Thursday, January 1, 2009

Bual bicara dalam blog TokBatinSEnoi (3)

Tulisan TokBatinSenoi atas tajuk "Simbolik Allah"
Betul kah nama 'TUHAN YANG MAHA2 SEMPURNA SIFATNYA' itu bernama'ALLAH'? Konsep KeTuhanan ini diada2kan olih manusia, kalau tidak, siapa lagi?. Manusia yang mendewa2kan Ilmu sebagai satu-satunya kebenaran, biasanya tidak mengetahui haqiqat ilmu itu sendiri.tolong ruju':http://tokbatinsenoi.blogspot.com/2008/07/bayan-at-taslihin.htmlSemestinya KeTuhanan itu dibiarkan sahaja tanpa ungkapan. Allah (Arab) Tuhan (Melayu) Pramatma (Sanskrik) Brahman (India) God (Inggeris) ….Tiada satu spesis makhluk pun pernah melihat 'TUHAN': Darimanakah senikata nama 'ALLAH' ini datang? Bilakah dan bagaimana 'TUHAN' memberi tahu manusia namaNYA ALLAH.Nabi Muhammad juga, ta' pernah bertemu dan melihat 'TUHAN'. Dan beiau juga tidak pernah melihat 'Jibrail' yang diceduk dari Injil ?لن تراني * سورة الاعراف آية 143 * Engkau tidak akan dapat melihat Aku* لا تدركه الابصار * سورة الانعام – لآية 103 Penglihatan tidak sampai (mencapai) kepadaNya – didunia.Dan yang sahihnya Rasullulah s.a.w tidak melihat Allah pada malam mi’raj. Sila ruju’ Ihya’ Ulummiddin (naskhah Arab) m.s 287 bab, juzu’ 4 بيان السبب في زيادة في لذة الآخرة علي المعرفة الدنيا والصحيح أن رسول الله ص ع س ما رأى الله تعالى ليلة المعراج * حديث * Dan yang sahih sesungguhnya Rasullulah tidak melihat Zat Tuhan pada malam mi’raj/ perjalanan naik. ( maksud hadis sahih dari Aisyah .a)Ianya mi’raj pada langit/ alam perasaan/ otak/ nurani sahaja.Pada satu lagi hadis sahih bekata Aisyah: إنها قالت من حدثك أن محمدا رأى ربّه فقد كذب ertinya berkata Aisyah 'siapa menceritakan, Muhammad melihat Tuhannya, maka ia berbohong. Satu lagi hadis sahih, bertanya Aisyah kepada Rasullulah s.a.w: هل رأيت ربّك قال نوراني أراه ertinya 'apakah engkau melihat 'TuhanMU? Berkata Muhammad 'NURANIKU MELIHATNYA'. Riwayat Muslim , hadis Abu Zarr.Penyaksian ulama’/ nabi adakah lemah?, kerana penyaksian orang yang sedang tidur. Atau kerana telah pergilah kenabian yang tinggal hanya cerita2 kosong. Tidaklah ada cerita2 ini melainkan cerita/ rumusan orang yang sedang tidur (yang dijumpai dalam mimpi waktu tidur)Posted by TokbatinSenoi at 12:09 AM 109 comments Links to this post Sunday, December 21, 2008ARUS KONSEP TRINITI.1. Brahman, Visnu, Siva (Hindu). 2. Oris , Iris dan Horus (Mesir Purba) 3. Ormuzd, Ahriman, Mitras (Zaorastian Parsi)). 4. Ultimate Reality (God), Intelligent (Akal), World Soul (Ruh)…(Neo-Platonisme). 5. Tuhan-Bapa, Tuhan Anak, Ruh AlQudus (Kristian). 6. AlLatta, AlUzza, AlManat (Al-Latif, AlAziz, AlManan). (Arab Jahiliyah) 7. Poseidon, Hades, Zeus (Yunani) 8. Allah, Malikat, Muhammad (Islam).• Sangat Jelas konsep ketuhanan ini, adalah evolusi yang kelihatan seolah-olah, ada persamaannya kerana peniruan. Hanya berbeza/ diubah pada nama2 dan acara pengabdian/ ritual supaya tidak kelihatan bahawa ia menyerupai yang terdahulu daripadanya. mungkin kah?

Komen saya tentang hujah tok batin senoi itu.
Akal keupayaan manusia begitu terbatas untuk memahami sesuatu tentang alam ghaib...benda yang hidup yang nyata ada dalam diri kita pun tiada dapat kita rungkai akan ujudnya....hal itu adalah roh kita...bagaimana ia berpungsi dan bagaimana mula ujud nya....pasti lah Allah(nama bagi Tuhan yang diberitahu).Dan apa jua makna kehidupan sesudah kita mati pun kita masih dalam kesamaran ilmu(sebab belum terjadi),hanya bila kita telah berada disana baru kita mengerti siapa kita dan siapa Allah yang maha penguasa

No comments: