Hamba Allah yang terpimpin itu,ia akan dipermudahkan olih Allah untuk menuju jalan jalan kesyurga.
Tuesday, January 6, 2009
Pengundi hantu bersama fakta nya
Pengundi hantu adalah istilah yang digunakan oleh pembangkang selama ini yang digunakan oleh UMNO untuk memenangkan calun-calun mereka secara menipu. Walaupun pihak UMNO menafikan wujudnya pengundi hantu tetapi ianya tetap wujud dan patut dipanggil sebagai pengundi hantu kerana bukan orang tempatan yang mengundi tetapi diangkut dari luar oleh UMNO dengan kerjasama Jabatan pendaftaran, SPR dan polis sendiri sebagai pengiring. Pembaca pernah bertanya kepada tiga orang sahabat tentang perkara ini samada satu fitnah memang realiti berlaku. Salah seorang bekas kakitangan Jabatan pendaftaran Negara mengakui wujudnya kad pengenalan sementara yang diarahkan oleh pihak atasan. Kad pengenalan ini sama seperti kad pengenalan yang sedia ada tetapi tidak mempunyai mikro cip atau dalam lain perkataan ianya hanya kegunaan untuk mengundi saja, kalau digunakan untuk tujuan lain yang menggunakan mesin pengimbas, ianya akan ditendang. UMNO mengangkut pengundi-pengundi luar menggunakan kad pengenalan ini yang menggunakan alamat tempatan di mana tempat mengundi akan diadakan. Pengeluaran kad sementara ini tidak menjejaskan kad pengenalan asal milik pengundi tersebut kerana semua maklumat dan gambar ada dalam komputer jabatan ini Cuma alamat saja diubah sementara untuk digunakan pada hari mengundi. Dari segi undang-undang mereka ini layak mengundi kerana nama mereka ada dalam daftar pemilih yang dibuat oleh SPR atas arahan UMNO. Cuma dari segi Islam, ini satu penipuan dan kezaliman. Firman Allah “ Janganlah kamu cenderong (sokong, bantu atau kesihan) kepada golongan zalim ,kelak kamu akan disambar api neraka”. Mengikut bekas kakitangan jabatan itu tadi lagi, kad pengenalan sementara ini boleh dikeluarkan lebih dari satu untuk satu orang pengundi dengan menggunakan alamat-alamat yang berbeza-beza. Cuma gambar, nombor dan nama saja tidak berubah sama seperti dalam kad pengenalan asal. Seorang lagi yang pembaca rujuk ialah seorang veteran UMNO yang mempunyai kedudukan dan pengalaman luas dalam pilihanraya. Beliau pernah menjadi pegawai pilihanraya kawasan dan pernah ditawarkan menajdi calun Parlimen tetapi menolaknya. Beliau tidak menafikan perkara ini berlaku dan memang berlaku, tetapi menurut beliau pembangkang tidak boleh bertindak kerana itu mempunya kad pengenalan sementara yang bentuknya betul-betul sama seperti kad pengenalan asal dan nama mereka ada dalam senarai pemilih walalaupun mereka itu dari luar negeri atau kawasan berkenaan. Malahan menurut beliau, Pengerusi (bekas) SPR mengakui kebenaran ini tetapi dasarnya untuk memenangkan UMNO beliau memberi alasan bahawa sesiapa yang ada kad pengenalan dan nama ada dalam senarai pengundi kawasan tersebut, maka layak mengundi tanpa sebarang gangguan. Walaupun dia dibawa oleh UMNO dari Jepun, Israel atau Cuba. Itu sebabnya kita tidak pelik apabila berlaku orang Selangor datang ke Terengganu mengundi pada tahun 2004 dan 2008 menggunakan kad pengenalan sementara dan kemudian setelah dapat habuan dan serahkan semual kad itu kepada pihak tertentu untuk dimusnah dan mereka akan kembali semula ke Selangor sebelah tengahari dan mengundi sekali lagi disana sebelah petang menggunakan kad pengenalan asal mereka. Dan tidak pelik berlaku pengundi mengundi dalam satu daerah yang sama di dua atau tiga tempat kerana mereka diberikan dua atau tiga kad pengenalan sementara yang berbeza alamat dan nama-nama mereka ada dalam disemua tempat mengundi yang mereka pergi. Seorang sahabat yang akhir ialah bekas ahli UMNO yang telah menyertai pembangkang yang mengaku antara yang terlibat membuat kerja-kerja kotor ini semasa dalam UMNO dulu. Menurut beliau pembangkang tidak mampu melakukan ini semua kerana ia melibatkan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara yang dikawal oleh UMNO. Oleh itu, perkara yang sama akan terus berlaku dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini untuk memenangkan calun UMNO apatahlagi beliau adalah Timbalan Menteri yang jaga polis, jadi semua arahan boleh dikeluarkan untuk memenangkan beliau untuk terus dapat jawatan, kuasa dan mengumpul harta, sementara rakyat yang digula-gulakan semasa kempen akan menerima ucapan terima kasih dan selamat tinggal. Beliau juga dikatakan menjadi dalang utama peristiwa berdarah di Batu Buruk dulu dengan mengarahkan polis melakukan provokasi terhadap pembangkang pada malam itu. PAS mempunyai bukti beliau terlibat dan mencabar beliau menyaman PAS jika ianya fitnah, tetapi beliau takut kerana bimbang akan lebih banyak perkara buruk terbongkar di mahkamah kelak. Penipuan ini telah bertahun-tahun berlaku tetapi pembangkang tidak punya kuasa untuk bertindak. Mana-mana kakitangan kerajaan (jabatan pendaftaran Negara dan SPR) yang cuba membocorkan pasti menerima padah. Pendedahan dan terbongkarnya kad pengenalan sementara (palsu) ini dinegeri Sabah beberapa tahun lalu membuktikan perkara ini berlaku dimana beratus ribu orang rakyat asing di Sabah mempunyai kad pengenalan sementara ini untuk mengundi BN. Kes ini terbongkar tetapi tiada apa-apa tindakan kerana ia melibatkan pemimpin besar UMNO di Semenanjung. Namun begitu, keresahan kini menghantui pihak UMNO apabila strategi tahun 2004 mereka gagal pada tahun 2008 apabila pengundi-pengundi luar yang mereka angkut ke Kelantan telah berpaling tadah mengundi PAS, akibatnya Kelantan mereka kalah dan negeri Selangor dan Perak yangmana pengundi diangkut keluar itu turut kalah kerana sebahagian besar penundinya diangkut ke Kelantan dan Terengganu. Cuma Terengganu UMNO bernasib baik kerana tak semua pengundi itu mengundi PAS. Jadi, kini mereka turut bimbang perkara paling tadah ini berlaku dalam pilihanraya kecil kuala Terengganu ini juga untuk pilihanraya umum akan datang. Jadi apakah tindakan yang akan diambil oleh UMNO jika ini berlaku? Yang pastinya tiada siapa yang boleh bertindak ke atas pengundi hantu ini hatta untuk memenjarakan mereka kerana mereka dilindungi oleh UMNO kerajaan yang berkuasa atas segala-galanya. Kerana perkara ini berlaku adalah dari perancangan dan arahan UMNO. Kerana tanpa pengundi hantu, pasti UMNO sudah lama jadi mendiang. Oleh. Tok janggut, Tererngganu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
PAS menang banyak kilang2 babi akan didirikan..insya allah kerja banyak lah tu untuk orang Melayu...
http://pkrpasdap.blogspot.com
Kita perlu memahami sesuatu isu itu secara ilmu yang jelas dan bertetapan dengan kehendak undang undang...dan islam itu telah mengariskan segala ketetapan itu dengan cukup terperinci.Islam itu ugama yang membawa pada keadilan pada semua.
Post a Comment