyAfSxmtJgaA&f=1&m=1_39638338_AM4mvs4AAP1OSjCAyAfSxmtJgaA,1_39501968_ANMmvs4AATT0Si%2FvYAAlwU%2BfxXg,1_34876_ANAmvs4AAQU8Si%2B4egI6T1REWCE,1_37968_ANUmvs4AAGkiSi%2B2xA6ZQVTsa2M,1_103992_AFTgjkQAAOjGSi%2BFEgI1XxyNyn0,1_104841_AM4mvs4AAGs0Si%2BEUQClyBdhEdI,&sort=date&order=down&startMid=0&pSize=25&hash=1b3b51345f0db92e0beae268a8152d11&.jsrand=2835066

Thursday, June 4, 2009

Di sinilah wang dunia disorok

Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika. Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – hasil kita berjual-beli dengan Amerika. China dan Jepun negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar. Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemaksaan ini melalui dua cara. Pertama, Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual-beli minyak wajib menggunakan kertas dolar kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara dengan Saudi pengeluar utamanya.Sebagai gantinya, kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud daripada dipukul oleh ombak rakyat. Kedua, dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini. Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual-beli minyak. Jawapannya Saddam digantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih daripada kertas dolar, justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ia dipanggil fiat money - nilai yang dipaksa.Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru, kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis. Pada awalnya Amerika Syarikat sebuah negara revolusioner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertasnya sendiri.Amerika yang merdeka telah membebaskan diri daripada para pemilik bank yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka. Lalu para pemilik bank menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan mereka. Pada tahun 1913, setelah beberapa kali percubaan gagal, akhirnya para pemilik bank telah berjaya memaksa (atau menipu) Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913. Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul. Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di pinggir Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.Siapa ahli-ahli lembaga pengarah Federal Reserve ini juga dirahsiakan. Kongres hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan dicadangkan oleh Federal Reserve.Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan, pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke, pengerusinya yang terkini. Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.Mengikut akta 1913 ini, pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve. Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar, maka kerajaan wajib meminjam daripada Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan. Lihat bagaimana liciknya konspirasi para pemilik bank ini.Seperti tulisan minggu lalu, para pemilik bank ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa-apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika daripada Federal Reserve dan akan dibayar kembali dengan bunga. Duit membayar hutang dan riba ini datang daripada tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong, para pemilik bank ini telah mencipta harta Qarun. Inilah punca yang sedang membawa huru-hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – perkembangan ini di Amerika, apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit?Sabar dahulu, biar saya terangkan sejelas mungkin.Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar. Ia telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para pemilik bank dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia. Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjadi dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia. Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini.Justeru, kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar. Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini, maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF. Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri daripada sistem kapitalis global ini?Pertama, banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama.Kedua, tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Putih yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para pemilik bank dan Central Bank (nama asal Federal Reserve). Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam daripada Central Bank. Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini. Ketiga, tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para pemilik bank dan kaum pemodal ini. Semenjak 1913, pemilik banker ini telah membuat jaringan, kabel dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus. Hari ini kabel rahsia para pemilik bank ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika. Hasilnya, media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para pemilik bank dan kaum pemodal ini. Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu, media cetak masih lagi bergerak bebas. Hari ini yang tinggal hanya enam buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media. Syarikat-syarikat media ini pula dimiliki oleh para pemilik bank. Malah jika menyelidik dengan rapi, kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabel-kabel rahsia seperti Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull dan Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasai oleh pemodal dan pemilik bank yang sedang merancang untuk memunculkan satu Order Baru Dunia. Di belakang semua ini, nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya-raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka. Kabel rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi dan Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom. Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri. Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada mereka ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabel rashia ini.Justeru, kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan, maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan, maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan turut bersuara.Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam, maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul Haq, mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik. Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.Hari ini sebenarnya tidak ada masalah kecairan. Apa yang berlaku, peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para pemilik bank ini. Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai. Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini. Buat ketika ini, di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.
http://www.malaysiakini.com/columns/104206

Tuesday, June 2, 2009

Rahsia anak muda sokong Pakatan

Selepas tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac 2008, iklim politik di Malaysia terus panas dan menyaksikan penyertaan aktif rakyat dalam politik. Perkembangan ini semakin rancak apabila beberapa siri pilihanraya kecil yang berlaku selepas itu bermula di Permatang Pauh, diikuti Kuala Terengganu dan kemudian Bukit Gantang. Krisis politik di Perak dan isu penentangan terhadap dasar kontroversi PPSMI ibarat "menyimbah petrol" ke api yang sedang marak. Golongan muda tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan pergolakan politik tanah air. Setakat ini, majoriti anak muda di Malaysia lebih condong untuk menyokong Pakatan Rakyat berbanding BN. Perkembangan ini diakui sendiri oleh pimpinan-pimpinan BN apabila parti pemerintah tersebut tewas di kebanyakkan saluran pengundian 3 dan 4 yakni saluran pengundi muda dalam pilihanraya umum lalu dan beberapa siri pilihanraya kecil. Ramai penganalisis melihat kencenderungan golongan muda bersama Pakatan kerana mereka lebih terdedah kepada maklumat-maklumat alternatif di internet, berbanding golongan tua yang sudah terbiasa dengan maklumat daripada akhbar atau televisyen. Memang satu faktor yang tidak dapat dinafikan, internet memainkan peranan besar dalam mempengaruhi keputusan pilihanraya umum yang lalu. Sebab itulah ramai pemimpin-pemimpin BN membuka blog sebaik sahaja keputusan pilihanraya ke-12 diumumkan kerana menyangka bahawa mereka kalah teruk oleh kerana tidak mempunyai blog! Mereka ini terlupa bahawa jika semua pemimpin BN mempunyai blog atau laman web sekalipun, ia menjadi tidak berguna jika idea yang disampaikan tidak berbeza daripada apa yang boleh dibaca di Utusan Malaysia dan Berita Harian. Maklumat basi ini tidak akan berdaya menarik minat dan selera orang muda, jauh sekali mampu mengubah trend sokongan golongan muda terhadap BN. Sifat melawan atau “rebel” memang tersemat dalam diri golongan muda. Sebab itulah kita dapat melihat bagaimana golongan mudalah yang bangkit untuk melawan sesuatu regim atau kediktatoran. Di negara jiran Indonesia, kita dapat melihat bagaimana golongan muda yang majoritinya mahasiswa memimpin rakyat untuk menumbangkan regim Soeharto yang telah memimpin selama lebih 30 tahun. Dalam sejarah gerakan reformasi di Malaysia sejak 1998, kita dapat melihat bagaimana berbondong-bondong mahasiswa dan anak-anak muda bersama-sama rakyat dalam demonstrasi-demonstrasi anti-Mahathir Mohamad pada ketika itu. Penentangan golongan muda terhadap regim BN bertambah hebat pada hari ini oleh kerana Pakatan berjaya meyakinkan golongan ini bahawa mereka (baca: Pakatan) adalah alternatif yang terbaik bagi BN. Jika Pakatan terus bersatu dan bertambah kukuh sehingga pilihanraya umum akan datang, sokongan kuat golongan muda akan semakin meningkat berikutan pertambahan jumlah pengundi muda dalam daftar pemilih. BN yang ditubuhkan oleh perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein pada 1973 sebagai menggantikan Perikatan telah memerintah Malaysia dengan begitu lama. Jika dikira dengan zaman pemerintahan Perikatan, mereka telah mentadbir negara bermula dari tarikh kemerdekaan sehinggalah hari ini. Apabila sesuatu parti politik memerintah dengan begitu lama dan tambahan lagi sentiasa dalam keadaan kuat (mempunyai majoriti 2/3 di parlimen) sebelum ini, maka lahirlah satu sifat "kerajaan sentiasa betul". Seperti apa yang dikatakan oleh bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, bahawasanya presiden Umno itu seseorang yang paling berkuasa di dunia.Zaid membandingkan kuasa yang ada pada presiden Umno berbanding dengan presiden Amerika Syarikat. “Jika di Amerika, Obama perlu menjawab kepada Dewan Senat, Parti Demokrat dan media, di Malaysia presiden Umno (perdana menteri) boleh berbuat sesuka hatinya tanpa perlu menjawab kepada sesiapa berhubung dengan tindakannya" katanya dalam sebuah forum yang bertajuk 'Can Najib Deliver His Reform Promises?' bulan lalu di Dewan Perhimpunan Cina Selangor. Pindaan perlembagaan yang dilakukan oleh Dr Mahathir pada 1993 telah menjadikan perdana menteri Malaysia begitu berkuasa apabila raja-raja boleh diseret ke mahkamah khas. Oleh kerana itu, lahirlah sifat angkuh dan sombong pimpinan-pimpinan Umno dan BN. Apabila Umno dan BN merasakan mereka terlalu kuat dan tidak mampu dicabar oleh kumpulan-kumpulan lain, maka mereka menjadi sukar untuk menerima idea-idea baru atau bertentangan. Mereka mahu paksakan kepada golongan muda untuk mengikut cara mereka dan tidak menerima segala kritikan yang diberi. Lihatlah apa yang terjadi kepada orang muda seperti Khairy Jamaluddin di dalam Umno? Walaupun beliau telah menang sebagai ketua Pemuda Umno menewaskan Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir, beliau tidak dilantik untuk menganggotai kabinet baru Najib Razak - antaranya kerana Khairy tidak mengikut "acuan" yang diinginkan banyak "warlord" Umno. Khairy tidak dimahukan lagi oleh Umno oleh kerana beliau tidak bercakap dalam bahasa Umno. Sikap politiknya yang liberal dan tindakannya mempertahankan media alternatif seperti Malaysiakini atau The Malaysian Insider apabila diharamkan untuk membuat liputan dalam perhimpunan agung Umno bukanlah ketua Pemuda yang dimahukan oleh pembesar-pembesar Umno. Pembesar-pembesar Umno mahukan ketua Pemuda yang boleh bercakap dalam bahasa Umno seperti "Umno perlu kuat", "ISA untuk mempertahankan hak Melayu" dan "media alternatif adalah agen asing". Kenyataan-kenyataan seumpama ini hanya boleh dituturkan oleh Khir Toyo atau Mukhriz Mahathir yang mempunyai ideologi "ultra Umno". Umno menganjurkan pelbagai demonstrasi apabila berlakunya krisis Perak. Kita boleh lihat berapa ramai golongan muda yang menyertai mereka berbanding dengan puluhan ribu yang hadir di kediaman MB Perak untuk mendengar ucapan Nizar Jamaluddin yang dirampas kuasanya. Propaganda Umno untuk mengajak anak muda menentang Nizar yang dikatakan "menderhaka" kepada Sultan Perak tidak mendapat sambutan. Propaganda yang mengatakan bahawa Nizar adalah agen DAP juga tidak dapat mempengaruhi pengundi-pengundi di saluran 3 dan 4 yang majoritinya memberikan undi kepada Pakatan dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, awal April lalu. Oleh kerana BN sudah terlalu lama berkuasa, mereka sering memandang rendah kepada tahap keintelektualan rakyat terutamanya golongan muda. Lihatlah bagaimana TV3 cuba untuk memperbodohkan rakyat dengan propaganda-propaganda tahun 1960-an. Meluat dengan apa yang merek saksikan telah mendorong anak muda beramai-ramai untuk membantu Pakatan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan atau upah. Buah fikiran dan tenaga yang diberi dianggap sebagai satu tanggungjawab yang wajib dilakukan walaupun mereka tidak dipaksa oleh mana-mana pihak. Di Bukit Gantang, saya terjumpa dengan sekumpulan penulis blog anak muda yang telah berkampung di kawasan parlimen tersebut untuk memastikan kemenangan Nizar Jamaluddin. Ada yang telah berada di Perak semenjak berlakunya krisis politik di negeri tersebut dan telah berbulan-bulan tidak pulang ke rumah. Mereka mencari dana sendiri dan beroperasi siang dan malam untuk melaporkan perkara sebenar yang berlaku di negeri Perak dan menjawab propaganda-propaganda BN di alam siber. Melihat ketabahan dan semangat mereka menyebabkan saya berasa terharu. Pakatan sangat beruntung kerana mempunyai sokongan yang begitu kuat daripada golongan muda yang merasakan melawan BN sebagai satu tanggungjawab berbanding dengan penyokong-penyokong BN yang sentiasa mengharapkan wang dan upah. Jika Pakatan terus membawa api perjuangan dan agenda perubahan, saya yakin golongan muda akan sentiasa bersama mereka. Saya bersetuju dengan Abdullah Ahmad (Dollah Kok Lanas) yang menyatakan dalam temubual majalah Off The Edge bahawa Najib hanya mampu menjadi PM selama tiga tahun sebelum pilihanraya umum ke-13 dengan syarat Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang terus duduk bersama dan Pakatan kukuh. Jika Pakatan berpecah dan pemimpinnya sentiasa bergaduh sesama sendiri, harapan, buah fikiran dan tenaga golongan muda yang membantu kemenangan mereka akan menjadi sia-sia. Malaysia tidak akan menemui perubahan sehingga sekurang-kurangnya 50 tahun akan datang.

http://www.malaysiakini.com/columns/105527

Bumbung Stadium Gong Badak runtuh


Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus.Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium yang berusia kira-kira setahun ini berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing."Walaupun sudah tahun memintanya dari kontraktor asng tersebut, difahamkan mereka masih belulm menerimanya," katanya.,Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya.Sementara itu, Bernama melaporkan, beberapa anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dilihat memasuki bahagian bangunan yang runtuh itu bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap. Menteri Besar Datuk Ahmad Said turut meninjau tempat kejadian pagi ini dan beliau dijangka mengadakan sidang akhbar di pejabatnya pada jam 4 petang ini. Menurut beberapa saksi, runtuhan dipercayai bermula pada bahagian tengah stadium yang menempatkan bilik tetamu kehormat (VIP) dan tempat duduk utama termasuk pentas diraja. Asmadi Hashim berkata ketika kejadian, beliau berada di rumahnya yang terletak kira-kira 400 meter dari stadium berkenaan. "Saya mendengar satu letupan kuat dan menyangka ia adalah enjin kapal terbang kerana Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) terletak berhampiran stadium itu," katanya. Sementara itu, dua pekerja yang sedang memasang tiang lampu di sekitar stadium berkenaan terkejut selepas mendengar letupan berkenaan. Mohd Zaidi Ahmad yang bekerja hanya kira-kira 300 meter dari tempat kejadian itu, kemudian bergegas bagi memastikan tiada yang terkorban. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM270 juta dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas. Stadium berkenaan menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 dan perlawanan bola sepak Liga Super.

ADUN BN mohon maaf pada Husam


ADUN BN Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah (Paloh) memohon maaf kepada exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap naib presiden PAS itu pada 2007."Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau," kata Nozula dalam notis permohonan maaf itu yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian hari ini.Nozula dan seorang lagi ADUN BN Kelantan, Muhd Adhan Kechil (Bukit Bunga) telah membuat laporan tersebut terhadap Husam pada akhir November 2007.Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek yang mewakili Husam berkata, antara lain laporan mereka adalah mengenai:Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Hussam Musa. Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn Bhd Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn Bhd. Isu Kedai Majlis Daerah Machang. Isu Jamnapari membabitkan dana KPK. Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pas mengutip dana.Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan. Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.Ahmad Shabrimi berkata, tindakan kedua-dua ADUN tersebut antaranya, telah meletakkan Husam dalam kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum dan kehinaan awam.Berikutan katanya, Husam telah mengarahkam tindakan undang-undang diambil terhadap kedua-dua ADUN BN tersebut serta akhbar New Straits Times (M) Berhad."Akhirnya pihak ADUN berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan."Dengan notis permohonan maaf ini, maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap anakguam kami adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas. "Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami. "Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain," kata Ahmad Shabrimi.

Monday, May 11, 2009


Pemimpin berpengalaman Umno menyokong tindakan menteri besar Pakatan Rakyat di Perak mengusulkan kepada istana agar membubarkan DUN bagi mengatasi kemelut politik sejak Februari.Mengulas keputusan mahkamah memberi semula jawatan menteri besar kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pembubaran "satu-satunya cara" keluar daripada krisis tersebut."Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum," kata bekas naib presiden Umno itu di blognya. Di awal krisis ini, Tengku Razaleigh telah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa BN, termasuk menggugurkan jawatan Mohammad Nizar, dengan menyifatkannya di luar proses perlembagaan. Beliau juga telah mencadangkan pilihanraya negeri diadakan atau rakyat akan semakin meluat pada Umno.Dalam tulisan terbarunya, bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46 berkata kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Zambry Abd Kadir lebih kurang tiga bulan "selama ini haram dan semua keputusan serta kontrak yang dibuat olehnya tanpa asas perundangan."Tambahnya, persidangan DUN Perak minggu lepas yang membawa usul Zambry menggantikan Speaker, V Sivakumar dengan R Ganesan, pemimpin kanan MIC negeri dan bekas ADUN Sungai, juga tidak sah."Sultan, dan sistem beraja itu sendiri, menanggung malu dengan babak (politik) ini, termasuk usaha terancang oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan lagi isu menjadi perkauman dan penderhakaan."Tindakan seumpama ini hanya merosakkan lagi institusi yang mereka dakwa cuba mempertahankannya, dan (susulan itu) ia mencemarkan Umno dan BN," katanya. "Isu sebenarnya adalah perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dan sistem beraja dilindungi selagi mendukung keunggulan perlembagaan dan hasrat rakyat."

Sunday, April 19, 2009

Pemuda UMNO Edar Pil Ecstacy Di Betong, Thailand - malaysia

Berita yang tak akan disiarkan dalam mana-mana media perdana sampai bila-bila...
Jumaat lepas (10hb. April, 2009)… 4 orang Ahli UMNO dari komponen Pemuda Umno Bahagian Grik telah ditangkap oleh polis Thailand di Betong kerana mengedar pil Ecstacy. Dua daripada mereka merupakan AJK Pemuda Umno Grik manakala dua lagi merupakan ahli biasa.Mereka ditangkap di pekan Betong, Thailand dan ditahan disebuah lokap polis dipekan tersebut.Pada hari Ahad minggu lepas iaitu pada12hb. April, 2009 , Ketua Umno Bahagian Grik, DS Tajol Rosli bersama dengan Ketua Penerangan Umno Bahagian telah pergi ke Balai Polis Betong untuk menjamin pemuda-pemuda tersebut.Sejumlah wang diperlukan untuk membebaaskan pemuda-pemuda tersebut dan Tajol Rosli telah membayar sejumlah RM60,000.00 bagi mendapatkan pembebasan mereka.Menurut sumber-sumber dari mereka yang bertugas di IPD Gerik, kegiatan pemuda-pemuda Umno menyeludup pil Ecstacy dengan menggunakan van Umno bahagian telah lama dipantau, tetapi disebabkan kekebalan Umno dalam melanggar undang-undang menyebabkan tiada siapa yang berani mengambil tindakan.Maka dengan itu polis Gerik telah bertindak untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada rakan mereka di Thailand.sumber berita dari Perisik Grik.

Thursday, April 9, 2009

Sejarah penderhakaan Umno Perak dan Selangor

Oleh Mohd Fadli Ghani
NAMPAKNYA Umno/BN benar-benar tersepit di Bukit Gantang dan terpaksa menjaja isu derhaka untuk menarik sokongan orang Melayu. Kononnya calon PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin penderhaka besar!
Umno memberitahu rakyat bahawa pemimpin PAS adalah penderhaka kepada sultan dan tidak patut dipilih dalam pilihan raya. "Umno tidak pernah derhaka," kata bekas Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib juga mewar-warkan bahawa Nizar adalah seorang penderhaka. Inilah wayang yang dimainkan oleh pemimpin Umno di Bukit Gantang untuk mengabui mata rakyat.
Seolah-olah rakyat Perak buta sejarah, Tajol Rosli berkata, "Umno tidak pernah derhaka". Lupakah rakyat Perak kepada cerita Sultan Idris dengan jambang tidak bercukurnya.
Selepas pilihan raya 1959 dahulu, kerana mengenangkan jasa (Tan Sri) Mohd Ghazali Jawi (bapa Tajol Rosli) yang lantang mengkritik Datuk Panglima Bukit Gantang bagi pihak Umno, lalu dilantik beliau menjadi Menteri Besar Perak. Ketika itu Sultan Yusof Izzuddin Shah (ayahanda Sultan Azlan Shah) sedang memerintah. Tiba-tiba Mohd Ghazali ditangkap oleh Biro Pencegah Rasuah (BPR) kerana salah lakunya. Tunku Abdul Rahman menghantar beliau menjadi duta di Mesir pada 1962 untuk menutup kes ini.
Semasa Sultan Idris Shah sudah menaiki takhta, pada 1974 Tun Razak menamakan Mohd Ghazali sebagai Menteri Besar Perak sekali lagi. Sultan Idris tidak mahu menerima seorang perasuah menjadi ketua kerajaan. Umno menghantar (Tan Sri) Ishak Tadin untuk memujuk Sultan Idris dengan janji Mohd Ghazali Menteri Besar untuk dua tahun sahaja.
Pada 1976, Mohd Ghazali menderhaka kepada Sultan Idris apabila enggan meletakkan jawatan dengan alasan Perlembagaan Perak tidak menetapkan seorang menteri besar untuk dua tahun. Sultan Idris telah murka lalu memulau semua program kerajaan. Baginda bernazar tidak akan mencukur janggut dan misainya selagi si penderhaka menjadi menteri besar.
Kemuncak kemurkaan Sultan Idris terhadap si penderhaka ini ialah baginda tidak meluluskan bajet kerajaan Perak untuk tahun 1977. Kerajaan Perak tidak boleh bergerak tanpa sumber kewangan, sedangkan wang tidak boleh dibelanjakan tanpa kelulusan sultan.
Akhirnya Umno terpaksa menyuruh Mohd Ghazali meletakkan jawatan dan dilantik sebagai menteri pusat. Wan Mohamad Wan Teh (abang Datuk Wan Hashim) menggantikan Mohd Ghazali. Inilah penderhaka sebenar dalam sejarah Perak. Orangnya tidak lain dan tidak bukan, bapa Tajol Rosli sendiri. Maka, mengapa Tajol Rosli cuba membohongi rakyat Perak (Sultan Perak juga) bahawa Umno tidak pernah menderhaka.
perderhakaan di Terengganu, Pahang dan Johor
Kita jangan lupa kisah Datuk Nik Hassan dengan Sultan Terengganu, Datuk Rahim Bakar dengan Sultan Pahang, Tan Sri Othman Saat dengan Sultan Johor dan krisis Perlembagaan 1983.
Di Selangor juga ada cerita derhaka yang lebih dahsyat. Tan Sri Muhammad Mohd Taib jangan lupa isu ini. Beliau menuduh Nizar seorang penderhaka, tetapi beliau sendiri berkali-kali menderhaka. Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz telah dihina oleh Umno Selangor pada 1991 ketika Mat Taib menjadi ketuanya. Dalam Perhimpunan Agung Umno 9 November 1991 (selepas pilihan raya yang Umno kehilangan Kelantan), wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Muhammad Mohd Taib, Dato' Zainal Abidin Sakom telah menyerang peribadi Tuanku.
Sultan Selangor dituduh merampas RM11 juta wang untuk sekolah agama bagi membaiki Istana Alam Shah. Sultan Selangor juga dituduh menyerahkan 400 ekar tanah untuk dibina padang golf kepada kapitan-kapitan Cina, selain 1500 ekar lagi diberikan oleh sultan kepada seorang tauke Cina yang lain.
Kerana ucapan wakil Umno Selangor ini, Perhimpunan Agung Umno mencerca semua Raja-raja Melayu ketika itu. Umno Selangor telah menyenaraikan kononnya salah laku Sultan Selangor untuk didedahkan kepada rakyat dalam Perhimpunan Agung Umno itu, dan akhirnya satu Resolusi 4 Perkara telah dikemukakan untuk Umno mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.
Selepas itu pada 30 November 1991, Mat Taib mengetuai Umno Selangor mengadakan Perhimpunan Perpaduan Melayu di Dewan Jubli Perak, Shah Alam untuk menunjukkan sokongan rakyat dalam usaha Umno menderhakai Sultan Selangor. Mat Taib menafikan perhimpunan ini untuk menunjukkan pengaruh Umno kepada Sultan Selangor, tetapi semua penganalisis politik melihat begitu.
Mat Taib memang berdendam dengan Sultan Selangor selepas isu kahwin lari dengan Tengku Puteri Zahariah (Ku Yah) di selatan Thai, isu perlantikan Exco Selangor pada 1990 dan isu Zoo Negara. Perhimpunan ini adalah peluang terbaik untuk beliau menyembahkan derhakanya kepada Sultan Selangor!
Berang dengan penderhakaan Umno ini, semasa hari keputeraan Sultan Selangor ke-66 pada 8 Mac 1992, baginda tidak mahu menganugerahkan pingat kepada pemimpin Umno Selangor. Mat Taib telah mengumumkan bahawa Umno Selangor pada 13 Februari 1992 memutuskan akan memulau pencalonan penerima pingat tersebut sebagai satu sembah derhaka mereka. Sultan Selangor murka dan berduka cita kerana kebiadapan Mat Taib yang membocorkan rahsia baginda.
Apabila pernderhakaan Mat Taib terhadap Sultan Selangor sudah ke kemuncak, akhirnya pada 24 Februari 1992, Majlis Tertinggi Umno telah menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah.
Pada 4 Julai 1992, satu Perisytiharan Prinsip-prinsip Perlembagaan telah dibuat oleh Majlis Raja-raja untuk menolak Kod Etika Perilaku Raja-raja yang dikemukakan oleh Umno. Sultan Perak tentu masih ingat peristiwa penderhakaan besar-besaran Umno sejak 1991 ini sehinggalah membawa kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 dan ?pertabalan? Tengku Ibrahim di Ketereh, Kelantan oleh Umno Kelantan pada 29 April 1993.
Nah! Jika kita melihat latar belakang dua tokoh yang bercakap soal derhaka di Bukit Gantang ini, maka tahulah rakyat siapa penderhaka sebenar. Mat Taib dan Tajol Rosli langsung tidak mempunyai kredibiliti untuk bercakap soal penderhakaan kepada sultan. Kerana mereka berdua adalah di kalangan penderhaka yang terkenal sejak sekian lama.
Mat Taib mungkin lega kerana Sultan Salahuddin Abdul Aziz sudah mangkat, tetapi masih ramai rakyat yang mengingatinya. Tajol Rosli juga tidak perlu berselindung dalam hal ini kerana semua orang tahu siapa Tan Sri Ghazali Jawi, si penderhaka itu.
Jika kes ini berlaku pada zaman Sultan Mahmud Melaka (nenek moyang kesultanan Perak), nescaya Mohd Ghazali dan semua keturunannya (termasuk Tajol Rosli) dihukum bunuh!
Rakyat Bukit Gantang perlu bijak dalam melayan isu derhaka yang dibesar-besarkan oleh Umno ini. Jangan terjerat oleh pukat yang dipasang oleh sang penderhaka Umno ini.- tajdid _

Wednesday, April 1, 2009

Najib sebagai PM yang ke6

Najib berkata, "beliau insaf bahawa pelantikannya sebagai perdana menteri merupakan satu tanggungjawab besar dan mandat yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin supaya keyakinan rakyat terhadap kerajaan tidak tergugat.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai perasaannya yang bakal memegang jawatan Perdana Menteri."Saya amat insaf bahawa ini satu tanggungjawab...satu penghormatan yang amat besar."Tapi lebih penting daripada itu, saya membawa satu perasaan keinsafan yang amat mendalam dan tawaduk bahawasanya ini bukan satu status, bukan soal kuasa tapi soal tanggungjawab...(dan) harapan yang diberi oleh rakyat amat besar," kata timbalan perdana menteri.Katanya beliau perlu melaksanakan yang terbaik supaya rakyat yakin yang kerajaan bawah pimpinan beliau kelak merupakan sebuah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat dan yang boleh mereka bergantung harap kerana faham akan kehendak mereka."


"Pada 4 april tercatat lah dalam sejarah akan perlantikan Najib sebagai PM yang ke6.Banyak sesuatu yang menarik dapat diceritakan tentang diri Najib ini, Najib berkata, beliau insaf bahawa pelantikannya sebagai perdana menteri merupakan satu tanggungjawab besar dan mandat yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin supaya keyakinan rakyat terhadap kerajaan tidak tergugat.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai perasaannya yang bakal memegang jawatan Perdana Menteri."Saya amat insaf bahawa ini satu tanggungjawab...satu penghormatan yang amat besar."Tapi lebih penting daripada itu, saya membawa satu perasaan keinsafan yang amat mendalam dan tawaduk bahawasanya ini bukan satu status, bukan soal kuasa tapi soal tanggungjawab...(dan) harapan yang diberi oleh rakyat amat besar," kata timbalan perdana menteri.Katanya beliau perlu melaksanakan yang terbaik supaya rakyat yakin yang kerajaan bawah pimpinan beliau kelak merupakan sebuah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat dan yang boleh mereka bergantung harap kerana faham akan kehendak mereka. Bila kita mencongak akan ucapan beliau ini,adalah sesuatu yang perlu kita fikirkan secara mendalam,terutamanya atas ucapan tawaduk itu,bila kita memperincikan perkataan tawaduk itu dari kehendak ugama,maka sudah semestinya orang yang tawaduk itu orang yang benar benar beriman.Bila mana ia memerintah,ia akan pasti memerintah mengikut pertunjuk Allah,akan memastikan pemerintahan nya,sedikit pun tiada terlibat dengan perlakuan rasuah,jika ada tuduhan rasuah,maka orang itu akan diseret kemuka pengadilan tanpa pilih kasih.Juga siapa yang menjadi dalang pada kematian gadis Mongolia itu akan dibawa kemuka pengadilan tanpa mengira darjat.Kita ingin bertanya secara jujur,apakah Najib ada kehendak dalam hasrat begini,jika ada,maka kami sebagai rakyat Malaysia akan berdiri teguh dibelakang beliau sebagai pendokong pendokong yang tetap bersetia janji.Manusia yang beriman(islam) itu hanya dapat disatukan dibawah panji panji yang tiang paksi nya tetap teguh pada pertunjuk Allah(Al-Quran dan Sunnah Nabi).Dan ini lah perubahan yang kami harpakan dari ke pimpinan Najib.

Friday, March 27, 2009

Dr M: Pemuda Umno restui rasuah

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak menghadiri majlis perasmian perhimpunan agung Umno semalam kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka, merestui politik rasuah."Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah," tulis mantan perdana menteri dalam blognya hari ini.
Sehubungan itu, beliau menolak tanggapan bahawa beliau tidak hadir kerana anaknya - Datuk Mukhriz - kalah dalam pertandingan merebut jawatan ketua Pemuda."Memanglah saya terasa sedih kerananya. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka, merestui politik rasuah."Mereka memilih sebagai ketua mereka, seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai ketua Pemuda. "Sama ada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah," tulis Dr Mahathir lagi.
Beliau yang juga mantan presiden Umno itu berkata, hukuman yang dijatuhkan ke atas orang berkenaan tidak setimpal dan tidak adil "kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya, tidak dibenar bertanding".
"Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai, dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Rosak imej Umno"Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda Umno yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan Umno," tulisnya lagi.Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, pergerakan tersebut telah merosakkan imej Umno dan imej orang Melayu sendiri. "Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? "Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia," tambahnya.Dr Mahathir berkata, beliau juga hairan kenapa lebih enam jam diperlu untuk mengira hanya 790 undi."Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. "Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa."Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada Umno."Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah," katanya.
Sebelum ini Lembaga Disiplin Umno mendapati Khairy dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam bersalah selepas ejen-ejen mereka didapati terbabit dalam rasuah dan sogokan politik.
Ekoran itu, Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno.
Manakala Khairy hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.
Selepas keputusan pemilihan ketua Pemuda Umno diumumkan pada malam Rabu lalu, ratusan penyokong Mukhriz berhimpun di dalam PWTC kerana membantah pemilihan Khairy menerajui pergerakan tersebut.
Hampir 100 anggota polis terpaksa membentuk benteng bagi memisahkan antara penyokong Mukhriz dengan pihak yang lain.