Tuesday, September 7, 2010

LGE masih waras, SIAPA yang tidak waras?

Oleh: notan"Assalamualaikum,,..LGE berkata "Saya masih waras dan tahu menilai majlis apa yang dibolehkan ketika bersama masyarakat Islam" Merujuk kepada gambar yang ditukar kepada wajahnya daripada gambar asal Ir.Nizar.Kalau LGE masih waras dan tahu menilai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh beliau lakukan, siapa pula yang tidak waras? Orang orang yang bertungkus lumus menghasilkan idea penipuan super impose inilah nampaknya tidak waras kerana pertimbangan yang tidak munasabah dan logik.Mana mungkin LGE menyembelih korban dan bagaimana mungkin mereka menyangka gambar asal yang sudah dilihat berkali kali itu boleh menipu orang ramai?memang tidak waras sesiapa juga yang melakukan kerja kerja ini sama seperti tidak warasnya seorang yang mendakwa UMNO sahaja yang tahu membina masjid.
Kata orang kalau nak menipu pun, pandai pandailah, bukan pakai hentam saja.Super impose sudah lama digunakan UMNO untuk menipu, sejak tahun 1998 lagi ketika UMNO mahu menunjukkan buruknya perangai DSAI sehingga sekumpulan Imam dan Bilal dibawa ke putrajaya semata mata mahu menunjukkan adengan Sex dengan kepala pelakon lelaki yang sudah ditukar kepada kepala DSAI.
Penipuan bodoh ini disedari oleh para Imam dan Bilal yang menyaksikan video itu dan super impose gagal membawa sokongan kepada UMNO.Namun kini, kerana ketiadaan idea baru untuk menipu dan kerana puak puak macai UMNO sudah semakin sudah tidak mampu berfikir sebagai seorang manusia yang waras, lahir semula idea super impose yang lapuk dan tidak berguna ini.Harapan macai yang tidak waras ini, orang ramai yang melihat gambar super impose LGE sembelih korban ini tidak perasan dengan kehebatan mereka menukar kepala Ir.Nizar dengan kepala LGE.
Harapan orang orang yang tidak waras dan sudah tentu sesiapa juga yang percaya dengan gambar ini juga tidak waras.LGE mengatakan beliau masih waras dan masih boleh membezakan mana boleh dan mana yang tidak boleh sedangkan macai yang menukar gambar ini sudah tidak boleh membezakan mana yang betul dan mana yang salah. "

No comments: