Friday, March 27, 2009

Dr M: Pemuda Umno restui rasuah

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak menghadiri majlis perasmian perhimpunan agung Umno semalam kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka, merestui politik rasuah."Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah," tulis mantan perdana menteri dalam blognya hari ini.
Sehubungan itu, beliau menolak tanggapan bahawa beliau tidak hadir kerana anaknya - Datuk Mukhriz - kalah dalam pertandingan merebut jawatan ketua Pemuda."Memanglah saya terasa sedih kerananya. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka, merestui politik rasuah."Mereka memilih sebagai ketua mereka, seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai ketua Pemuda. "Sama ada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah," tulis Dr Mahathir lagi.
Beliau yang juga mantan presiden Umno itu berkata, hukuman yang dijatuhkan ke atas orang berkenaan tidak setimpal dan tidak adil "kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya, tidak dibenar bertanding".
"Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai, dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Rosak imej Umno"Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda Umno yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan Umno," tulisnya lagi.Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, pergerakan tersebut telah merosakkan imej Umno dan imej orang Melayu sendiri. "Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? "Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia," tambahnya.Dr Mahathir berkata, beliau juga hairan kenapa lebih enam jam diperlu untuk mengira hanya 790 undi."Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. "Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa."Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada Umno."Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah," katanya.
Sebelum ini Lembaga Disiplin Umno mendapati Khairy dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam bersalah selepas ejen-ejen mereka didapati terbabit dalam rasuah dan sogokan politik.
Ekoran itu, Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno.
Manakala Khairy hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.
Selepas keputusan pemilihan ketua Pemuda Umno diumumkan pada malam Rabu lalu, ratusan penyokong Mukhriz berhimpun di dalam PWTC kerana membantah pemilihan Khairy menerajui pergerakan tersebut.
Hampir 100 anggota polis terpaksa membentuk benteng bagi memisahkan antara penyokong Mukhriz dengan pihak yang lain.

Thursday, March 26, 2009

Amanat akhir Pak Lah

Dalam ucapan dasar lebih sejam - yang bertukar ucapan perpisahan - bermula kira-kira jam 10 pagi, beliau menyebut lima faktor yang menjadi punca penolakan rakyat terhadap Umno: setelah selesa kerana lama berada di tampuk kuasa, sebahagian pemimpin Umno tidak seakrab dahulu dengan rakyat jelata yang selama hari ini menjadi akar kekuatan Umno.tumpuan yang kurang seimbang kepada masyarakat luar bandar dalam keghairahan dan hasrat untuk mencapai status negara maju di peringkat global.program-program politik Umno yang kurang berkesan mendampingi generasi muda, selain dari apa yang dilaksanakan oleh pelbagai institusi kerajaan.perbalahan berpanjangan sesama sendiri terutama ketika berebut jawatan di dalam parti telah meruntuhkan semangat kekeluargaan di kalangan ahli.sifat mengutamakan kebendaan hingga menjadikan sebahagian ahli bersifat tamak – bersifat haloba, lalu memberikan persepsi negatif bahawa Umno adalah parti yang korup."Faktor-faktor dalaman tersebut telah memberikan modal besar kepada musuh-musuh Umno untuk memburukkan Umno. Ditambah pula dengan sikap dan gelagat watak-watak Melayu tertentu yang mengangkat bola tanggung hingga memberi ruang seluas-luasnya untuk orang-orang Melayu dan bumiputera boleh dilibas atau dicerca sewenang-wenangnya. "Akhirnya susulan dari gerakan tersusun menyerang dan mencalarkan Umno secara berterusan, minda warga berjaya diracun, hingga sampai ke tahap warga pada hari ini, tanpa penilaian rasional dan objektif begitu mudah mempercayai dan menerima setiap fitnah yang dilemparkan kepada Umno," tambahnya.Kempen reformasi parti itu bagaimanapun diucapkan dalam nada amaran, bimbang Umno dan BN akan terkubur dalam pilihanraya umum akan datang."Sedarilah! Di luar Dewan Merdeka ini, ramai yang berpandangan bahawa jika Umno, dan jika Barisan Nasional tidak berubah, maka pilihanraya ke-12 pada 8 Mac 2008 merupakan kemenangan terakhir kepada Barisan Nasional menubuhkan kerajaan. "Selepas ini, rakyat di luar dewan ini tidak akan mengundi kita lagi. "Di peringkat negeri, Barisan Nasional turut menghadapi cabaran yang sama. Di kalangan kita juga, malah di kalangan yang duduk di atas pentas ini, turut menyuarakan bahawa 'Umno wajib melakukan perubahan'," kata Abdullah."Apa yang saya ingin dengar, adalah suara yang menyatakan 'Aku akan berubah', lalu disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan itu dalam diri sendiri. "Betapa malangnya Umno jika ramai yang gagal memahami bahawa Umno itu adalah kita, selagi kita tidak berubah, Umno tidak mungkin dapat berubah."

Wednesday, March 25, 2009

Hujah saya sepanjang bulan Mac09(Tranungkite)

Lihat pada posting Unanjaga
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=4045#32973

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=4009#32693

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=4011#32691

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=3998#32545

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=3996#32544

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=3988#32532

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=3992#32525

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=3993#32521

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=3978#32312

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=3967#32211

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=3913#31698

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=3879#31454

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=3882#31442

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=3880#31437

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=3861#31303

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=3859#31302

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=3804#31295

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=3853#31178

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=3811#30555

Thursday, March 19, 2009

Agong Dirayu Tidak Perkenankan Najib Sebagai PM

Datuk Zaid Ibrahim telah membuat satu permohonan kepada Yang Dpertuan Agong untuk tidak memperkenankan perlantikan Najib sebagai PM, tetapi sebaliknya melantik orang lain dari Umno 'bagi menyelamatkan dari tebing kehancuran.'"Seseorang PM mestilah seseorang yang menerima keyakinan dari 'majoriti rakyat'. Untuk tujuan tersebut tidak sepatutnya ada di dalam minda kebanyakan rakyat bahawa, samada ia benar atau tidak, mengaitkan beliau dengan perkara2 yang mempunyai 'unsur jenayah, salahlaku, atau salahguna kuasa," katanya di dalam satu ucapannya hari ini.Kenyataan Zaid ini tentunya akan memberikan tekanan ke atas Najib yang sedang mempersiapkan diri untuk mengambil alih kuasa sebagai Presiden UMNO minggu depan dari P/Lah dan sebagai PM minggu berikutnya.Di dalam ucapannya, Zaid juga merujuk apa yang dikatakan pelbagai masalah yang belum pernah dibawa oleh mana2 pemimpin negara sebelum memegang jawatannya. Dia telah dikaitkan dengan 'pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu' sekalipun beliau telah menafikan dan tidak ada bukti untuk mengikatnya terhadap pembunuhan tersebut. Populariti Najib cuma 41 peratus, mengikut satu kajian bebas oleh Merdeka Centre.Zaid berkata, "saya tidak bermaksud untuk melakukan sebarang tuduhan, namun saya merasakan yang Najib bukan merupakan seseorang yang boleh diterima oleh rakyat. Rakyat begitu ragu, ditambah pula dengan pelbagai tuduhan yang tidak berjawab. Ia bukan satu perkara yang remeh di dalam fikiran rakyat apabila cabaran terbuka telah dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen terhadapnya baru2 ini, Timbalan PM tersebut memilih untuk berdiam diri."Zaid juga menyatakann RM400 juta komisyen yang dibayar oleh Kementerian Pertahanan sewaktu Najib menjadi menteirnya untuk pembelian kapalselam, dan menyatakan Abdul Razak Baginda, seorang rakan karib Najib merupakan ajen di dalam urusniaga itu.Pembunuhan Altantuya juga disebut oleh Zaid, yang menyatakan bahawa terdapat banyak persoalan yang tak berjawab yang mana masyarakat awam perlu mendapat tahu mengenainya.Beliau juga menyifatkan 'rampasan kuasa di Perak' sebagai malapetaka yang bukan kecil. Orang awam sekarang menuduh beliau menggunakan taktik2 licik dan kotor untuk memperolehi kuasa.Dengan kesemuanya ini dan banyak lagi yang lain, bagaimana kita dapat mengelak dari perasaan gelisah? Bagaimana kita nak tidur dengan tenteram di malam hari?Sekalipun Perlembagaan menetapkan Agong dikehendaki melantik seseorang yang menerima keyakinan dari Ahli2 Parlimen, namun ia adalah hal yang tertaluk kepada penilaian baginda. Tidak ada kewajipan perlembagaan untuk Agong melantik Presiden Umno sebagai PM. Masih ramai yang berkelayakan dari Umno yang boleh dilantik sebagai PM .(malaysiainsider)

Sunday, March 15, 2009

Tulisan saya di Tranungkite

Tulisan saya di Tranungkite

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4184

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4163

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4139

Komen saya sepanjang bulan april09 diTranungkite

Lihat pada komen Unanjaga

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=4170#33771

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=4172#33770

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=4171#33764

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=4171#33764

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=4156#33606

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=4156#33606

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=4135#33462

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=4139#33455

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=4136#33452

Tun Mahathir: Rampasan kuasa oleh UMNO di Perak tidak sah!

Oleh dewa"Tun Mahathir akhirnya menjelaskan pendirian beliau berhubung rampasan kuasa oleh UMNO di Perak dengan menyifatkannya sebagai menyalahi undang-undang, tidak sah, dan suatu usaha menggunakan monarki untuk menolak Menteri Besar yang sah.
"Malaysian Insider, 15 March 2009, KUALA LUMPUR, March 14 — More than a month after Barisan Nasional ousted Pakatan Rakyat from Perak, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad today said the takeover was not done according to the law. He said mistakes, bad strategy and carelessness in the Feb 5 power grab, orchestrated by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, had led to the current crisis in the state."You cannot topple a menteri besar or a prime minister without a no-confidence vote in the assembly. There is no other provision," he said at a function organised by Mubarak, the association for former elected representatives.
"Umno-BN was too careless and did not wait for an assembly but instead asked the Ruler to sack the menteri besar," he said, referring to Sultan Azlan Shah's decision to ask Datuk Seri Nizar Jamaluddin to resign."As far as I know, there is no such provision in the Perak or Federal Constitution," he said."
Rupa-rupanya Tun Mahathir pun meluat dengan tingkah laku Najib dalam isu ini. Tun Mahathir, sekalipun dilihat mempunyai sifat 'authoritarian' sewaktu pemerintahan beliau, tetapi beliau dilihat 100 kali lebih baik daripada Najib.
Seteruk-teruk Tun Mahathir, sumbangan beliau kepada Malaysia tidak dapat dinafikan. Beberapa buah buku tebal boleh ditulis untuk menceritakan sumbangan beliau. Beliau dilihat tergelincir apabila berasa terancam dengan Anwar dan nama baik beliau terjejas apabila rakyat melihat mahkamah digunakan untuk kepentingan politik sempit pihak tertentu.
Meskipun begitu, Tun Mahathir merupakan suami yang baik dan tidak pernah dikaitkan dengan skandal seks atau skandal bunuh.. Ini berbeza dengan bakal PM kita yang baru..
Bermula malam ini, saya akan solat hajat setiap malam minta Allah selamatkan kita dari Najib dan berikan kita PM yang baik.
Mari sama-sama solat hajat..

Tuesday, March 10, 2009

Isu PPMSI

Dr Awang Sariyan Mon Mar 09, 09 10:24:34 pm MYT
Saya bersyukur akhirnya pernyataan hati nurani rakyat yang prihatin kepada kedudukan dan peranan dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara, sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan dapat disembahkan kepada Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong.
Iklan




Saya menyertai ucap sembah menjunjung kasih seluruh pejuang bahasa kepada baginda atas keprihatinan baginda terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang dan tunjang kenegaraan.
Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penggerak Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang berjaya merakyatkan dan memasyarakatkan perjuangan bahasa kebangsaan sehingga bangkit kesedaran massa tentang peranan bahasa Melayu sebagai salah asas pembinaan negara, sebagaimana yang diputuskan dan dilaksanakan sejak kemerdekaan.
Saya tidak berminat mengulas soal teknis tentang apa-apa yang berlaku dalam cara penyampaian memorandum perjuangan rakyat itu, kerana yang jauh lebih penting ialah memfokuskan perhatian kepada agenda negara dalam soal mempertahankan kedudukan dan peranan bahasa Melayu dalam pembangunan negara.
Asas paling utama bantahan pejuang bahasa dan mereka yang faham serta menghayati peruntukan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan tentang kedudukan dan peranan bahasa Melayu ialah bahawa kuasa eksekutif wajib menghormati keputusan badan Penggubal undang-undang, iaitu Parlimen.
Jelas bahawa pelaksanaan PPSMI bercanggah dan menyeleweng daripada undang-undang tentang bahasa Melayu yang telah dimaktubkan. Atas asas ini sahaja kerajaan tidak perlu mencari jalan panjang lagi berliku-liku untuk mencari kewajaran mempertahankan dan meneruskan PPSMI.
Apa-apa jua alasan dan hujah untuk mempertahankan dan meneruskan PPSMI dan dasar lain yang seumpama itu terbatal dengan sendirinya apabila kita menggunakan premis undang-undang negara tentang dasar bahasa kebangsaan.
Oleh itu, seruan Perdana Menteri supaya disegerakan keputusan yang wajar (pasti yang berdasarkan undang-undang negara) tentang PPSMI perlu dilaksanakan oleh badan eksekutif (jemaah menteri).
Polemik yang bersifat pinggiran seperti pencarian dalang di balik perhimpunan membantah PPSMI tidak memberikan faedah apa-apa pun jua, selain semata-mata menayangkan nafsu menjaga kuasa dan memusuhi golongan yang tidak sekelompok dengan pihak berkenaan.
Dapatkah orang yang sihat akalnya menerima tohmah bahawa tokoh seperti Dato' Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Dato' A Samad Said serta tokoh-tokoh lain yang sepanjang hayatnya tidak hidup atas kurniaan kontrak dan perniagaan sanggup didalangi oleh mana-mana pihak untuk ke hadapan dalam perjuangan menjaga martabat bahasa Melayu?
Yang dapat dibayangkan ialah bahawa kesungguhan hendak mempertahankan dan meneruskan PPSMI itu barangkali ada kaitannya dengan kepentingan agihan kontrak dan habuan yang telah dibuat dalam aspek prasarana pelaksanaan PPSMI. Wallahu a'lam.
Demikian juga, berkali-kali disebut bahawa mengapa sesudah enam tahun pelaksanaannya baru kini timbul penentangan dan hujah bahawa PPSMI menyalahi Perlembagaan dan Akta Pendidikan, seolah-olah pejuang bahasa sengaja menanti saat tertentu dengan niat tertentu untuk menjatuhkan orang yang merasakan dirinya begitu penting. Sahlah bahawa orang yang berhujah demikian sama ada baru bangkit daripada lena yang panjang atau diserang penyakit pelupa yang kronik.
Seawal pengumuman dasar PPSMI pada tahun 2002, individu dan badan-badan bukan kerajaan, dan bahkan parti politik tertentu atau bahagian dalam parti kepemimpinan kerajaan sendiri telah mengadakan seminar, konvensyen, forum, pertemuan dengan pemimpin pelbagai pihak, hatta kedua-dua orang Perdana Menteri, penyerahan memorandum dan hasil kajian empiris, penggunaan media cetak dan media elektronik.
Para pejuang bahasa dengan penuh adab dan kesantunan mencuba menggunakan saluran intelektual dan yang dikatakan "saluran betul" oleh pihak-pihak yang kononnya sangat beradab selama bertahun-tahun, tetapi tidak tampak reaksi yang meyakinkan daripada kerajaan, malah pernyataan demi pernyataan pihak berkuasa cenderung untuk meneruskan dasar yang bercanggah dengan undang-undang negara dan kepentingan negara itu.
Menteri Pelajaran yang ketika itu menjadi Menteri Belia dan Sukan sendiri dan atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda Umno telah dikunjungi oleh pimpinan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia di pejabatnya di Jalan Dato' Onn dan telah memperlihatkan keprihatinan pada waktu itu.
Pada hemat saya, kini bukan masanya untuk kita saling mendakwa tentang cara dan kenapa timbul bantahan, atau ada tidaknya dalang di balik bantahan terhadap PPSMI. Fikirkanlah asas proses pembinaan negara yang telah dirancang sejak awal, malah sebelum kemerdekaan, menurut acuan yang munasabah bagi negara kita. Salah satu asas itu ialah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan.
Marilah kita menjadi bangsa yang tahu menghormati warisan tamadun bangsa yang telah berakar teguh sejak berabad-abad lamanya. Manfaatkanlah apa-apa jua unsur daripada tamadun luar, termasuk penguasaan bahasa-bahasa asing, tetapi usahlah menjadi bangsa yang rakus akan kemajuan kebendaan sehingga kehilangan roh bangsa dan negara.
Bukalah mata kita seluas-luasnya bagaimana negara-negara maju di seluruh dunia yang tetap mengutamakan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai wahana komunikasi dalam bidang-bidang kehidupan bertamadun mereka, meskipun tidak meremehkan bahasa asing yang bermanfaat sebagai alat sokongan kemajuan negara mereka.
------
Prof Dr Awang Sariyan ialah Penyandang Kursi Pengajian Melayu?China Beijing Foreign Studies University _