Hamba Allah yang terpimpin itu,ia akan dipermudahkan olih Allah untuk menuju jalan jalan kesyurga.
Monday, February 9, 2009
Kedah pula jadi sasaran
Sementara itu di Kedah, YB V.Arumugam (ADUN Bukit Selambau) yang juga memegang portfolio pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri Kedah telah meletakkan jawatan sebagai exco dan ADUN berkuat kuasa serta-merta.Menurut MB Kedah (Dato' Seri Azizan Abd. Razak) yang menerima perletakan jawatan V.Arumugam tersebut menjelaskan bahawa punca perletakan jawatannya kerana TIDAK SANGGUP lagi bertahan dengan TEKANAN BESAR yang dilakukan oleh BN terhadap diri, ahli keluarganya dan orang-orang yang membantunya selama ini.Ia termasuklah ugutan demi ugutan, tawaran yang cukup lumayan dengan RM5 juta, serta ancaman liar termasuk memecahkan cermin kereta exco, dan sebagainya, supaya meminta meninggalkan PKR untuk menyertai BN.Dengan tawaran yang cukup LUMAYAN itu bukanlah jalan untuknya menggadaikan prinsip parti dan mengkhianati Kerajaan PR Kedah. Beliau yang juga seorang pesara mekanik TUDM memilih untuk meletakkan jawatan seterusnya menjadikan kerusi Bukit Selambau kosong. SYABAS Aru, semoga tuan berjaya dalam kerjaya tuan selepas ini.Dalama tempoh 60 hari akan diadakan "PRK di Dua Bukit" dan tentunya SPR tidak akan menolaknya dan tidak juga akan menerima surat menghalang PRK di Dua Bukit tersebut.Ingatlah! Bukit Gantang dan Bukit Selambau milik PR (Pas dan PKR). Semoga kedua-dua bukit ini jangan terlepas kepada BN yang tentunya akan menambah dan melipat-gandakan lagi BIDAAN (MUNGKIN RATUS JUTA LAGI..) untuk memiliki Dua Bukit tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment