Tuesday, January 6, 2009

Pengundi hantu bersama fakta nya

Pengundi hantu adalah istilah yang digunakan oleh pembangkang selama ini yang digunakan oleh UMNO untuk memenangkan calun-calun mereka secara menipu. Walaupun pihak UMNO menafikan wujudnya pengundi hantu tetapi ianya tetap wujud dan patut dipanggil sebagai pengundi hantu kerana bukan orang tempatan yang mengundi tetapi diangkut dari luar oleh UMNO dengan kerjasama Jabatan pendaftaran, SPR dan polis sendiri sebagai pengiring. Pembaca pernah bertanya kepada tiga orang sahabat tentang perkara ini samada satu fitnah memang realiti berlaku. Salah seorang bekas kakitangan Jabatan pendaftaran Negara mengakui wujudnya kad pengenalan sementara yang diarahkan oleh pihak atasan. Kad pengenalan ini sama seperti kad pengenalan yang sedia ada tetapi tidak mempunyai mikro cip atau dalam lain perkataan ianya hanya kegunaan untuk mengundi saja, kalau digunakan untuk tujuan lain yang menggunakan mesin pengimbas, ianya akan ditendang. UMNO mengangkut pengundi-pengundi luar menggunakan kad pengenalan ini yang menggunakan alamat tempatan di mana tempat mengundi akan diadakan. Pengeluaran kad sementara ini tidak menjejaskan kad pengenalan asal milik pengundi tersebut kerana semua maklumat dan gambar ada dalam komputer jabatan ini Cuma alamat saja diubah sementara untuk digunakan pada hari mengundi. Dari segi undang-undang mereka ini layak mengundi kerana nama mereka ada dalam daftar pemilih yang dibuat oleh SPR atas arahan UMNO. Cuma dari segi Islam, ini satu penipuan dan kezaliman. Firman Allah “ Janganlah kamu cenderong (sokong, bantu atau kesihan) kepada golongan zalim ,kelak kamu akan disambar api neraka”. Mengikut bekas kakitangan jabatan itu tadi lagi, kad pengenalan sementara ini boleh dikeluarkan lebih dari satu untuk satu orang pengundi dengan menggunakan alamat-alamat yang berbeza-beza. Cuma gambar, nombor dan nama saja tidak berubah sama seperti dalam kad pengenalan asal. Seorang lagi yang pembaca rujuk ialah seorang veteran UMNO yang mempunyai kedudukan dan pengalaman luas dalam pilihanraya. Beliau pernah menjadi pegawai pilihanraya kawasan dan pernah ditawarkan menajdi calun Parlimen tetapi menolaknya. Beliau tidak menafikan perkara ini berlaku dan memang berlaku, tetapi menurut beliau pembangkang tidak boleh bertindak kerana itu mempunya kad pengenalan sementara yang bentuknya betul-betul sama seperti kad pengenalan asal dan nama mereka ada dalam senarai pemilih walalaupun mereka itu dari luar negeri atau kawasan berkenaan. Malahan menurut beliau, Pengerusi (bekas) SPR mengakui kebenaran ini tetapi dasarnya untuk memenangkan UMNO beliau memberi alasan bahawa sesiapa yang ada kad pengenalan dan nama ada dalam senarai pengundi kawasan tersebut, maka layak mengundi tanpa sebarang gangguan. Walaupun dia dibawa oleh UMNO dari Jepun, Israel atau Cuba. Itu sebabnya kita tidak pelik apabila berlaku orang Selangor datang ke Terengganu mengundi pada tahun 2004 dan 2008 menggunakan kad pengenalan sementara dan kemudian setelah dapat habuan dan serahkan semual kad itu kepada pihak tertentu untuk dimusnah dan mereka akan kembali semula ke Selangor sebelah tengahari dan mengundi sekali lagi disana sebelah petang menggunakan kad pengenalan asal mereka. Dan tidak pelik berlaku pengundi mengundi dalam satu daerah yang sama di dua atau tiga tempat kerana mereka diberikan dua atau tiga kad pengenalan sementara yang berbeza alamat dan nama-nama mereka ada dalam disemua tempat mengundi yang mereka pergi. Seorang sahabat yang akhir ialah bekas ahli UMNO yang telah menyertai pembangkang yang mengaku antara yang terlibat membuat kerja-kerja kotor ini semasa dalam UMNO dulu. Menurut beliau pembangkang tidak mampu melakukan ini semua kerana ia melibatkan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara yang dikawal oleh UMNO. Oleh itu, perkara yang sama akan terus berlaku dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini untuk memenangkan calun UMNO apatahlagi beliau adalah Timbalan Menteri yang jaga polis, jadi semua arahan boleh dikeluarkan untuk memenangkan beliau untuk terus dapat jawatan, kuasa dan mengumpul harta, sementara rakyat yang digula-gulakan semasa kempen akan menerima ucapan terima kasih dan selamat tinggal. Beliau juga dikatakan menjadi dalang utama peristiwa berdarah di Batu Buruk dulu dengan mengarahkan polis melakukan provokasi terhadap pembangkang pada malam itu. PAS mempunyai bukti beliau terlibat dan mencabar beliau menyaman PAS jika ianya fitnah, tetapi beliau takut kerana bimbang akan lebih banyak perkara buruk terbongkar di mahkamah kelak. Penipuan ini telah bertahun-tahun berlaku tetapi pembangkang tidak punya kuasa untuk bertindak. Mana-mana kakitangan kerajaan (jabatan pendaftaran Negara dan SPR) yang cuba membocorkan pasti menerima padah. Pendedahan dan terbongkarnya kad pengenalan sementara (palsu) ini dinegeri Sabah beberapa tahun lalu membuktikan perkara ini berlaku dimana beratus ribu orang rakyat asing di Sabah mempunyai kad pengenalan sementara ini untuk mengundi BN. Kes ini terbongkar tetapi tiada apa-apa tindakan kerana ia melibatkan pemimpin besar UMNO di Semenanjung. Namun begitu, keresahan kini menghantui pihak UMNO apabila strategi tahun 2004 mereka gagal pada tahun 2008 apabila pengundi-pengundi luar yang mereka angkut ke Kelantan telah berpaling tadah mengundi PAS, akibatnya Kelantan mereka kalah dan negeri Selangor dan Perak yangmana pengundi diangkut keluar itu turut kalah kerana sebahagian besar penundinya diangkut ke Kelantan dan Terengganu. Cuma Terengganu UMNO bernasib baik kerana tak semua pengundi itu mengundi PAS. Jadi, kini mereka turut bimbang perkara paling tadah ini berlaku dalam pilihanraya kecil kuala Terengganu ini juga untuk pilihanraya umum akan datang. Jadi apakah tindakan yang akan diambil oleh UMNO jika ini berlaku? Yang pastinya tiada siapa yang boleh bertindak ke atas pengundi hantu ini hatta untuk memenjarakan mereka kerana mereka dilindungi oleh UMNO kerajaan yang berkuasa atas segala-galanya. Kerana perkara ini berlaku adalah dari perancangan dan arahan UMNO. Kerana tanpa pengundi hantu, pasti UMNO sudah lama jadi mendiang. Oleh. Tok janggut, Tererngganu.

Thursday, January 1, 2009

Bual bicara dengan TokBatinSenoi (4)

Tajuk tulisan.Amaran !!! TINGGALKAN BLOG INI !!! JIKA TIADA BASIC HAQIQAT
Zali said...tak ada silap nya blog ni...blog ni bukan tempat belajar atau pun tok batin senoi mengajar...blog ni cuma untuk rujukan bagi mereka yang sudah ada basic kesufian/hakikat sahaja.mereka yang tiada basic sudah tentu kata sesat...ini telah diperkatakan oleh seorang penceramah jemputan jakim dalam satu seminar anjuran jawi di auditorium parcel e putrajaya bulan lepas.jadi kepada mereka-mereka yang tidak memahami/tiada basic, sila tinggalkan blog ni dengan cara yang paling hormat.kepada yang berminat atau nak tahu(amaran : jangan belajar di sini!)maka teruslah meneliti ruang blog ni.mekanik jua yang tahu membaiki kereta dan tiada lah tahu seorang nelayan tentang ilmu membaiki kereta itu melainkan nelayan itu pergi masuk ikm bidang automotive...

Komen saya atas tulisan TokBatinSenoi itu.
Dari tangan dan buah pemikiran yang mendalam mengenai ugama,terutama nya yang berkait rapat dalam menghuraikan masalah hakikat pada sesuatu yang ujud nyata atau pun yang tersembunyi...sewajarnya kita perlu lah membicarkan nya secara sederhana,agar tiada kekeliruan pada orang lain dalam memahaminya...sebab ilmu itu ada tikanya tidak dapat diterima olih akal manusia biasa yang tak mengerti pada kehalusan bahasa.Sebaiknya kita jadikan diri kita ini sebagai diri yang membimbing untuk memberi pertunjuk pada pemahaman ugama yang murni(islam yang hak),tiada membawa kecelaruan dalam pemikiran manusia.Seharusnya kita melihat pada masalah masyarakat yang kini telah jauh dari landasan kebenaran ugama...yang kita lihat manusia umat islam kini(pada hal kebanyakannya) telah menjadikan nafsu itu sebagai tuhan tuhan mereka selain Allah.www.tokbatinsenoi.blogspot.com

Bual bicara dalam blog TokBatinSEnoi (3)

Tulisan TokBatinSenoi atas tajuk "Simbolik Allah"
Betul kah nama 'TUHAN YANG MAHA2 SEMPURNA SIFATNYA' itu bernama'ALLAH'? Konsep KeTuhanan ini diada2kan olih manusia, kalau tidak, siapa lagi?. Manusia yang mendewa2kan Ilmu sebagai satu-satunya kebenaran, biasanya tidak mengetahui haqiqat ilmu itu sendiri.tolong ruju':http://tokbatinsenoi.blogspot.com/2008/07/bayan-at-taslihin.htmlSemestinya KeTuhanan itu dibiarkan sahaja tanpa ungkapan. Allah (Arab) Tuhan (Melayu) Pramatma (Sanskrik) Brahman (India) God (Inggeris) ….Tiada satu spesis makhluk pun pernah melihat 'TUHAN': Darimanakah senikata nama 'ALLAH' ini datang? Bilakah dan bagaimana 'TUHAN' memberi tahu manusia namaNYA ALLAH.Nabi Muhammad juga, ta' pernah bertemu dan melihat 'TUHAN'. Dan beiau juga tidak pernah melihat 'Jibrail' yang diceduk dari Injil ?لن تراني * سورة الاعراف آية 143 * Engkau tidak akan dapat melihat Aku* لا تدركه الابصار * سورة الانعام – لآية 103 Penglihatan tidak sampai (mencapai) kepadaNya – didunia.Dan yang sahihnya Rasullulah s.a.w tidak melihat Allah pada malam mi’raj. Sila ruju’ Ihya’ Ulummiddin (naskhah Arab) m.s 287 bab, juzu’ 4 بيان السبب في زيادة في لذة الآخرة علي المعرفة الدنيا والصحيح أن رسول الله ص ع س ما رأى الله تعالى ليلة المعراج * حديث * Dan yang sahih sesungguhnya Rasullulah tidak melihat Zat Tuhan pada malam mi’raj/ perjalanan naik. ( maksud hadis sahih dari Aisyah .a)Ianya mi’raj pada langit/ alam perasaan/ otak/ nurani sahaja.Pada satu lagi hadis sahih bekata Aisyah: إنها قالت من حدثك أن محمدا رأى ربّه فقد كذب ertinya berkata Aisyah 'siapa menceritakan, Muhammad melihat Tuhannya, maka ia berbohong. Satu lagi hadis sahih, bertanya Aisyah kepada Rasullulah s.a.w: هل رأيت ربّك قال نوراني أراه ertinya 'apakah engkau melihat 'TuhanMU? Berkata Muhammad 'NURANIKU MELIHATNYA'. Riwayat Muslim , hadis Abu Zarr.Penyaksian ulama’/ nabi adakah lemah?, kerana penyaksian orang yang sedang tidur. Atau kerana telah pergilah kenabian yang tinggal hanya cerita2 kosong. Tidaklah ada cerita2 ini melainkan cerita/ rumusan orang yang sedang tidur (yang dijumpai dalam mimpi waktu tidur)Posted by TokbatinSenoi at 12:09 AM 109 comments Links to this post Sunday, December 21, 2008ARUS KONSEP TRINITI.1. Brahman, Visnu, Siva (Hindu). 2. Oris , Iris dan Horus (Mesir Purba) 3. Ormuzd, Ahriman, Mitras (Zaorastian Parsi)). 4. Ultimate Reality (God), Intelligent (Akal), World Soul (Ruh)…(Neo-Platonisme). 5. Tuhan-Bapa, Tuhan Anak, Ruh AlQudus (Kristian). 6. AlLatta, AlUzza, AlManat (Al-Latif, AlAziz, AlManan). (Arab Jahiliyah) 7. Poseidon, Hades, Zeus (Yunani) 8. Allah, Malikat, Muhammad (Islam).• Sangat Jelas konsep ketuhanan ini, adalah evolusi yang kelihatan seolah-olah, ada persamaannya kerana peniruan. Hanya berbeza/ diubah pada nama2 dan acara pengabdian/ ritual supaya tidak kelihatan bahawa ia menyerupai yang terdahulu daripadanya. mungkin kah?

Komen saya tentang hujah tok batin senoi itu.
Akal keupayaan manusia begitu terbatas untuk memahami sesuatu tentang alam ghaib...benda yang hidup yang nyata ada dalam diri kita pun tiada dapat kita rungkai akan ujudnya....hal itu adalah roh kita...bagaimana ia berpungsi dan bagaimana mula ujud nya....pasti lah Allah(nama bagi Tuhan yang diberitahu).Dan apa jua makna kehidupan sesudah kita mati pun kita masih dalam kesamaran ilmu(sebab belum terjadi),hanya bila kita telah berada disana baru kita mengerti siapa kita dan siapa Allah yang maha penguasa

Bual bicara dengan tokbatinsenoi(2)

Tulisan TokBatinSenoi dalam tajuk Al-Quran "An Nur
"مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونِةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُّورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌAllah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.APAKAH SEBENARNYA YANG DIHAFAL, DIBACA, DIKAJI, DITELITI... SEKIRANYA ALQURAN CUMA "AN NUR"?

Lalu saya komen dengan kata ucap ini( dalam www.tokbatinsenoi.blogspot.com )
Yang jelas dan nyata kita ini hanya sebahagian makhluk yang diberi izin olih Allah untuk hidup dimuka bumi ini,dan ia ada saat tertentu sahaja untuk kita berada didunia yang sementara ini,dan mengenai Al-Quran itu sebagai kata ungkap An Nur...ia adalah merupakan jalan pertunjuk bagi kita semasa kehidupan ini untuk mengetahui jalan kebenaran sebagai hamba nya,jika kita egkar maka kita akan menjadikan hawa nafsu dan akal kita yang terbatas itu sebagai tuhan tuhan kita selain Allah.

Bual bicara bersama TokBatinSenoi www.tokbatinsenoi.blogspot.com

Tulisan Tok Batin Senoi dari tajuk Hijab2 dari cahaya
Singkaplah hijab-hijab dari semua yang kamu lihat, dan kamu akan menemukan dirimu menyendiri dengan Allah.Jika kamu singkapkan hijab-hijab gemilang dari alam,kamu akan melihat bahwa semua menyatu dengan ‘zat jiwamu yang azali’.Jika kamu menyingkap hijab,kamu akan memahami ‘ketiadaan’ (nonexistence),dan kamu akan segera melihat arti ‘haqiqat’ dari maksud Tuhan.Jika kamu telah menyingkap hijab,kamu akan melihat zatMU.Jika kamu menyingkap hijab dari Wajah Sang Tercinta,segala yang tersembunyi akan terbongkar,kamu ‘menyatu’ Tuhan,maka kamu bersifat zat Ilahi.

lalu hamba ucap dengan kata ucapan ini.
"selagimana mata hati kita masih lagi dibayangi dengan nafsu orang dunia,kita tiada terjumpa jalan untuk mengenal yang hak,malah untuk melihat pada hakikat kejadian diri pun kita masih lagi kabur dan samar...sebagai insan biasa kita hanya perlu menyadari yang kita ini hanya sebagai hamba Allah yang tetap wajib untuk selalu taat."